*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Monday, July 5, 2010

-Kisah Lucu-

Salam semua...harini nak berkongsi kisah lucu yang diperolehi dari www.familiazam.com..bg yang tengah berdukacita atau bersedih hati tu hiburkan hati anda seketika..jgn ikutkan hati..dan yang boring2 tu jom relaxkan minda membaca kisah lucu ini...

KISAH 1: PERUT BUNCIT

"Tak baik hisap jari, nanti perut buncit", itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari. Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi menghisap menghisap jari." Nanti perut Amin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu. www.familiazam.com

Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik. "Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..

KISAH 2: AKUI DIRI

Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"

KISAH 3: ENJIN BOEING

Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.
Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.
Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?"
Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
"Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.
Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"
Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."
Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah."
Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.

KISAH 4: KOTAK HITAM

Seorang budak ghairah bertanya datuknya kenapa kotak hitam menjadi barang utama dicari setiap kali kapal terbang terhempas.
Datuknya berkata: "Kotak hitam itu adalah peti yang diperbuat daripada besi kebal supaya ia tidak berkecai sekalipun kapal terbang terhempas. Dalam kotak hitam itu ada pita rakaman suara juruterbang dan perakam data penerbangan."
"Jadi kita boleh tahu apa sebenarnya berlaku kepada kapalterbang sebelum ia jatuh terhempas atau meletup," tegas datuk dengan bersahaja dan percaya cucunya faham.
Namun cucunya berkata: "Saya hairan tuk, kalau orang boleh cipta besi kotak hitam yang tak musnah atau berkecai, kenapa orang tak buat saja kapal terbang dari besi kotak hitam itu. Tentu ramai orang terselamat kerana kapal terbang tak berkecai bila jatuh terhempas."
Kali ini datuk tergaru-garu kepala mencari idea untuk menjawab soalan cucunya.

KISAH 5: MURAH

Sebelum ke Eropah untuk urusan perniagaan, Zul singgah di sebuah bank di ibu kota bagi mendapatkan pinjaman segera RM 15.000
"Encik....pinjaman ini perlukan cagaran, apa encik nak cagarkan? tanya eksekutif pinjaman bank itu.
"Kereta Rolls Royce saya, ini kuncinya," Kata Zul
Selepas menandatangani surat perjanjian, eksekutif itu memandu kereta Rolls Royce berkenaan kekawasan letak kereta bank di bawah tanah. Kemudian dia menyerahkan RM 15,000 kepada Zul.
Dua minggu kemudian, Zul kembali dari Eropah dan terus ke bank untuk melangsaikan pinjaman serta mengambil keretanya semula.
"Pinjaman encik keseluruhannya RM 15,000 dan faedahnya RM 25.50" Kata eksekutif itu. Zul kemudian menyerahkan sekeping cek kepadanya.
"Setahu saya encik jutawan terkaya di bandar ini, mengapa encik perlu meminjam RM 15,000 dari bank?" kata eksekutif itu.
Zul berpaling dan tersenyum. "Mana ada tempat yang selamat dan murah untuk meletakkan kereta di Kuala Lumpur. Hanya RM 25.50 untuk dua minggu." jawabnya.

"Life is easier than you'd think; all that is necessary is to accept the impossible, do without the indispensable, & bear the intolerable" ~Kathleen Norris

Friday, July 2, 2010

-Bila anak demam-

Alhamdulillah, hari ini iman nampak sudah sembuh dari demam..cuma kadangkala batuk juga sedikit. Menjaga anak kecil tidak semudah menjaga orang dewasa ketika demam..kenapa? kerana jika berlaku demam panas paling takut sekali jika berlaku kekejangan akibat suhu yang terlalu tinggi..apapun ibu-ibu yang di luar sana jgn bimbang kena setiap penyakit ada penawarnya...cuma sebagai ibu kebarangkalian kerisauan amat tinggi mmg tidak dapat dinafikan..ibu sanggup tidak tidur lena demi anak tercinta..dan bantuan dari suami juga amat diharapkan...

Apa kata kita huraikan dengan lebih mendalam tentang demam yang biasa berlaku kepada anak.

Apa itu Demam dan Bagaimana Terjadinya?

