.....Mari Kita Solat.....
Friday, April 16, 2010
# Bijak berbelanja, keluarga bahagia
Fenomena kenaikan harga barang hari ini pasti memeningkan golongan wanita terutamanya suri rumah.
Justeru, sebagai seorang perancang ekonomi keluarga, golongan suri rumah ini perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja.
Ini diakui oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman. Beliau menasihatkan wanita-wanita terutamanya suri rumah supaya berjimat cermat dan berpada-pada dalam berbelanja.
“Sebagai seorang suri rumah, mereka seharusnya bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga barang keperluan sekarang.
Berhutang
“Berbelanjalah mengikut kemampuan dan jangan suka berhutang. Jika tidak mampu, usah membebankan diri dengan berhutang.
“Wanita seharusnya mempunyai senarai keutamaan yang boleh menjadikan mereka lebih berdisiplin dalam menguruskan ekonomi rumah tangga dalam keadaan sekarang,’’ katanya.
Beliau turut menasihatkan golongan wanita supaya tidak terlalu boros dan sentiasa mempunyai sikap suka menabung supaya dapat digunakan pada masa hadapan dan tidak meminjam pada orang lain.
Dalam keadaan ekonomi sekarang, wanita mesti pandai mengatur sumber kewangan mereka. Jangan keterlaluan berbelanja sehingga menyebabkan suami mengambil langkah segera seperti mengambil rasuah dan sebagainya untuk menampung keperluan seharian yang meningkat.
“Sebagai seorang wanita, kecantikan itu penting tetapi mereka perlu berhati-hati dan jangan berlebihan sehingga membazir contohnya dalam soal berpakaian dan kecantikan. Utamakan keperluan yang lebih penting dahulu,” ujarnya.
Dr. Maamor turut menggalakkan wanita supaya mengikuti perkembangan semasa supaya mereka tidak ketinggalan dan tahu untuk mengimbangi kenaikan harga barang dan ekonomi rumah tangga.
“Wanita sepatutnya menjadi sumber maklumat kepada kerajaan kerana mereka merupakan individu yang banyak mengetahui tentang sesuatu barangan di pasaran,’’ katanya.
Beliau mengambil contoh tentang isu menyorokkan barang-barang keperluan oleh pihak-pihak tertentu sebagai ‘strategi’ untuk menaikkan harga.
Menurut beliau, wanita yang mengetahui tentang barang keperluan yang disorok perlu segera memberitahunya kepada pihak berwajib.
“Ini juga merupakan salah satu sumbangan mereka kepada negara dan rakyat yang lain,’’ jelasnya.
Sebelum seseorang wanita membeli barangan, seharusnya menyemak perkara-perkara berikut:
* Sudahkah anda mempunyai barangan itu?
* Adakah anda mempunyai barangan lain yang boleh menjadi pengganti?
* Adakah anda sanggup tidak membeli barangan itu?
Selain itu, apa yang lebih perlu ialah lontarkan beberapa pertanyaan biasa iaitu :
* Perlukah anda membelinya sekarang?
* Adakah anda mampu membelinya?
Tip jimat cermat
- Kurangkan kekerapan makan di luar, masak makanan harian.
- Masak mengikut keperluan bilangan ahli keluarga, tidak terlalu banyak.
- Rancang pembelian. Tentukan bila dan di mana hendak membeli, banyak mana
barang-barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli dan anggarkan kemampuan kita berbelanja.
- Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang keperluan daripada barang yang kurang perlu.
- Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan apakah barang yang betul-betul diperlukan.
- Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli.
- Tawar menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya.
- Pemilihan cara membayar. Elakkan daripada berhutang.
- Wang yang ada dikategorikan mengikut sampul contohnya sampul untuk makanan digunakan untuk membeli makanan sahaja.
- Beli pakaian atau perabot yang tahan lama supaya tidak terlalu kerap membeli.
p/s: Utusan Malaysia Online
Arkib: 11/2/2008
Thursday, April 15, 2010
# Qada' puasa, bayar fidyah dan ukuran cupak
Sekiranya tidak berkesempatan, maka kita diwajibkan membayar fidyah. Fidyah bererti membayar denda berbentuk beras kepada fakir miskin.
