*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Thursday, November 17, 2011

:: Kek Kukus Coklat ::


Bahan A :

* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair
* 1 cawan susu pekat
* 1 cawan minyak masak

>> semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

* 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
* 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :

* 4 biji telur - diblender @ guna whisk je

Cara-Cara

1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje.
2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Loyang tu kena dipanaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi..
3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.

...kek yg senang sekali dibuat..cubalah yer....;)

Wednesday, November 2, 2011

:: Kek Kukus Lapis Cream Cheese ::




BAHAN A

* 250 gm cream cheese
* 60 gm gula halus
* 1 biji telur
* 25 ml air
* 1 sb tpng gandum

Cara-cara

1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
3. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Cara-cara

1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
3. Masukkan air panas,susu dan minyak
4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Sunday, October 30, 2011

:: Kek Lapis Hawflakes ::



Bahan-bahan

*5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
*225 gm gula halus
*220 gm tepung gandum
*1 sudu kecil rata baking powder
*1 sudu besar ovallette
*150 ml susu cair
*1/2 sudu kecil garam
*100 gm minyak jagung/masak
*1 sudu kecil esen vanila
*beberapa titis pewarna merah, kuning dan hijau
*asam hawflakes secukupnya

Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
  4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  6. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  7. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan, ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 3 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...


SELAMAT MENCUBA ;)





Tuesday, July 26, 2011

:: Kek Kukus Lapis Coklat ::

Assalamualaikum..
Hai, apa khabar semua? harini sy nak berkongsi resepi Kek Kukus Lapis Coklat..kek ni dibuat semalam..rasanya alhamdulillah mmg sedap apa taknya letak coklat betul..;)jom kita tengok resepi..resepi ni sy dapat dari blog dayangjack.blogspot.com..tapi adalah buat kelainan sikit di bahagian warna dan perasa ,sebab sy tambah perasa coffee...

...inilah hasilnya...;)...

apapun jom layan resepi di bawah..;

Kek Kukus Lapis Coklat

bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
1 sk baking powder
250 g mentega
5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
80 g gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
150 g coklat Cadbury / Milk Roundies (sy letak coklat yg biasa sy buat utk coklat buatan tangan)
1 sk esen vanilla
pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah

Cara-cara :
Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.

SELAMAT MENCUBA...


Thursday, July 7, 2011

:: Pulut Seri Warna ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bertemu lagi kita yer...
Harini nak berkongsi lagi resepi kuih yang dibuat semalam..
Kuihnya seakan seri muka dan kuih lapis...
Macam biasa resipi ni diperolehi dari www.kongsiresepi.com..
Pada mulanya agak lembik sedikit (mngkn masih panas) tapi setelah sejuk sepenuhnya ok jer..potong pun cantik jer warna..hehe puji diri lagi...
Jom kita tgk hasil saya...;)



RESEPI:

Lapisan Bawah:

1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
sedikit garam

Cara Penyediaan

Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
**Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
(*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
Sejukkan dan bolehlah dipotong.



Monday, July 4, 2011

:: Talam Kastard Jagung ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertemu kita kembali di teratak d'kasih...
Kali ini sy ingin berkongsi tentang kuih Talam Kastard Jagung...
Sabtu yg lepas terasa ingin makan kuih so bahan2 pun dah ada trylah buat kuih Talam ni..resepi ni dapat di website kongsiresepi...kuih talam menjadi pilihan kerana sukatan yg diberikan amat mudah iaitu dgn menggunakan cawan sahaja..kalau guna gram susah sikit nak sukat kalu penimbang takde...nak tgk tak kuih yg terhasil dari percubaan pertama saya..;)

kuih yang baru diangkat..masih panas...iman menunggu je nak makan...hihi

Talam Kastard Jagung yang sudah dipotong dan siap utk dimakan...atas kuih tak berapa cantik sbbnya pisau plastik xde so xberapa nak kemas..huhu

Kuih ni mmg jd banyak maklumlah satu loyang..daripada membazir dapat jugalah sedekah pada jiran sebelah...

oh ya. kawan2 nak ke resipi kuih ni..rasanya perrgh memang sedap (puji diri sendiri plak ;)...sesuai di makan di waktu pagi, petang ataupun malam...

di sini, sy sertakan resipi.. harap kawan2 yg berkesempatan tu bolehlah try buat yer...

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

SELAMAT MENCUBA ;)



Friday, June 24, 2011

:: Langkawi May 2011 ::

Assalamualaikum...