Demam sebenarnya bukanlah penyakit. Pencipta kita sudah mengatur sedemikian rupa sehingga apabila ada serangan dari virus atau bakteri, maka tubuh akan bereaksi. Reaksi ini merupakan usaha tubuh untuk memerangi virus/bakteri tersebut sebab virus akan mati pada suhu tinggi namun tumbuh subur pada suhu rendah. Ada bagian dari otak kita yang merupakan pusat pengatur suhu tubuh, yaitu Hyphothalamus.

Demam juga adalah gejala naiknya suhu tubuh sebagai respon normal tubuh terhadap suatu gangguan. Suhu tubuh diukur dengan termometer, dikatakan demam bila:

-Suhu rektal (di dalam dubur): lebih dari 38ºC
-Suhu oral (di dalam mulut): lebih dari 37.5ºC
-Suhu ketiak: lebih dari 37.2ºC
-Termometer bentuk dot bayi digital: lebih dari 37.8ºC
-Suhu telinga: mode rektal: lebih dari 38ºC; mode oral: lebih dari 37.5ºC

Suhu tubuh dikendalikan oleh suatu bahagian dari otak yang disebut hipotalamus. Hipotalamus berusaha agar suhu tubuh tetap hangat (36,5-37,5 ºC ) meskipun lingkungan luar tubuh berubah-ubah. Hipotalamus mengatur suhu dengan cara menyeimbangkan antara produksi panas pada otot dan hati dan pengeluaran panas pada kulit dan paru-paru. Ketika ada infeksi, sistem kekebalan tubuh meresponnya dengan melepaskan zat kimia dalam aliran darah. Zat kimia tersebut akan merangsang hipotalamus untuk menaikkan suhu tubuh dan akhirnya akan menambah jumlah sel darah putih yang berguna dalam melawan kuman.

Apa penyebab demam?

Infeksi merupakan penyebab terbanyak demam pada anak-anak. Infeksi adalah keadaan tubuh yang dimasuki kuman penyebab penyakit, bisa virus, parasit, atau bakteri. Contoh penyakit infeksi dengan gejala demam adalah flu, radang saluran pencernaan, infeksi telinga, croup, dan bronkhiolitis. Beberapa imunisasi anak-anak juga dapat menyebabkan demam. Bila demam akan timbul tergantung dari vaksinasi yang diberikan (biasanya imunisasi DTP, HiB, dan MMR). Sedangkan anak yang sedang tumbuh gigi, menurut suatu penelitian, tidak menyebabkan demam.

Bagaimana cara mengukur suhu tubuh anak?

Cara paling akurat adalah dengan suhu rektal. Namun, mengukur suhu oral akurat bila dilakukan pada anak di atas 4-5 tahun, atau suhu telinga pada anak di atas 6 bulan. Mengukur suhu ketiak adalah yang paling kurang akurat, namun dapat berguna saat dilakukan pada anak kurang dari 3 bulan. Bila suhu ketiak lebih dari 37.2ºC, maka suhu rektal harus diukur. Di sisi lain, tidaklah akurat bila mengukur suhu tubuh dengan merasakan kulit anak. Hal ini disebut suhu taktil (sentuhan) karena bersifat subjektif, yaitu pengukuran sangat dipengaruhi oleh suhu orang yang merasakan kulit si anak. Berikut cara mengukur suhu anak:

-Suhu rektal: anak dibaringkan di pangkuan pemeriksa dengan perut sebagai dasarnya, sebelumnya oleskan sedikit krim atau jely pelumas (misal: Vaseline) pada ujung termometer, masukkan termometer dengan hati-hati ke dubur anak sampai ujung perak termometer tidak terlihat (0,5-1,25 cm di dalam dubur), tahan termometer pada tempatnya. Tahan selama 2 menit untuk termometer raksa atau kurang dari 1 menit untuk digital.

-Suhu oral: yang perlu diperhatikan adalah jangan mengukur suhu pada mulut anak bila anak makan atau minum yang panas atau dingin dalam 30 menit terakhir. Sebelumnya bersihkan termometer dengan air dingin dan sabun kemudian bilas dengan air sampai bersih. Tempatkan ujung termometer di bawah lidah ke arah belakang. Minta anak untuk menahan termometer dengan bibirnya. Upayakan bibirnya menahan termometer selama kira-kira 3 menit untuk termometer raksa atau kurang dari 1 menit untuk digital.

-Suhu ketiak: tempatkan ujung termometer di ketiak anak yang kering kemudian Tahan termometer dengan mengempitnya antara siku dengan dada selama 4-5 menit.