Kadar fidyahnya mudah sahaja, iaitu sehari tinggal puasa bersamaan dengan fidyah secupak beras untuk tahun pertama. Tahun berikutnya digandakan mengikut tahun (lihat contoh mudah di hujung artikel ini).
Persoalan yang pertama, banyak mana sebenarnya ukuran secupak beras?

Secupak beras adalah bersamaan dengan 556 gram, iaitu lebih sedikit daripada setengah kilo, tetapi jauh lagi nak sampai satu kilo.
Dalam hal ini, satu perkara perlu diberi perhatian, iaitu membayar lebih tidak mengapa, membayar kurang jangan sekali.
Persoalan yang kedua, kepada siapa seelok-eloknya kita perlu membayar fidyah?
Ada pendapat yang mengatakan bayar fidyah lebih afdal terus kepada fakir miskin, daripada melalui amil yang dilantik.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa lebih afdal membayar fidyah melalui amil, kerana amil telah dilantik dengan cara tertentu oleh pihak berkuasa. Tambahan pula, bukan senang hendak mencari fakir miskin di kawasan tempat tinggal kita.
Bagaimana pun menurut Imam Shafie, ikut mana-mana pendapat yang dirasakan sesuai kecuali apabila ditentukan oleh mufti negeri masing-masing. Dalam hal ini mufti wajib diutamakan.
Ini kerana kedudukan mufti negeri adalah yang tertinggi selepas sultan. Mufti negeri merupakan suara kepada sultan dalam bab agama. Oleh sebab itu, wajib dituruti.
Sebab itu dalam Islam, mufti tidak perlu menjadi terkenal. Seorang mufti adalah seorang yang senyap, tidak banyak berkata-kata, bersembang, dan sebagainya yang boleh menjatuhkan kredibiliti seorang yang berdarjat tinggi.
Kata seorang tokoh agama, seorang mufti tidak perlu ada blog, tidak perlu terlibat dalam politik, dan sebagainya seperti seorang hakim yang dilantik kerajaan.
Begitu juga keadaannya dengan Qadhi, yang kita lihat di zaman sekarang lebih banyak berpolitik, bersosial dan sebagainya yang mana sepatutnya kedudukan Qadhi adalah setaraf dengan hakim tadi.
Persoalan yang ketiga, berapakah nilai pendapatan yang boleh diklasifikasikan sebagai fakir miskin?
Nilai fakir sebenarnya boleh diukur begini. Ambil RM10 untuk buat pengukuran. Andaikan seseorang itu memerlukan RM10 sehari untuk perbelanjaan harian, termasuk diri sendiri dan tanggungan di bawahnya.
Sekiranya pendapatannya sehari cuma RM3. Maka dia adalah seorang fakir. Sekiranya pendapatannya RM7, maka dia adalah seorang yang miskin.
Sekiranya pendapatannya RM10, maka dia seorang yang sederhana. Sekiranya pendapatannya RM12, maka dia seorang yang berada. Sekiranya pendapatannya RM18, maka dia seorang yang kaya.
Begitulah ukuran yang mudah digunakan. Di manakah kedudukan anda?
Katakan anda perlu bayar rumah, kereta, tanah ladang, aset sana sini, kad kredit, pinjaman peribadi, dan sebagainya, yang mana baki akhir gaji anda menunjukkan bahawa anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM3 sahaja dalam sehari.
Di mana kedudukan anda? Sudah pasti, anda bukan seorang fakir, kerana bukan nilai RM3 itu yang diambil kira, tetapi kesemua nilai yang menjadi hak anda seperti rumah, kereta, tanah ladang, dan aset.
Jika anda tidak cukup makan kerana bebanan ini, boleh jadi anda merupakan seorang yang boros atau tidak pandai merancang perbelanjaan. Nasihat saya, dapatkan seorang penasihat kewangan (kena bayar lagi).
Persoalan yang keempat, selepas bayar fidyah, adakah saya bebas dari hutang puasa?