Hai, berjumpa kita...

lama nak berblog harini baru ada kesempatan..

utk catatan kali ini just nak berkongsi pengalaman bercuti di Langkawi pada bulan Mei yg lepas sempena cuti sekolah..jom baca citer ringkas saya..;)

27hb Mei 2011

-bertolak ke utara..
-bermalam di Penang (I-Home Hotel)
~*hotel plak kebetulan baru je operasi bulan Mei so harga semalam RM 50...bolehlah utk bermalam dan biliknya pun selesa....
-bg sesiapa yg teringin menginap di sana bleh pandang2 jeling2 di http://www.facebook.com/pages/I-home-Hotel-Penang/105019889584917

28hb Mei 2011

-pagi: sarapan di Taman Tun Sardon, penang
-menaiki ferri dari penang ke seberang (saje bawa iman naik ferri..dtg melalui jambatan Pulau Pinang balik naik ferri pula..;) )
-10.00 pg bertolak ke Kuala Perlis
-smpi jeti Kuala Perlis jam 1 ptg dan naik ferri ke Langkawi jam 1.30..walaupun tentatif jam 1.30 tp taklah ferry jalan on-time adalah lambat dlm 5-10minit..biasalah tu kannn...
-masa perjalanan lebih kurang sejam..agak lama jg tp oklah sbb dlm ferry yg kami naik tu ada tv so buka pula citer Hantu Kak Limah Balik Kampung..sekali sekala gamat dlm ferry dgn gelak tawa penumpang...
-dlm 2.45 ptg sampi di jeti Langkawi..
-di Langkawi kami telah booking awal2 kereta sewa memandangkan cuti sekolah..takut klu tak booking awal2 kete sewa xde..papepun jgn risau kete sewa kat sana sgtlah banyak dan pelbagai..boleh pilih jer..cm kena pandai pilih org lah..bukan apa takutlah kena charge mahal...masa cuti sekolah kete sewa mmglah mahal..kami ramai lebih kurang 7 dewasa dan 3 kanak-kanak so kami sewa avanza...rata2 cuti sekolah diorang charge avanza RM 200-250 tp kami dpt RM 160 (avanza-auto)..sape2 yg nak booking kete bleh kol PAK LANG- 012257856 (promote lah plak hihi)
-Kete sewa dapat dah..penginapan camner yer? utk penginapan kami lebih memilih Homestay kerana bilangan kami yg ramai dan ingin lebih keselesaan..harga hotel dan homestay pun xbnyk beza so untung lg duk homestay ..ada mesin basuh, dining room,peti ais, sterika etc kiranya macam rumah sendiri lah heheh..untuk homestay ni survey punye survey sy temui PAK NON HOMESTAY..harga semalam RM 200...homestay yg amat selesa malah kami dpat hadiah Minyak Gamat dari tuan rumah...;) bagus betul pak non siap sediakan sepaket maggie dan air mineral...sesampai kami di homestay isteri Pak Non dah siapkan masakkan air panas..mmg terbaiiikkk lah!!! oh ya sape2 yg berminat nak stay di Pak Non Homestay boleh tgk2 di http://www.facebook.com/pages/Pak-Non-Homestay/127381500671542
-sepetang berehat di homestay kerana kepenatan...
-di malam hari makan di gerai di sana kemudian jalan2 di Pantai Chenang melihat suasana malam..just ronda2 dlm kete je...

29hb Mei 2011

-pagi jam 9 telah berkumpul di jeti Pelancongan utk ber'Pulau'..hehe
-harini kami habiskan setengah hari di 3 buah Pulau..1) Pulau Beras Basah 2) Eagle 3) Pulau Dayang Bunting
-utk ketiga2 tempat tersebut kenalah menaiki bot...kami sewa sebuah bot dgn harga RM 250..bot boleh muat dlm 10 orang so ngam2 lah dgn kami sekeluarga yg ada 7 orang dewasa dan 3 kanak2...buat mcm bot sendiri..heheh
-masa utk ke 3 tempat tersebut dari 9-12tghari (1 tempat bg masa 1 jam) tp kami terlajak gak sampai jam 1..rasanya di Pulau Beras Basah kami terlebih masa..biasalah kat situ boleh mandi manda ..bila dh pekena air mcm xpuas la mandi air yg cantik dan sejuk tu...
-nak citer satu2 Pulau tersebut tak best la kan nti korang xsurprise dah bila ke sana..so pegi dulu baru tahu...;)

-sebelah petangnya..bershopping di Haji Ismail Group (khas jual coklat sahaja)..rambang mata tgk...boleh habis ratusan ringgit bila dah masuk ke situ..kenapa ratusan ringgit yer? yelah, bila dh tgk coklat yg agak murah2 harganya bila lg nak membeli ye tak lgpun kita beli bukan makan sendiri tp utk dijdikan buah tangan buat sedara mara yg tidak berkesempatan lg berkunjung ke Langkawi...Haji Ismail Group ni ada banyak premis..ada yg jual coklat sahaja, ada jual pinggan mangkuk, alat2 kelengkapan dapur, beg2 travelling, dan etc...
-satu lg premis jualan yg terkenal di Langkawi adalah Idaman Suri...kat sini mmg ramai pengunjung sbb harganya murah2...pinggan mangkuk, sudu garpu, set2 sudu, set2 dulang, set cawan, set pinggan, huh macam2 lah dlm ni,,coklat pun ada....
-mengikut kata sedara yg menetap di Langkawi owner Idaman Suri tu org Singh so kalu nak tolong org melayu belilah di Haji Ismail Group..harga di Haji Ismail Group agak mahal sikit tapi barang berkualiti..jika di Idaman Suri harga murah tp brg kurang kualiti sikit...so, pilihan di tangan anda..oh ye katanya lg coklat2 di Haji Ismail Group juga sudah ditapis dan dipilih status HALAL berbanding di Idaman Suri so xperlu ragu2 utk membeli di Haji Ismail Group walupun ada brand coklat agak pelik2 gak namanya..
-oh ye, hari kedua ni juga kami sempat ke Makam Mahsuri..lain sungguh suasana di sana..dah banyak perubahan..

-di malam hari kami ke rumah saudara..beliau sekeluarga berpindah ke sana kerana tugas dan dlm permohonan utk pindah balik ke selatan tanah air...

30hb Mei 2011

-pagi,sempat ke Underwaterworld di Pantai Chenang..agak mahal juga bayarn masuk ke sana..dewasa:RM 28 kanak2 atas 2 thn:RM 18..xsemua kami yg masuk cuma sy anak-beranak dan anak buah seorang..yg lain menunggu kami di Pantai Chenang...
-Kemudian, berjalan2 ke kawasan Beras Terbakar, dan ke Tanjung Rhu....
-sebelum zohor pulang ke Homestay berkemas2 sebelum pulang...
-Cable car kami tak pegi sbb sblm ni kami pernah pegi so pegi mana yg sempat dan tempt bersejarah sahaja...(kebetulan hari hujan so takut gak nak naik2 cable car tu..huhu)
-jam 3-3.30ptg berada di jeti utk menunggu ferri bertolak jam 4..
-hari kami pulang tu ya Allah, ramainye orang...huhuhu...PENAT, LETIH, tp SERONOK

-jam 5.10ptg sampai di jeti Kuala perlis..nak kuarkan barang satu-persatu pun makan masa sbb ramai org dan banyaknye barang..biasalah SHOPPING hehe..
-siap semua ambil kete yg ditinggalkan di parking khas ke Langkawi..sewa sehari RM 10(tidak berbumbung)..kalau yg berbumbung tu rasanya RM15 kot..
-sepetang di tepi laut Kuala Perlis menikmati Laksa Kuala Perlis, Cucur Udang dan Kerang Bakar...yummy...
-meneruskan perjalanan ke Perlis..bermalam semalam di rumah Pak Jang Alwi (Bapa Saudara sebelah ayah) di Kg Jejawi...kebetulan kami dtg musim mempelam Harum Manis apalagi bermanis2 lah kami di sana..Pak Jang plak ada pokoknya huh mkan puas Harum Manis...

31hb Mei 2011

-pagi, bersiap pulang dan menziarahi sebentar bapa2 dan mak2 saudara yg lain yg telah lanjut usia...
-pulang dgn berbekalkan sekotak Harum Manis dan mempelam lain...terima kasih buat Pak Jang dan Mak Jang yg bermurah hati membekalkan kami buah tersebut...
-perjalanan diteruskan dan berhenti makan tengahari di Taiping (umah kakak kepada abg ipar)..save budget kami heheh...
-dlm jam 4.45ptg sampai di Kuala Lumpur...
-kami 2 kereta so sebuah lagi meneruskan pulang ke Senawang
-kami hantar adik dan suami ke puduraya utk pulang ke Kuantan
-jam 5.45ptg sampai di Bandar Baru Bangi



Thursday, May 5, 2011

:: Untukmu Umat ::


Sekadar ingin berkongsi ttg sebuah buku karangan Ust. Zaharuddin..amat bagus untuk kita baca dan selami kandungan2 yg terkandung di dalamnya..

Tajuk : Untukmu Umat
Terbitan : Karya Bestari Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 304
ISBN : 978-967-86-0331-7
Kategori : Islam / Amalan & Panduan
Harga : RM 11.00
Berat : 290 g

MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:
· Wanita dan wangian
· Batasan aurat wanita
· Jangan dayus wahai lelaki
· Maruah diri dan doa pelindung
. Adakah wanita dibenarkan bekerja?
Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.