-Suhu telinga: perlu diperhatikan bahwa termometer telinga tidak digunakan untuk anak di bawah 6 bulan. Bila anak baru dari luar rumah di mana cuaca sedang dingin, tunggu 15 menit sebelum mengukur suhu telinga. Infeksi telinga tidak mempengaruhi akurasi suhu telinga. Caranya, ibu harus menarik telinga ke arah luar-belakang sebelum memasukkan termometer kemudian tahan alat di telinga anak selama kira-kira 2 detik

Ubat?

Kebiasaannya ubat yang diberi pada anak adalah Paracetamol..dan dos untuk anak juga bergantung pada berat badan anak tersebut..jika anda tidak tahu dos yang diperlukan untuk anak anda jangan sembarangan bagi maka berjumpalah dengan yang arif seperti doktor @ ahli farmasi...


Tip penting semasa merawat anak demam:

lMencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya.

lCegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.

lJika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.

lPastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.

lBeri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.

lWalaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.

lIbu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

lBerbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.

lAnak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.

lAsyik tidur dan sukar dikejutkan.

lSering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.


Demam itu ujian..kalau org tua2 dahulu pernah kata demam pada kanak-kanak tu nak membesar dan ada pula yang mengatakan anak tersebut nak pandai sesuatu..hmm nak percaya atau tidak terpulang pada anda mungkin ada yang kebetulan benar dan mungkin tidak..


Sentiasalah kita redha dengan ujian yang allah berikan kepada kita kerana setiap ujian itu ada hikmahnya...


-Selamat datang Rejab-

pejam celik-pejam celik dah bulan 7 rupanya..rejab pun dah nk habis...cepatnya masa berjalan. Ibarat kata;

"Waktu terlalu lambat bagi mereka yang menunggu, terlalu cepat bagi mereka yang takut, terlalu panjang bagi mereka yang bersedih hati, terlalu pendek bagi mereka yang bergembira, tapi bagi mereka yang mengasihi, waktu adalah keabadian."


Selamat Datang Rejab
www.iluvislam.com
Editor:afdhal87

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr. Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.

Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilkan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan. Sungguh banyak sekali keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Kalau Kompleks Membeli-belah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun seolah-olah berpesta untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi adakah begitu respon kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang kekal abadi. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat.

Realiti yang kita dapat lihat ialah tawaran Allah kurang mendapat tempat di hati kita. Hanya hati yang disinari dengan iman dapat menghargai tawaran Allah yang abadi ini. Manakala hati yang sudah terpaut dengan kebesaran dunia lebih terpikat dengan tawaran murahan yang bersifat sementara dan tidak kekal.Di sinilah ujian untuk menilai keimanan kita terhadap perkara ghaib. Ganjaran syurga yang ditawarkan adalah perkara ghaib yang kita tidak nampak. Tetapi penuruan harga baju dari RM 90.00 ke RM 50.00 jelas dilihat. Oleh kerana kita lebih mengutamakan perkara yang nampak daripada yang ghaib, maka kita berusaha untuk memilih tawaran dunia. Tawaran Allah menjadi amat kecil sehingga tidak berdaya untuk kita laksanakan. Jadilah fadhilat atau kelebihan Rejab yang kita baca atau dengar seolah-olah satu dongengan yang tidak bermakna dan tidak sikit pun memberi kesan di hati. Apabila sikap begini terserap di dalam hati, tidaklah mampu untuk merealisasikan sesuatu tindakan. Bahkan di dalam al-Quran, Allah menempelak golongan ini seolah-olah ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tidak dapat mendengar dan ada otak tetapi tidak dapat memikirkan.Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak begitu ambil pusing akan urusan ibadat, maka sudah tentu Allah tidak akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan akhirat.

Sebagai tanda Allah mengasihi seseorang, diberikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman sebenar sama sahaja sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya berpunca dari Allah.Dalam konteks kelebihan Rejab ini, puasa adalah satu amalan yang benar-benar menguji kesabaran. Orang berpuasa diuji dengan susah, lapar, dahaga dan letih. Ini merupakan satu bala. Kejayaan mengatasi kesusahan ini demi menyahut seruan Allah merupakan satu peluang yang melayakkan kita menerima ganjaran yang disediakan; bak kata orang tua-tua 'bersusah-susah dulu - bersenang-senang kemudian'. Ini bermakna syarat untuk bersenang-senang di akhirat ialah dengan cara kita menempuh pelbagai kesukaran terlebih dahulu. Syurga adalah satu tempat yang amat istimewa di akhirat yang tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang lebih mementingkan kesenangan dan hiburan di dunia ini.