Tidak, belum lagi. Puasa yang telah ditinggalkan itu tetap wajib diqada’ (diganti), dalam nisbah dan kadar yang sama, iaitu satu hari tertinggal bersamaan dengan satu hari qada’. Jumlah fidyah meningkat mengikut tahun, tetapi bilangan puasa tetap sama.
Habis, kenapa perlu bayar fidyah kalau tak bebas hutang? Bayar fidyah adalah kerana lewat mengqada’. Sama seperti konsep kad kredit, lewat bayar kena denda, tapi hutang lama masih perlu diselesaikan.
Persoalan yang kelima, apakah sebab selain lewat, yang mewajibkan kita wajib membayar fidyah?
Ibu mengandung yang tidak berpuasa kerana bimbang zat makanan anak di dalam kandungan, serta ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang kekurangan susu di dalam badan.
Keadaan ini berbeza dengan ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau risiko atau sebarang keuzuran syarie, di mana ibu itu hanya perlu mengqada’ sahaja tanpa perlu membayar fidyah.
Contoh mudah (seperti yang dinyatakan di awal artikel):
1.Tinggal puasa 1 hari tahun lepas, bayar 1 cupak.
2.Tinggal puasa 2 hari tahun lepas, bayar 2 cupak.
3.Tinggal puasa 1 hari 2 tahun lepas, bayar 2 cupak.
4.Tinggal puasa 2 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
5.Tinggal puasa 1 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 3 cupak.
6.Tinggal puasa 2 hari tahun lepas dan 1 hari 2 tahun lepas, bayar 4 cupak.
Kesimpulannya, darabkan jumlah hari dengan jumlah tahun lalu (berasingan mengikut tahun) dan kemudian tambahkan kesemua tahun-tahun ini, maka dapatlah jumlah cupaknya.
Mudah bukan? Kalau dapat, cuba kira bayaran fidyah yang wajib dibayar oleh seseorang yang tidak pernah berpuasa selama 40 puluh tahun hidup di atas muka bumi Allah ini… Huh?! Macam kena pakai formula jinjang arithmetik jer?
# Nyalakan lampu kenderaan ketika hujan
Jangan sayang untuk nyalakan lampu kenderaan semasa hujan. Tak kiralah sama ada kereta, motosikal, van, lori, bas dan apa pun jenis kenderaan yang anda pandu, nyalakan lampu kenderaan anda. Kadangkala aku geram dengan orang terlebih jimat ni.Ini soal keselamatan, bukan soal anda nampak atau tidak. Memanglah waktu malam anda nyalakan lampu supaya anda yang nampak jalan. Tetapi dalam keadaan hujan, bukan anda yang menjadi penyebab, tetapi pengguna jalan raya lain yang MESTI nampak anda.
Ini tidak, mentang-mentanglah pandu kereta perlahan, siang hari, nampak jelas, dan sebagainya, jadi sayang pulak nak nyalakan lampu. Ini dinamakan berjimat tak kena pada tempatnya.
Dalam keadaan sebegitu, banyak perkara boleh berlaku dan boleh menyebabkan kecelakaan. Antaranya kenderaan bertentangan yang memotong tidak dapat melihat kewujudan anda.
Mungkin anda akan kata, dah tak nampak, tak payahlah memotong!
Itu orang, bukan anda. Kalau anda berada di tempatnya, mungkin itulah yang anda lakukan. Tetapi kalau bukan anda di tempat tersebut, adakah bila dah terkena pun anda tetap nak salahkan mereka?
Nak salahkan boleh, nak saman pun boleh. Tapi tiada siapa yang dapat menggantikan apa-apa kecacatan dan kecelakaan yang menimpa diri anda, keluarga anda, kereta anda, lori anda, bas anda, dan nyawa anda!
Fikir-fikirkan! Wallahu a’lam.
Wednesday, April 14, 2010
# Tanda-tanda dan penyakit
MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
***************
HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
>>Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
Hidung sebu
>>Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
>>Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Bersin
>>Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
>>Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
Batuk
>>Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
>>Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
>>Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
*********************
KERONGKONG
Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR.Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
Bibir pucat
>>Sistem penghadaman yang lemah.
>>Perut mengandungi angin.
>>Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT
Peluh
>>Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
>>Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sendi Sakit
1.Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
2.Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
3.Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
TANDA-TANDA DALAMAN
Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
>>Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
>>Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
MULUT/KERONGKONG
Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
Muntah Darah:
>>Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
>>Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.
Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
KENCING
Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah:
>>Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
>>Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
TINDAK BALAS BADAN
Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
1.Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
2.Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
3.Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
4.Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
TINDAK BALAS EMOSI
Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
>>Sistem jantung yang lemah.
>>Sistem saraf otak yang lemah.
>>Masalah pengaliran darah.
Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
# Masalah ketika Hamil
'Saya sedang mengandung anak sulung dan sering menghadapi sembelit. Bagaimana saya dapat mengatasinya?'....masalah yg sering berlaku di kalangan wanita hamil terutama yang hamil sulung.Bagi wanita yang pertama kali hamil, selain dari meminta nasihat pakar panduan berikut mungkin boleh membantu bagi mengatasi masalah ini....kebimbangan dan tertekan dgn masalah ini boleh memudaratkan diri dan kandungan maka cubalah untuk mencari penyelesaiannya....
SEMBELIT
hampir 50% wanita hamil mengalami masalah ini. ia berpunca dari beberapa faktor.
Antaranya:
- akibat pengaruh hormon kehamilan yang melambatkan perjalanan usus.
- kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi
- pil zat besi
- tekanan rahim ke atas usus besar
Cara mengatasi:
- minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari
- mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayuran dan buahan
BUASIR
ia berlaku apabila wanita hamil mengalami sembelit. Meneran semasa sembelit, batuk berpanjangan, hamil (saiz rahim yang membesar) memberi tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya. Ini menyebabkan pengembangan vena tersebut dan disebut buasir. Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih atau berdarah (darah sejurus selepas membuang najis, berwarna merah cerah, dan tidak sakit). Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah.
Cara mengatasi:
- elakkan sembelit (seperti di atas) dgn mengambil minuman dan makanan yg bersesuaian
- elakkan mengenakan tekanan ke dalam abdomen
- jangan ambil ubat sembarangan-dapatkan nasihat doktor
*bg sesetengah kes buasir akan hilang selepas kelahiran.............
PEDIH ULU HATI
hormon kehamilan menyebabkan lebih banyak asid gaster (asid dalam perut) terhasil. Pada masa yg sama hormon kehamilan juga menyebabkan perut lambat mengosong. Tekanan rahim ke atas perut juga boleh menjadikan keadaan semakin nyata. kesemuanya ini menyebabkan asid gaster naik memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Cara mengatasi:
- makan dalam kuantiti yg sedikit pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3x sehari kepada 5-6x sehari)
- kurangkan minuman sewaktu makan. Seeloknya diambil di antara waktu makan tersebut dan dikurangkan semasa makan.
- duduk tegak selama 1 jam selepas makan. Berkemungkinan anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid. Sekiranya masalah berterusan dapatkan nasihat doktor.
KEKEJANGAN KAKI
kebiasaannya berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan
Cara mengatasi:
-mengambil makanan atau pil tambahan kalsium dan mengambil makanan bersumber potassium (pisang, buah oren dsb)
BENGKAK KAKI/SEMBAB (EDEMA)
kebiasaan berlaku pada kaki dan semakin nyata pada waktu awal malam setelah sehari berdiri/berjalan dan pada trimester ketiga kehamilan. ia disebabkan tekanan kandungan yang mengganggu aliran darah dari bahagian kaki ke dalam jantung.
Cara mengatasi:
- berbaring dan mengangkat kaki ke atas (melebihi paras jantung)
- mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan kandungan ke atas saluran vena utama)
- dapatkan nasihat doktor jika mengalami edema pada keseluruhan badan (muka, tangan dsb) serta sebelum anda mengambil ubat-ubatan.
KEPUTIHAN
lebih kerap dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon. Berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat Candidiasis.
Cara mengatasi:
-mengambil ubat anti-kulat selepas mendapat nasihat doktor. Masalah yg berulang atau beerlarutan boleh diperiksa lebih lanjut dan diberikan ubat bersesuaian. Anda juga mungkin mengalami penyakit lain tanpa disedari (kencing manis dsb)
Tuesday, April 13, 2010
# Mandi Songsang
Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Apakah itu mandi songsang? Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut… Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)
8)Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
Monday, April 12, 2010
# Hasan Al-Banna
Tokoh Pembaharuan Islam Abad ke-20
Nama Hasan Al-Banna sudah sangat tidak asing lagi bagi sebahagian umat Islam. Namanya cukup tersohor di dunia Islam.
Nama lengkap: Hasan Ahmad Abdurrahman Al-Banna
Profile : Beliau seorang mujahid dakwah, perintis dasar-dasar gerakan Islam sekaligus pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin (Persaudaran Islam)...kerana peranannya itu maka beliau mendapat jolokan sebagai tokoh pembaharuan Islam abad ke-20.
: dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir. Bapanya, Syekh As-Sa'ati adalah seorang ulama hadis dan pengarang buku dalam bidang hadis berjudul Al fath Ar Robani fi Tartib Musnad Al Imam Ahmad.
: beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Ar-Rasyad Ad-Diniyah. Selepas lulus pendidikan peringkat menengah dengan memperolehi gred ranking 5 peringkat negeri Mesir, pada tahun 1923 Al-Banna melanjutkan pendidikan ke Fakulti Dar Al Ulum dan menamatkan pengajian pada tahun 1927 dengan Ijazah Kelas Pertama.
: pada usia 12 tahun, Hasan Al-Banna telah menghafal Al-Quran.
: pada tahun 1938, di Isma'illiyah bersama enam teman mendirikan organisasi Ikhwanul Muslimin utk mempelajari Islam...juga mendirikan masjid dan sekolah Hara, menubuhkan sekolah yang diberi nama Ummahatul Mukminin. Tujuan pembinaan adalah untuk mendidik anak-anak muda Islam dengan pendidikan Islam yang sebenar.
Hasan Al-Banna berusaha berjuang dan menyiarkan dakwah Islam, sebagaimana tuntutan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Perhatiannya sangat besar terhadap usaha meluruskan pemahaman Islam dan mengembalikan nilai-nilai ajaran Islam yang telah dibuang oleh umat Islam sendiri. Menurut beliau, sebahagian besar umat Islam hanya menginginkan akidah tanpa syariah, agama tanpa negara,kebenaran tanpa kekuatan dan perdamaian tanpa perjuangan. Tetapi Al-Banna menginginkan Islam sebagai akidah dan syariah, agama dan negara, kebenaran dan kekuatan, perdamaian dan perjuangan.
Hasan Al-Banna dikenali sebagai seorang yang ahli dalam berpidato, lidahnya sangat fasih, ahli dalam sastera dan pandai memilih kata-kata yang tepat.
Kehidupan : seorang yang sangat merendah diri, sangat menjaga kebersihan, mempunyai daya ingatan yang kuat, selalu bersemangat dan tidak kenal lelah, sangat mencintai manusia dan berlaku lemah lembut pada mereka, selalu senyum, berani dan tidak pernah meninggalkan solat malam.
Pemergian Hasan Al-Banna menjdi duka berpanjangan bagi Umat Islam.
Warisan yang ditinggalkan : ~karya beliau yg terkenal iaitu Mudzakkirat Ad-Du'at wa Ad-Da'iayah (catatan harian dakwah dan Da'i) serta Ar-Rasail (kumpulan surat-surat
~semangat dan teladan dakwah bagi seluruh aktivis dakwah masa ini.
Al-MA'THURAT
-merupakan salah satu karya yang pernah disusun oleh beliau.
-risalah kecil berupa wirid, doa yang diambil dari sejumlah surah dalam Al-Quran ini sangat popular di kalangan kaum Muslimin di seluruh dunia.
-bacaan doa dan wirid yang terdapat dalam kitab al-ma'thurat ini merupakan bahagian dari amalan-amalan kumpulan Hashshofiyyah, di mana Hassan Al-Banna telah menjadi salah seorang pengikutnya sejak usia muda.
-semasa hayatnya ia selalu mengamalkan Wazhifah (wirid) Rozuqiyyah setiap pagi dan petang.
