*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Showing posts with label panduan kehamilan. Show all posts
Showing posts with label panduan kehamilan. Show all posts

Thursday, November 18, 2010

Pendarahan semasa hamil

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.

Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:

1) Pendarahan Implantasi

Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?

Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

Bilakan implantasi selalu terjadi?
Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.

2) Keguguran

Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.

3) Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan

4) Kandungan Anggur

Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.

5) Ketumbuhan pada pangkal Rahim

Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.

6) Placental Abruption

Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.

7) Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan

8) Tanda Bersalin

Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.



Thursday, October 21, 2010

# Khasiat Kurma, Kismis dan Madu

Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.

Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.

Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Wallahu a'lam

Wednesday, April 14, 2010

# Masalah ketika Hamil

'Saya sedang mengandung anak sulung dan sering menghadapi sembelit. Bagaimana saya dapat mengatasinya?'....masalah yg sering berlaku di kalangan wanita hamil terutama yang hamil sulung.

Bagi wanita yang pertama kali hamil, selain dari meminta nasihat pakar panduan berikut mungkin boleh membantu bagi mengatasi masalah ini....kebimbangan dan tertekan dgn masalah ini boleh memudaratkan diri dan kandungan maka cubalah untuk mencari penyelesaiannya....

SEMBELIT

hampir 50% wanita hamil mengalami masalah ini. ia berpunca dari beberapa faktor.
Antaranya:

  1. akibat pengaruh hormon kehamilan yang melambatkan perjalanan usus.
  2. kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi
  3. pil zat besi
  4. tekanan rahim ke atas usus besar

Cara mengatasi:

  • minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari
  • mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayuran dan buahan

BUASIR

ia berlaku apabila wanita hamil mengalami sembelit. Meneran semasa sembelit, batuk berpanjangan, hamil (saiz rahim yang membesar) memberi tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya. Ini menyebabkan pengembangan vena tersebut dan disebut buasir. Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih atau berdarah (darah sejurus selepas membuang najis, berwarna merah cerah, dan tidak sakit). Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah.

Cara mengatasi:

  1. elakkan sembelit (seperti di atas) dgn mengambil minuman dan makanan yg bersesuaian
  2. elakkan mengenakan tekanan ke dalam abdomen
  3. jangan ambil ubat sembarangan-dapatkan nasihat doktor

*bg sesetengah kes buasir akan hilang selepas kelahiran.............

PEDIH ULU HATI

hormon kehamilan menyebabkan lebih banyak asid gaster (asid dalam perut) terhasil. Pada masa yg sama hormon kehamilan juga menyebabkan perut lambat mengosong. Tekanan rahim ke atas perut juga boleh menjadikan keadaan semakin nyata. kesemuanya ini menyebabkan asid gaster naik memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih ulu hati.

Cara mengatasi:

  1. makan dalam kuantiti yg sedikit pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3x sehari kepada 5-6x sehari)
  2. kurangkan minuman sewaktu makan. Seeloknya diambil di antara waktu makan tersebut dan dikurangkan semasa makan.
  3. duduk tegak selama 1 jam selepas makan. Berkemungkinan anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid. Sekiranya masalah berterusan dapatkan nasihat doktor.

KEKEJANGAN KAKI

kebiasaannya berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan

Cara mengatasi:

-mengambil makanan atau pil tambahan kalsium dan mengambil makanan bersumber potassium (pisang, buah oren dsb)

BENGKAK KAKI/SEMBAB (EDEMA)

kebiasaan berlaku pada kaki dan semakin nyata pada waktu awal malam setelah sehari berdiri/berjalan dan pada trimester ketiga kehamilan. ia disebabkan tekanan kandungan yang mengganggu aliran darah dari bahagian kaki ke dalam jantung.

Cara mengatasi:

  • berbaring dan mengangkat kaki ke atas (melebihi paras jantung)
  • mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan kandungan ke atas saluran vena utama)
  • dapatkan nasihat doktor jika mengalami edema pada keseluruhan badan (muka, tangan dsb) serta sebelum anda mengambil ubat-ubatan.

KEPUTIHAN

lebih kerap dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon. Berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat Candidiasis.

Cara mengatasi:

-mengambil ubat anti-kulat selepas mendapat nasihat doktor. Masalah yg berulang atau beerlarutan boleh diperiksa lebih lanjut dan diberikan ubat bersesuaian. Anda juga mungkin mengalami penyakit lain tanpa disedari (kencing manis dsb)


Related Posts with Thumbnails