Sebagai penutupnya, kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat. Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN!

Tuesday, June 29, 2010

~# Urutan pada bayi #~

Mengenang saat-saat menimang cahaya mata alangkah seronoknya. Namun, banyak hal yang perlu dipelajari tentang bayi terutama urutan terhadap bayi..Urutan sememangnya sangat baik untuk bayi. Dahulu aku tidak berapa tahu tentang urutan bayi sehinggalah tersiarnya teknik-teknik mengurut bayi dalam cerita gugu gaga era..alhamdulillah, sedikit sebanyak ilmu tentang teknik urutan yang diperolehi memberi banyak perubahan pada bayi terutama bagi bayi yang bermasalah dengan tidur.

Ingin aku kongsikan di sini teknik ringkas yang boleh di lakukan dengan mudah oleh semua ibu-ibu di luar sana.

1. urut lepas mandi, sebelum pakaikan baju..
2. pastikan cuaca tak sejuk, aircond dan kipas sesuaikan supaya baby tak kedinginan...
3. letak minyak yg sesuai kat tangan, gosok2kan dua2 tapak tangan... boleh guna minyak zaitun, kelapa dara, atau minyak bayi... ada yg kata minyak bayi ni x berapa elok sgt,tapi terpulanglah ye..
4. urut muka baby dulu.... buat circle di dahi... pipi urut stroke ke atas... atas dan bawah bibir semuanya urut la... ni utk hilangkan stress sebab babykan nangis kesannya di muka...
5. urut bawa ke bawah... tangan kanan dan kiri.... jari2...
6. kemudian perut.. buat urutan 'i L u' kat perut baby (I L U = i love u).. jangan terlalu kuat... urut juga dari atas tepi perut dan bawa ke tengah bawah perut... utk keluarkan angin...
7. kemudian kaki.. kaki paha dan kaki... utk kaki kita golekkan2 tangan kita di kakinya.. macam kita buat kuih, kita gentel nak jadikan doh tu silinder kan.. ha gitu la.... urut gak tapak kaki...
8. Last sekali tiarapkan baby dan urut belakang....

Semua urutan hendaklah secara perlahan2... jangan keras2/kasar2... baby sgt lembut...
Mulakan urutan seawal mungkin.... sebab kalau baby dah besar, dia tak duduk diam dah... Tapi kalau dah biasa sejak lahir dia akan suka dan menanti2 diurut...
Urut ni bagus utk baby yg susah tidur, yg kembung/meragam, yg tak cukup berat...

Selamat mencuba

Monday, June 28, 2010

~# Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Masyar #~

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.


sumber: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/message/45

Friday, June 25, 2010

~# SUJUD :15 kebaikan yang tersembunyi #~


Tahukah anda perbuatan sujud dalam amalan sembahyang lima waktu kita sebenarnya mempunyai hikmah yang bukan sedikit. Ada kalanya kelebihan dan hikmat yang tersembunyi dari setiap yang Allah SWT utuskan kepada umatnya tidak terjangkau dek akal.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud ialah ia dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elestik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Menegelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekutan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Thursday, June 24, 2010

~# Ujian Pap Smear #~

PAP SMEAR juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

BILA saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan SEBELUM melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan SEMASA pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.


Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Apakah KELEBIHAN lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui KEPUTUSAN pap smear saya?

Hasil ujian ini akan menunjukkan:

1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.

Siapa yang BERISIKO tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

DI MANA saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear

Tuesday, June 22, 2010

~# Semalam adalah Pertama #~


Semalam 21hb Jun 2010 adalah merupakan hari yg 'pertama' buat ahli keluargaku...apa yer?..Nak tahu apa...

Pertama- Semalam hari lahir ibuku yg ke 55tahun. Pertama kali ulang tahun disambut tanpa anak-anak di sisi namun kami semua tetap mengingatinya..hanya doa dikirimkan moga dipanjangkan umur, murah rezeki..sihat tubuh badan dalam mengerjakan amal ibadah...pape pun ada atok yang menemani...we luv you mum!


