Tajuk : Untukmu Umat
Terbitan : Karya Bestari Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 304
ISBN : 978-967-86-0331-7
Kategori : Islam / Amalan & Panduan
Harga : RM 11.00
Berat : 290 g
MENJADI insan yang cemerlang dan diredhai ALLAH adalah impian bagi setiap insan. Namun, untuk menuju kecemerlangan itu bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai dengan istiqamah dan semangat yang jitu. Prinsip amar makruf nahi mungkar juga menjadi tonggak untuk menjadi mukmin yang terbilang. Untukmu Umat diterbitkan sebagai panduan buat setiap individu untuk menuju ke arah kehidupan yang diredhai ALLAH. Buku ini juga membincangkan beberapa isu menarik berkaitan lelaki dan wanita masa kini. Antaranya ialah:
· Wanita dan wangian
· Batasan aurat wanita
· Jangan dayus wahai lelaki
· Maruah diri dan doa pelindung
. Adakah wanita dibenarkan bekerja?
Berpegang pada pesanan Nabi s.a.w iaitu, hati itu tenteram kepada kebaikan dan gelisah terhadap kejahatan... kandungan buku ini diharapkan dapat membimbing manusia sejagat dalam menghadapi mehnah kehidupan. Insya-ALLAH.
.....Mari Kita Solat.....
Thursday, May 5, 2011
:: Untukmu Umat ::
Wednesday, January 19, 2011
:: Tiga Pesan Nabi Buat Kita ::

Saudaraku, ada tiga perkara yang diperingatkan oleh Rosulullah saw kepada kita. Dari Abu Hurairoh ra. ia berkata Rosulullah saw bersabda: Jika umatku sudah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan Islam; dan jika umatku sudah meninggalkan amar maruf nahi munkar, diharamkan baginya keberkahan wahyu; dan jika umatku sudah saling mencaci, maka jatuhlah ia dari pandangan Alloh" (HR. Hakim dan Tirmidzi)
Kehidupan dunia dibanding kehidupan akhirat bukan bandingan (QS. Al-`Alaa:16-17); amar maruf dan nahi munkar adalah kewajiban setiap muslim (QS. Ali-Imron: 110); dan menjaga persatuan dan kesatuan umat adalah wajib (QS. Ali-Imron: 103)
semoga kita dapat mengambil pelajaran dari hadits yang diterima oleh Abu Hurairah ini.
Wassalamualaikum WW!
:: Bila lelaki kehilangan tulang rusuk ::
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...*
*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-katayang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Jika merasakan akan **menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*
*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? *
Thursday, May 6, 2010
* Nikmati Yang Terabai *
Sihat dan kelapangan adalah cubaan Allah SWT ke atas manusia. Sebenarnya kita sering beroleh dua nikmat ini tetapi adakalanya kita sering menggunakannya dengan cara yang tidak diredhai. Malah sering pula mengabaikannya dengan sengaja. Tubuh yang sihat tidak digunakan untuk beribadat dan beringat-ingat dengan pesanan Allah. Sementara masa yang terluang dibazirkan dengan tujuan sia-sia.
Inilah dua kerugian yang sering dilakukan manusia seperti yang dinyatakan di dalam hadis,
Seorang sahabat Abdullah ibn Abbas r.a berkata, Rasulullah besabda yang bermaksud,
"Dua jenis nikmat yang kebanyakkan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan."
(Riwayat Bukhari)
Hal yang sama dinyatakan Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ibnu Omar berkata: Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda:
"Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada di awktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika engkau berada di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati."