*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Thursday, January 27, 2011

.:: Buah-buahan dan khasiatnya ::.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkanmasyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

1. Delima Hilangkan Masalah Cacing

Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia.

Buah delima juga boleh memperbaiki usus-usus dan menguatkannya, membersihkan bahagian dalam tekak serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah batuk. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkakusus. Walaupun begitu buah delima masam juga boleh mencegah dari muntah, menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing.Ini kerana buah delima mengandungi bahan pengcengkam yang mampu memegang dinding saluran perut.

Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa biji delima dapat dijadikan ubat luka-luka yang teruk dan kebenjolan, caranya dengan mengambil biji-biji delima di tumbuk dan dicampurkan dengan sedikit madu dan disapukan pada bahagian luka.

2. Kurma Hindar Gangguan Usus

Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah.

Selain daripada gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai di amalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekaligus menghentikan batuk.

Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, di dalam Al-Quran terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah:

Maksud: "Dan gegarlah kearahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan."

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai hal ini ,sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

Sekiranya Allah ada menjadikan sesuatu buah yang lebih baik daripada tamar sudah tentu Allah telah memberikan (kepada Siti Maryam)

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajian menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran,memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurmajuga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.

3. Pisang Merawat Kudis dan Luka

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatanyang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itupisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

4. Mangga Penawar Penyakit Hernia

Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluargaAnacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.

5. Nenas Penawar Penyakit Batu Karang

Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

6. Belimbing Merawat Kencing Manis / Darah Tinggi

Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialahAverhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.

7. Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis

Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

8. Pala Melegakan Kembung Perut

Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.

9. Pinang dengan Pelbagai khasiat

Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

10. Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.

11. Sengkuang Cina Penawar Bronkitis

Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.

12. Ciku Penawar Buang Air Berdarah

Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.

13. Pelbagai Khasiat Tembikai

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

14. Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung

Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceaemerupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.

Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buahavokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.

15. Betik Selesaikan Sembelit

Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

KESIMPULAN

Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

sumber: taman2 syurga group


.:: Types of Aquarium ::.









Wednesday, January 26, 2011

:: Aiskrim dan Iman ::


Kalau pergi ke kuantan tempat yg selalu kami pergi adalah Teluk Cempedak...org kuantan panggil TC....

ada adik di Kuantan so bila rasa teringin ke kuantan rumah adiklah tempat 'perlindungan' heheh...tp ke kuantan kali ini dgn tujuan untuk menghadiri walimah ayong di Maran..dari kuantan ke maran dalam 65km...

satu lg tempat yg agak wajib bila di Kuantan ialah Satay Zul..tapi baru-baru ini kami hanya tapau makan di rumah aje...gerai yang boleh dikatakan maju dan mula beroperasi jam 6 pm...

kali ni ke kuantan kami tak makan ikan patin masak tempoyak....adalah juga pernah makan ikan patin di bandar kuantan yang agak terkenal dengan masakan ikan patin iaitu gerai pak akob/yaakob gitulah bunyinya...;)

masa di TC tak mandi manda pun just menikmati permandangan jer dan melayan blues dgn angin sepoi2 bahasa tu....adik aku tiba-tiba jer teringin nak makan aiskrim McD tu...hmm sementara kaum adam tgh berborak2 tu kami pun membeli aiskrim...sunday je....;)

ha! bila iman pekena aiskrim tgklah apa yg dah berlaku..................:) C.O.M.O.T







:: Dulu Lain Sekarang Lain ::





Salam...

sesuatu yg tidak diketahui telah pun diketahui
tapi tak tahulah kawan2 semua (ex-uia gombak) ada yang telah mengetahuinya...

mnggu yang lepas sebelum bertolak ke kuantan, tiba-tiba je teringin nak lunch di gombak
suami pun mulalah bertanya tempat2 yang selalu diterokai untuk mengisi perut sewaktu zaman study dulu hehehee...