Pertama- Kakakku memulakan sesi mengajar di sekolah yang baru di Mantin..dan buat pertama kalinya mengajar di sekolah yang agak jauh dengan rumah..go! go! k.long




Pertama- Anak saudaraku Muhammad Danial Ramadhan mula belajar hidup di nursery setelah hampir 4tahun dijaga oleh mak saudara sendiri...hari pertama baginya belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan dan berdikari...semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah...belajar rajin-rajin yer...


Pertama- Adik kepada danial, Muhammad Fawwaz Sufi dihantar ke rumah pengasuh..moga Allah sentiasa melindungi dan memberkatimu selalu...





Pertama- Abang iparku memulakan kehidupan baru bersama anak-anak dan isteri setelah 4 tahun melalui perkahwinan jarak jauh..4 tahun berulang-alik dengan bas/kereta, dari taiping ke muar, dari k.pilah ke muar....alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan...kini, saatnya mencorak rumahtangga dengan anak-anak membesar di depan mata............moga menjadi keluarga yang mawaddah warahmah...amin

Pertama- Adik iparku Zuriani memulakan praktikal di sekolah di sg.rambai setelah ianya ditunda kerana menunggu kehadiran cahaya mata pertama.....moga tabah dalam mengharungi kehidupan dan jadi ibu yang baik...amin..



Pertama- Anak saudaraku Muhammad Afif Aiman juga buat pertama kalinya dihantar ke rumah pengasuh di sg.rambai...moga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu....Lama tak jumpa aiman bila yer boleh ketemu....;)


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Monday, June 21, 2010

~# Selamat Hari Bapa #~

Hari ini hari bapa...pertamanya Selamat Hari Bapa buat suami tercinta dan tak lupa juga buat semua kaum adam yang bergelar Ayah, Abah, Abi, Walid, Baba, Papa...moga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu...

Ayah

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Wednesday, June 16, 2010

~# Terengganu D'Iman @ Pulau Kapas #~

Salam buat semua...hampir lima hari blog ini tidak di update..Alhamdulillah, percutian yang dirancang telah pun menjadi kenyataan..destinasi Pulau Kapas akan menjadi kenangan buat kami sekeluarga..di sini akan saya ceritakan serba sedikit perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Negeri Terengganu Darul Iman dan destinasi utama iaitu Pulau Kapas.

Perjalanan kami bermula pada 11hb Jun 2010 lebih kurang 4.30pm dari Shah Alam ke Kuantan..sebelum berangkat ke Kuantan singgah sebentar di Shah Alam menghadiri majlis kesyukuran di rumah Mak Long..perjalanan ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan jam 8.50pm tibalah kami di Kuantan (bermalam di rumah adik & dzul).

~Hari Pertama~

Keesokan pagi bermulalah destinasi utama kami ke Pulau Kapas. Perjalanan bermula kira-kira jam 9.15am dengan 2 buah kereta yang dinaiki oleh aku, suami, Iman, Mak, Yan (sepupu), Adik, dan Dzul. Alhamdulillah perjalanan sungguh lancar dan kira-kira jam 1pm kami telah pun sampai ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Sebelum kami ke Pulau Kapas sempat kami makan tengahari terlebih dahulu dan solat jama' qasar di surau yang terdapat di situ. Kami makan dahulu kerana 1) perut mmg dah minta diisi ;) 2) telah sedia maklum makanan di Pulau nanti agak mahal (nak save budget hihihi)....

Setelah semuanya selesai berangkatlah kami ke jeti untuk menaiki bot laju..untuk pengetahuan semua tiket pergi/balik RM40 seorang dan perjalanan ke Pulau Kapas dengan menaiki bot laju mengambil masa lebih kurang 15-20minit.

...adik & dzul...

...mak...

...suami...

Bagi orang dewasa menaiki bot laju sangat menyeronokkan cuma sekali sekala berderau juga dada ni bila berlanggar dgn ombak laut yg dtg..lain pula ceritanya pada anak kecil seperti iman..menangis sepanjang utk smpi ke Pulau..takut agaknya menaiki bot laju...hehehe

