*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Wednesday, March 31, 2010

Khasiat Asid Folik..

Sepertimana yang kita ketahui asid folic amat baik untuk wanita terutama bagi ibu mengandung..ianya boleh dikatakan WAJIB bagi setiap ibu mengandung mengambilnya kerana dalam asid folic itu sendiri terkandung banyak khasiatnye yang tersendiri...untuk mengetahui lebih banyak info tentang asid folic ini teruskan bacaan anda di bawah ini....

RAHSIA KHASIAT ASID FOLIK

Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya. Asid folik jua adalah utk tumbesaran otak bayi..Ianya merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.

Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi.. bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor utk mengambil vitamin dan asid folik yang diberikan.

Untuk pengetahuan.. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Kalo menurut kajian , pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Fantastic isn’t it!!! Of course.. Allah yang tentukan semua tu..but usaha kita .. usaha kita mengamalkan dan doa kita utk anak dlm kandungan itu perlu ada..

Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnyer bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tak dapat disingkap..) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.

Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik.

Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.


Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Risiko kekurangan Asid Folik

Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :

•Sakit disekeliling mulut.
•Sakit lidah.
•Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
•Anemia.

KESIMPULAN

Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.

Sebahagian penerangan di atas diperolehi daripada : http://www.cdc.gov/ncbddd/folicacid/index.htm dan
www.pakarhowto.com









Tuesday, March 30, 2010

Doa agar menjadi Hamba yang bersyukur...



Make Hot Pictures

Ya Allah Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami nilai kesyukuran untuk kami sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami dan nikmay yang engkau kurniakan kepada kedua-dua ibu bapa kami sehingga kami dapat melaksanakan amal soleh yang membawa keredhaan-Mu. Jadikan kebaikan yang kami lakukan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anak kami. dan masukkan kami ke dalam rahmat-Mu sebagai hamba yang soleh.

Friday, March 26, 2010

Panduan Pemakanan Anak Kurang Berat Badan

Buat para pembaca sekalian, hari ini ingin saya berkongsi maklumat tentang pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan seperti anakku sendiri. Jangan risau bg ibu-ibu di luar sana panduan ini diperolehi daripada Pakar Pemakanan di Hospital Serdang. Moga dapat manfaat untuk semua...jom! lihat di bawah...

PANDUAN PEMAKANAN BAGI KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN

-PETUA PEMAKANAN KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN-
1)Teruskan menyusukan anak dengan susu ibu.
*Ia langkah penting untuk perkembangan dan tumbesaran sihat bayi. Susu ibu kaya dengan zat makanan dan antibody melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit. Anda digalakkan menyusukan anak sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.

2)Berikan anak anda makanan yang kaya dengan tenaga dan protein.
*Makanan yang kaya dengan tenaga seperti bubur nasi yang ditambah minyak, roti yang disapu marjerin dan minuman bersusu boleh membekalkan tenaga yang mencukupi untuk keperluan anak anda. Protein pula membekalkan tambahan zat untuk anak anda apabila pengambilan harian tidak mencukupi. Ia juga membantu menambah berat badan dan mencegah otot dari susut atau merosot.

3)Elakkan memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga kepada anak anda.
*Makanan dan minuman seperti air kosong, teh, kopi, sup kosong mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Makanan yang rendah kandungan dan protein mesti ditambah khasiatnya. Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral yang disyorkan oleh doktor juga boleh membantu melengkapkan keperluan pemakanan anak anda.

4)Tambahkan jumlah makanan yang biasa dimakan setiap hari.
*Amalan ini harus dipraktikkan untuk memastikan anak mendapat makanan yang seimbang dan mencukupi. Berikan kanak-kanak apa sahaja makanan dan minuman yang mereka mahu terutamanya makanan yang kaya dengan tenaga dan zat protein.

5)Beri makanan yang mengenyangkan pada setiap waktu makan 5-6 kali sehari.
*(7pagi, 10pagi, 1tghari, 4petang, 8malam, 10malam)
*Sediakan saiz hidangan yang kecil dan beri anak anda makan secara kerap. Cara ini membolehkan anak mendapat makanan lebih daripada biasa.

6)Pelbagaikan jenis makanan anak anda mengikut panduan pyramid makanan.
*Aras 1: Nasi dan Bijirin
*Aras 2: Buah dan Sayuuran
*Aras 3: Ikan, ayam, daging, telur DAN susu serta hasil tenusu
*Aras 4: Lemak, minyak, gula, garam

7)Tambah sedikit minyak masak atau marjerin dalam makanan anak anda.

8)Goreng makanan untuk meningkatkan pengambilan tenaga mereka.

9)Pastikan anda memberi perhatian kepada anak ketika makan
*kanak-kanak kecil perlu belajar untuk makan. oleh otu berilah sokongan dan bantuan anda dengan penuh rasa sabar dan kasih sayang. perhatian dari segi fizikal, emosi dan psikologi semasa makan akan merangsang anak untuk makan.