mula-mula nak bawa suami makan di sri gombak..kat situ ada satu gerai yg lauk2 nye banyak dan boleh tahan la juga rasanya...tapi...kami terlepas jalan maklumlah dah lama tak menjejaki bumi gombak...;)

malas nak pusing balik so kami meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman gombak..
kalau saudara2 ingat ada satu deretan gerai makan yang mmg terkenal di kalangan student uia apatah lagi di waktu malam....gerai tersebut terletak berhadapan tanah perkuburan islam...

ha! anda sudah ingat di mana? heheh..apa ye nama tempat tu...di sekitar jalan itu terletaknya Muzium Orang Asli...hmmm tentu anda tahu...

masa kami sampai di sana huh! terperanjat sebab gerai2 disitu sudah berlainan rupa malah berkurangan....tanda tanya itu akhirnya terungkai apabila pekerja di restoran tempat kami makan beritahu rupanya gerai sebelum ini semuanya telah musnah dijilat api (terbakar)...oooohhhh patutlah lain jer....tapi gerai yang terbina sekarang lebih cantik, klasik dan menarik baru sebulan mereka beroperasi kembali...

gerai yang selalu aku dtg dgn member2 ialah gerai pertama...tak ingat dahulunya nama apa tapi sekarang namanya Santai Place...mungkin nama yg sama seperti dulunya cm aku je yg lupa....

itulah cerita aku...

Wednesday, January 19, 2011

:: Tiga Pesan Nabi Buat Kita ::


Assalamualaikum WW?

Saudaraku, ada tiga perkara yang diperingatkan oleh Rosulullah saw kepada kita. Dari Abu Hurairoh ra. ia berkata Rosulullah saw bersabda: Jika umatku sudah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan Islam; dan jika umatku sudah meninggalkan amar maruf nahi munkar, diharamkan baginya keberkahan wahyu; dan jika umatku sudah saling mencaci, maka jatuhlah ia dari pandangan Alloh" (HR. Hakim dan Tirmidzi)

Kehidupan dunia dibanding kehidupan akhirat bukan bandingan (QS. Al-`Alaa:16-17); amar maruf dan nahi munkar adalah kewajiban setiap muslim (QS. Ali-Imron: 110); dan menjaga persatuan dan kesatuan umat adalah wajib (QS. Ali-Imron: 103)

semoga kita dapat mengambil pelajaran dari hadits yang diterima oleh Abu Hurairah ini.

Wassalamualaikum WW!


sumber: taman2 syurga group


:: Bila lelaki kehilangan tulang rusuk ::

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-katayang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Jika merasakan akan **menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *


Thursday, January 13, 2011

.:: B.A.T.U.K ::.


salam semua....

hmm...Batuk ni dah 2 minggu tak baik-baik juga...
seksa sungguh....
kerana B.A.T.U.K tidur malamku selalu terganggu...

Ubat?
ubat batuk klinik dah minum, ubat batuk kedai pun dah minum...
tapiiiiii tetap tak baik-baik juga...
nape yer? sakit itu penghapus dosa...insyaallah mudah-mudahan dosa2 ku yg lampau terhapus dgn kesakitan ini...

Madu?
madu pun dah try....air madu+limau=SEDAP hihii..
alhamdulillah adalah kurang sikit....
tapiiiii tidur malamku tetap terganggu...

hairan sungguh....bila time tidur je menjadi2 batuk ni...
agaknye sejuk ker...ish tak taulah....
batuk punya batuk sampai pening kepala ni...
sampai terkucil pun ada gak kadang2 tu hehehheh.....

cari punya cari dlm internet terjumpa satu petua untuk menghilangkan batuk...
nak tau apa petuanya...
petua tu berbunyi begini: di mlm hari sebelum tidur ambil segenggam nasi dan direndamkan ke dalam air masak semalaman...keesokan pagi minum air rendaman nasi tadi......
hmmm...nak cubalah malam nanti...mudah-mudahan berhasil....;)

batuk oh batuk
hilanglah kamu cepat.....


Wednesday, January 12, 2011

.:: Ada kekuatan dalam... ::.



Ada kekuatan di dalam cinta,
Orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengalahkan keinginannya
Untuk mementingkan diri sendiri.