Setelah hampir 15minit menaiki bot sampai kami di Pulau Kapas..dan bot kami betul2 berhenti di hadapan Makcik Gemuk Beach Chalet..kami memilih chalet jenis type A yg harga Rm80 semalam..chalet amat basic dan simple dan agak kurang berbaloi jika nk dibandingkn dgn budget hotel yg sama harganya..sebuah chalet type A hanya dilengkapi oleh kipas,tv,katil kelamin,dan meja..namun kami agak kecewa dgn service di sana..pada awalnya kami telah booking 3 buah chalet type A tp ketika kami diberi kunci hanya 2 chalet type A dan 1 chalet type B..keadaan agak tegang sedikit kerana kami mempertahankn hak kami yg telah mem'booking' chalet 1minggu lebih awal..dan alasan yg diberi sudah penuh..chalet type B tak banyak beza dgn yg type A cm bezanya chalet tersebut seperti rumah teres dan tidak memuaskan hati..chalet tersebut didiami oleh adik & dzul. Kasihan mereka tp nk buat macamner service diorang sgt teruk...aku dan suami berasa serba salah juga tp...terpaksa redha je la..sorry ye adik & dzul....:)

...chalet type A...

Petang itu kami duduk bersantai-santai di tepi pantai sambil menikmati jagung rebus, keropok lekor, dan keropok sira yg dibawa utk makan2 di situ..jam 4pm itu sudah ramai jg yg mandi walaupun cuaca agak panas terik..walaupun panas tp air laut sejuk dan seronok sekali bila mandi..pada mulanya suamiku yg mandi dahulu kemudian yg lain pun menyusul kerana tidak tahan digoda oleh air yg cantik lagi bersih..iman pula takut air laut huh puas dipujuk dlm tangisan aku bawa juga dia berendam di dlm air..kemudian terpaksalah bergilir2 dgn suami dokong iman bila aku nk mandi dan belajar menyelam hehehe maklumlah esoknya kami mahu snorkling so belajar2 utk terapung...

...santai...



...iman yg didukung...



...sepetang di laut masin...



...belajar terapung...

Kira-kira jam 6.30pm kami kembali ke chalet utk membersihkan diri dan bersiap utk solat jamak maqrib dan isya'..untuk aktiviti malam kami banyak berjalan2 di tepi pantai melihat suasana mlm di pulau..angin sepoi2 bahasa dan suasana pun agak sepi sedikit berbanding waktu petang. Untuk makan malamnya aku dan suami membeli nasi putih 3 bungkus dan tomyam dengan harga RM15. Nasi sebungkus RM2..makanan yg kami beli itu di restoran Kapas Coral Beach Chalet betul2 bersebelahan dgn Makcik Gemuk..Tomyam fuh! boleh tahan sedap...selesai makan bermulalah aktiviti kami bergambar di tepi pantai di mlm hari...balik dari pantai kira2 10pm kami pun kembali ke chalet utk berehat dan tidur..zzzzzz







...Pintu masuk ke Makcik Gemuk...

~Hari Kedua~

Keheningan pagi di Pulau Kapas sungguh menenangkan jiwa..sempat juga adik & dzul bergambar romantis di pagi hari...

Pagi itu kami bersarapan nasi lemak yang dibeli di restoran makcik Gemuk. Harga sebungkus RM5. Untuk minuman pagi, kami hanya meminta air panas di restoran tersebut dan kami membuat Kopi Radix segera yang dibawa..bukan apa, air teh secawan pun berharga RM3 macam tak berbaloi je nk beli...:)

...Nasi Lemak RM5...

...sarapan di pagi hari...

Selesai sarapan kami bersedia untuk pergi bersnorkling...lebih kurang 9pagi kami dibawa menaiki bot ke kawasan yang telah dikhaskan untuk bersnorkling. Tambang bot untuk ke kawasan snorkling RM10 seorang dan sewa peralatan snorkling RM10 satu set..

Sebelum bersnorkling kami diberi sedikit cara dan panduan bagaimana menggunakan peralatan snorkling dan apa yang perlu dibuat sekiranya terminum air laut atau air termasuk di dalam ruangan mata. Kami hanya menyewa 3 set peralatan snorkling so bergilir-gilir menggunakannya. Snorkling di lautan amat menyeronokkan sekali. Melihat ikan-ikan yang cantik dan berwarna-warni berlumba2 mendapatkan biskut dan roti yang diberi sungguh tak terkata...seronoknyerrrr!!! Subhanallah ciptaan Allah di dalam lautan tak dapat di luahkan dengan kata-kata..Kawan-kawan jgn lepaskan peluang untuk bersnorkling apabila pergi ke Pulau Kapas...