Tuesday, April 19, 2011

.:: Kembali Bertemu ::.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dekat sebulan lebih juga saya tidak meng'update' blog..banyak faktor dan sebab mengapa blog ini 'bersembunyi' buat sementara waktu..heheh betul ke ayat ni..hemtam sajelah...








Sesungguhnya kita merancang tapi tuhan juga yang menentukannya...perlu yakin dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...begitulah seharusnya saya terima...baru sahaja dikhabarkan berita gembira tapi hanya sementara...apa tu ye..mesti kalian tertanya2..

Sebenarnya 2 bulan lepas baru sahaja disahkan hamil anak ke-2..simptom2 hamil pun sempat dirasai..mual, loya, muntah, pening semua ada...tapiii itulah hakikat yang harus diterima kandungan ini tidak bertahan lama genap usia 9 minggu kandungan ini gugur secara semula jadi...mengikut kata doktor kandungan ini dikira sebagai kandungan tak jadi..janin tidak membesar malah di usia 9 minggu 'fetal heart' atau jantung janin juga masih tidak kelihatan...namun saya bersyukur juga kerana tidak perlu D&C sebab telah habis keluar semuanya...dan menurut doktor lagi saya tidak perlu berpantang dan jika memang berhajatkan anak lagi boleh terus mencuba..heheh malu plak bila doktor berkata begitu....insyaallah ada rezeki adalah selepas ini..doakan utk saya yer wahai pembaca sekalian...

Selain dari itu...time2 ni la plak labtop buat hal nak repair tak repair2 lagi...nasib baik ada labtop kerja suami so bolehlah juga belek2 facebook dan update blog ni...tp maaf yer kawan2 yang berhajat nak berchatting di fb sbb laptop suami ni telah di blog oleh company utk chatting huhuhu...so, kalau nak bertanya khabar ker message@post kan di wall fb yer...;)

Oklah..itu sahaja buat kali ini...

Monday, February 14, 2011

:: AKU, LIM dan ISLAM ::

Aku, Lim dan Islam..Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, di zaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

" He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang". Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk di buaian di halaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada di perantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? . Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan tak terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat seseorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..


Sebuah kisah menarik sebagai teladan.

Bukan mudah hendak dapatkan syurga Allah. Kalau hidup kita hanya menunaikan yang wajib atas diri kita sahaja contoh solat wajib, puasa, pergi kerja balik kerja, tunai haji dll belum tentu syurga menjadi jaminan…

Setiap orang islam wajib berdakwah terhadap manusia bermula diri sendiri, keluarga, teman dan rakan dari agama lain.

Yang utama jalankan tanggungjawab yang diamanahkan contohnya sebagai anak kepada parent, parent kepada anak, hak jiran, KETUA UNIT/ CAWANGAN /SEKSYEN terhadap staf dan ketua2 lain.

Jadi moral of this story mulakan dakwah anda walaupun terhadap orang islam terutama melayu islam (islam ikutan) kemudian sambil itu berdakwahlah terhadap rakan bukan islam dengan menunjukkan moral islam dari diri kita.

sumber: taman-taman syurga group

Friday, February 11, 2011

:: Lamanya tak berblog ::


salam buat kenalan semua...
lama sungguh tak berblog..
sebenarnya diri ini ada dan sentiasa berada di hadapan labtop
tapi....
sibuk dgn membuat blog baru khas utk bisness yang sedang dilakukan..

bisness apa ye?
hmm...bisness coklat...anda suka makan coklat? mesti suka kann..

sebelum menjurus dlm bidang coklat ni bukan main hentam je tau..
aku siap ikut kelas buat coklat...
kelasnya di seri kembangan...
hari sabtu...
seingat aku tanggal 29hb Januari lepas aku ikuti kelas tersebut...

dengan yuran sebanyak RM180 dari jam 11.00pagi-6.00petang itu banyak yg aku pelajari...
memang berbaloi lah...
dan tiba masanya aku memulakan bisnes coklat ini...
dengan ilmu yang ada dan teknik2 yang dipelajari insyaallah...

kawan2 semua tempahan sudah dibuka...
so, sesiapa yg berminat nak tempah bolehlah bgtau yer....


oklah...tata



Thursday, January 27, 2011

.:: Buah-buahan dan khasiatnya ::.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkanmasyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkakusus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran,memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurmajuga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

3. Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatanyang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itupisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

4. Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluargaAnacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nenas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

6. Belimbing Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialahAverhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

8. Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

13. Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceaemerupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buahavokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.

15. Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

sumber: taman2 syurga group


Related Posts with Thumbnails