10)Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.

11)Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan.

12)Galakkan anak anda menghabiskan makanannya.

13)Jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan.

14)Hiaskan makanan anak dengan cara yang menarik minatnya untuk makan.

15)Berikan anak anda mencuba jenis makanan yang baru setiap hari.

Wednesday, March 24, 2010

Pada-Mu kusandarkan harapan...



Hari ini tanggal 24hb Mac 2010 lahir lagi seorang anak buahku (anak ke-2 bg kakakku) dilahirkan ke dunia ini..dengan beratnya 3.8kg itu cukup menggambarkan betapa besarnya anak buahku itu..Alhamdulillah, syukur pada-Mu kerana kedua-duanya sihat dan selamat.

Bulan depan giliran adik iparku pula akan tiba..yg ini entah berapa kilo pula agaknya mungkin sama berat atau boleh jadi lagi berat hahaha...mudah-mudahan selamat melahirkan anak sulungnya itu.

Aku...bila lagi nak menambah yer...hhmmm keinginan menimang cahaya mata lagi memuncak dalam diri ini bila melihat org lain melahirkan zuriat. Tapi apakan daya sehingga kini masih belum ada tanda2 untuk ber'tambah' lagi..entah kenapa..mungkinkah kerana anakku sekarang ini masih menyusu lagi susuku atau mungkin kerana faktor2 yang lain...tapi kenapa yer...Hanya Tuhan yang tahu...pada-Mu ku panjatkan doa dan segunung harapan agar dikurniakan zuriat lagi..

Hanya KAU yang tahu mengapa dan kenapa..mungkin ada hikmah di sebaliknya..hanya pada-Mu kusandarkan harapan....

Tuesday, March 23, 2010

Cinta..


click to create your own

"Cinta adalah kejujuran, ketulusan dan kesetiaan. Cinta sejati adalah kesetiaan yang harus dijaga. Cinta seharusnya berhulu iman, bermuara taqwa dan kebersihan jiwa...." (oleh Ibnu Hazm El Andalusy)

Cinta bagiku sukar untuk dimengertikan..cinta mudah dilafazkan tapi bagaimana cinta itu diaplikasikan..adakah hanya dengan kata2 maka seseorang itu mudah jatuh cinta atau dengan perbuatan membuatkan seseorang itu jatuh cinta.

Sesungguhnya cinta merupakan sesuatu yang bersemayam dalam jiwa yang dalam. Mungkin seseorang yang jatuh cinta itu kerana suatu 'sebab'. Namun, cinta seperti ini tidaklah abadi kerana cinta ini akan hilang apabila hilangnya 'sebab' itu. Contohnya apabila seseorang itu cinta kerana kecantikan maka apabila CanTik itu hilang maka akan hilanglah cinta..

*Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.

Thursday, March 18, 2010

Munajat seorang isteri



Make Hot Pictures

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan fizikal dan mental, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di Arash. Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah-Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniamu peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti persaannya. sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.

Tetapi Ya, Allah, sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu. Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan kurniakanlah aku kekuatan untuk aku perbetulkan keadaannya. sekiranya suamiku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku, Kau juga yang Maha Mengetahui segala kesilapan dan keterlanjuranku. Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu.

Sekiranya aku engkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu, aku buta tanpa bimbingan-Mu, aku cacat tanpa hidayah-Mu, aku hina tanpa rahmat-Mu, Ya Allah.

Kuatkan hati dan semangatku, tabahkan aku menghadapi segala cubaan-mu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu. Bimbinglah aku menjadi isteri solehah. Hanya padamu Ya Allah ku pohon segala harapan.

Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu. Kerana aku sedar hinanya aku. Kerana aku insan lemah yang kerap keliru, kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu, kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu, kerana pendek akalku mengharungi ujian-Mu.

Ya Allah Ya Tuhanku...aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, isteri yang dikasihi, isteri yang solehah, isteri yang sentiasa di hati suamiku. Amin, amin, amin Ya Rabbal Allamin...

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka.

Thursday, March 11, 2010

Kepadamu KeKasih Hati...

Buat insan yang bertahta di hati....kini dan selamanya...My beloved husband...love u forever...


Terima Kasih ku ucapkan padamu kerana menerima diri ini seadanya...

Padamu kuserahkan jiwa dan raga segalanya kerana pengalaman mengajarku erti sebuah cinta dan kasih sayang...walaupun dulu aku pernah dilukai namun dengan kehadiranmu aku bersyukur kerana kau insan yg amat memahami...

Usah kau ragu dengan cintaku kerana semuanya telah kuserahkan padamu......

PadaMu...ya Rabbul Izzati berkatilah cinta kami berdua......berikan kasih sayang dan cinta sempurna antara kami berdua semoga rumahtangga yg dibina bertahan hingga ke hujung nyawa....hingga ke syurga....persis untaian tasbih yg tiada awal tiada penghujungnya........

Amiiinnn.....


Related Posts with Thumbnails