Setelah hampir 2 jam kami bersnorkling dan berendam di dalam air kami pun menikmati sedikit makanan yang dibawa sebelum berangkat ke chalet untuk membersihkan diri dan bersiap untuk pulang ke darat. Kira-kira jam 1.20tengahari bot kami sampai dan kami tinggalkan Pulau Kapas dengan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan..

...menanti bot untuk pulang ke darat...



...perjalanan pulang ke darat...

Setelah sampai ke jeti Marang kami pun bergerak ke kereta dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Tengahari itu kami makan tengahari di rumah mak Dzul di Kg. Atas Tol...Oh ya! sebelum terlupa..parking kereta untuk sehari RM7 di jeti Marang...Perut dah kenyang kami pun bergerak ke Kuala Terengganu untuk check-in di Hotel Teratai Tenang (Hotel Budget). Sebenarnya kami dah booking awal dan segala info ttg hotel tersebut aku perolehi daripada internet dan booking juga secara online. Kami memilih bilik untuk family suite dengan harga RM100 semalam. Sebenarnya family suite asal RM95 (1 katil double+1 single) tapi kami tambah 1 tilam dan jumlah RM100 sahaja..Malam itu adik & dzul tidur di rumah mak dzul di Kg. Atas Tol so cukuplah satu bilik untuk aku, suami, iman, mak dan yan..Hotel is good..lengkap dengan air-cond, kipas, tv (astro),almari, cermin muka, peti ais (mini), WIFI, pemanas air mandi dan kettle..kedudukan hotel juga amat strategik di tgh2 bandar dan berdekatan dengan tempat2 yang terkenal di Kuala Terengganu seperti Pantai Batu Buruk, Pasar Payang, Masjid Kristal, Hospital dan sebagainya...


...lokasi Hotel Teratai Tenang...

Pada malam hari kami makan di restoran berhampiran dengan hotel dan kemudian kami berjalan-jalan di Dataran Shahbandar kerana ada ekspo (Euro Fun 2010)..bermacam-macam jualan dan permainan fun-fair disitu meriah sekali..hampir 11.30 malam kami baru pulang ke hotel untuk berehat sebagai persediaan hari esok...zzzzz



...zzzzzzz...

~Hari Ketiga~

Pagi itu kami bersiap awal untuk bersarapan di Pantai Batu Buruk dan seterusnya ke Pasar Payang. Kami bersarapan Nasi Dagang iaitu menu yang tidak asing lagi di negeri Terengganu..Nasi Dagang sepinggan RM3 di kedai Kak Pah..sedap sungguh..nyum!nyum!


...Pasar Payang...


...Pantai Batu Buruk...

Setelah hampir 12pm kami bergerak pulang ke hotel untuk check-out. Selepas itu kami ke Masjid Kristal @ Taman Tamadun Islam untuk menunaikan solat qasar dan jama'...kami tidak melepaskan peluang untuk melihat monumen yang ada di sana. Tiket masuk untuk ke taman monumen adalah RM15 seorang dan akan diberi voucer makanan sebanyak RM3 seorang...kami hanya berjalan kaki dari satu monumen ke satu monumen yang lain..mulanya hendak juga menaiki trem @ keretapi tetapi bayaran lain pula dikenakan iaitu RM3 seorang so kami tekad untuk berjalan kaki walaupun panas terik waktu itu...cantik dan menarik monumen2 yang dibina...hampir 2 jam kami di dalam taman monumen tersebut...huh! penat sungguh dan amat meletihkan...keringat mencurah2 membasahi badan2 kami namun kepuasan terserlah di wajah kami...hehehhe..alhamdulillah tercapai sudah hajat untuk melihat monumen2 tersebut...berbaloi-baloi...;)


...gambaran serban Rasulullah S.A.W...



Petang itu sebelum berangkat pulang ke Kuantan kami singgah ke Durian Burung untuk menziarahi atuk saudara yg sedang sakit..selepas maqrib baru kami bergerak ke Kuantan..kami sampai di Kuantan lebih kurang 1.30pagi..agak lewat sampai kerana berhenti rehat di tengah jalan kerana keletihan....

~Hari Keempat~

Sekitar jam 3pm kami berangkat pulang meninggalkan Kuantan...Alhamdulillah, percutian yang dirancang terlebih awal banyak faedahnya...rancanglah perjalanan anda sebelum pergi bercuti....jgn lupa membawa balik buah tangan seperti keropok lekor dan keropok sira.....

TAMAT





Related Posts with Thumbnails