Ada kekuatan dalam tawa kegembiraan,
Orang tertawa gembira adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah terlarut dengan tantangan dan cobaan.

Ada kekuatan di dalam kedamaian diri
Orang yang dirinya penuh damai bahagia adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah tergoyahkan
Dan tidak mudah diombang-ambingkan.

Ada kekuatan di dalam kesabaran,
Orang yang sabar adalah orang yang kuat
Karena ia sanggup menanggung segala sesuatu
Dan ia tidak pernah merasa disakiti.
Ada kekuatan di dalam kemurahan,
Orang yang murah hati adalah orang yang kuat
Karena ia tidak pernah menahan mulut dan tangannya
Untuk melakukan yang baik bagi sesamanya.

Ada kekuatan di dalam kebaikan,
Orang yang baik adalah orang yang kuat
Karena ia bisa selalu mampu melakukan yang baik bagi semua orang.
Ada kekuatan di dalam kesetiaan,
Orang yang setia adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengalahkan nafsu dan keinginan pribadi
Dengan kesetiaannya kepada Allah dan sesama.

Ada kekuatan di dalam kelemahlembutan,
Orang yang lemah lembut adalah orang yang kuat
Karena ia bisa menahan diri untuk tidak membalas dendam.

Ada kekuatan di dalam penguasaan diri,
Orang yang bisa menguasai diri adalah orang yang kuat
Karena ia bisa mengendalikan segala nafsu keduniawian.


Sadarkah teman bahwa engkau juga memiliki cukup Kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini?
Dimanapun, seberat dan serumit apapun juga.
Karena pencobaan tidak akan pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita.

.:: Paku di dinding hatimu ::.



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang
Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut
kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang
di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi
seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,
tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,
namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka
fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu
ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada
kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

.:: Kita Bukannya vs Kita Adalah ::.

1.kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh

2.kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin

3.kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome

4.kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa

5.kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat

6.kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang

7.kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah

8.kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut

TAPI...

1.kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain

2.kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan

3.kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri

4.kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain

5.kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain

6.kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati

7.kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

8.kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama

Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.sedarlah. bukan senang nak jadi senang.

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG. BUKAN SUSAH NAK JADI SUSAH

.:: Wang bukan segalanya ::.



Dengan wang anda hanya boleh membeli tilam yang tebal,Belum tentu kenyenyakan tidur

Dengan wang anda hanya boleh membeli buku,Belum tentu kebijaksanaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli makanan,Belum tentu kepuasan selera

Dengan wang anda hanya boleh membeli ubat,Belum tentu kesihatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli rumah,Belum tentu kekeluargaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli tubuh badan,Belum tentu cinta

Dengan wang anda hanya boleh membeli perhiasaan,Belum tentu kecantikan

Dengan wang anda hanya boleh membeli pangkat,Belum tentu kehormatan

Dengan wang anda hanya boleh membeli hiburan,Belum tentu kegembiraan

Dengan wang anda hanya boleh membeli harta,Belum tentu kebahagiaan

Dengan wang anda hanya boleh membeli populariti,Belum tentu kaliber

Dengan wang anda hanya boleh membeli kekuasaan,Belum tentu kebenaran

Dengan wang anda hanya boleh membeli agama,Belum tentu keimanan

.:: Before... ::.

Before you speak.....Listen

Before you write .....Think

Before you spend.....Earn

Before you criticize....Wait

Before you pray....Forgive

Before you quit......Try


Watch your thoughts...they become words...

Watch your words...they become actions...

Watch your actions..they become habits

Watch your habits...they become character...

Watch your character..4 it becomes ur "DESTINY"

.:: Antara Kawan dan Cinta ::.


[boating.jpg]

.:: Ambillah Waktu ::.



Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Saturday, January 8, 2011

.:: CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W. ::.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .

Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 punca penyebab penyakit dari perut:-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.

2. Terlalu berlebihan semasa makan.

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:

“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)
Related Posts with Thumbnails