-di akhir al-ma'thurat ini tercantum doa yg merupakan munajat Hasan Al-Banna yang berbunyi : 'Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan kecintaan hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru di jalanMu,dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya Ya Allah, abadikan kasih sayangnya.'
Friday, April 9, 2010
# Berdengkur
Adakah anda di dalam kategori ini? Berdengkur amat sinonim sekali dengan lelaki tetapi tidak kurang hebatnye pada wanita..siapa kata wanita tidak berdengkur..wanita juga ada yang berdengkur malah ada juga segelintir kanak-kanak yang berdengkur.. jika anda ingin tahu adakah anda berdengkur tanyalah pasangan anda atau orang yang hampir dgn anda....banyak faktor terjadinya dengkuran jadi mari kita sama2 pelajari ilmu baru tentang topik MASALAH DENGKURAN....*********************
Berdengkur merupakan satu keadaan apabila seseorang tidur mengeluarkan bunyi yang bising.
Saluran pernafasan tersumbat terutamanya apabila seseorang itu tidur dengan posisi melentang menyebabkan timbulnya masalah berdengkur.
Dalam kebanyakan kes, lelangit dan lidah yang jatuh ke belakang boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Apabila keadaan ini berlaku, pernafasan akan bergetar (vibrate) yang menyebabkan seseorang berdengkur. Sebaliknya, jika kedudukan tubuh diubah mengiring semasa tidur, keadaan ini tidak akan berlaku kerana lelangit dan lidah jatuh ke tepi mulut.
Keadaan ini akan menyebabkan saluran pernafasan terbuka dan seseorang itu dapat tidur dengan lena.
Berdengkur juga mempunyai kaitan rapat dengan gejala sindrom sleep apnea iaitu saluran pernafasan yang tersumbat. Kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai masalah berdengkur yang disebabkan oleh kesempitan saluran pernafasan, boleh melarat mendapat sleep apnea.
Sleep apnea ini, terjadi apabila pernafasan terhenti akibat tersumbatnya saluran pernafasan.
Pernafasan semasa tidur, merupakan satu fungsi yang automatik di mana aktiviti yang berlaku adalah di luar kawalan. Bagaimanapun, sekiranya sleep apnea berlaku, fungsi automatik ini akan tergendala dan pesakit akan terbangun untuk bernafas semula.
Perubahan gaya hidup mewah banyak menyumbang kepada masalah berdengkur kerana tabiat makan berlebihan menjadi trend masa kini. Apabila tabiat makan berlebihan meningkat, seseorang biasanya mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) yang meningkatkan lagi masalah berdengkur.
PUNCA
* Rongga hidung tersumbat yang disebabkan oleh polip (ketumbuhan) atau tulang antara dua hidung bengkok.
Polip menyebabkan pertuturan dan fungsi menghidu seseorang menjadi tidak normal.
* Selesema yang menyumbat hidung.
* Tulang rahang bawah termasuk ke dalam atau terkeluar.
* Tulang rahang kecil menyebabkan lidah terjatuh ke belakang dan menyumbat saluran pernafasan
MEREKA YANG BERISIKO
Masalah berdengkur boleh berlaku kepada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak atau pun orang dewasa.
Bagi kanak-kanak selain mekanisme yang disebutkan tadi, tonsil dan adrenoid yang besar juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Namun antara faktor-faktor yang meningkat risiko seseorang mendapat masalah ini ialah :
* Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti).
* Mereka yang mempunyai leher yang besar dan pendek.
Kajian menunjukkan, mereka yang menggunakan kolar yang bersaiz lebih dari 16 inci mempunyai risiko berdengkur berlipat ganda.
MENGENAL PASTI MASALAH TIDUR BERDENGKUR
Tahap keseriusan masalah berdengkur boleh diukur dengan beberapa ciri antaranya :
* Kekerapan berdengkur
* Kekuatan bunyi semasa berdengkur sama ada boleh didengar oleh orang luar atau sebaliknya.
* Perjalanan pernafasan stabil atau sebaliknya
* Keadaan tidur sama ada gelisah
* Keadaan selepas bangun tidur sama ada segar atau masih mengantuk
* Keadaan semasa bekerja di siang hari pernah tertidur atau sebaliknya.
* Sekiranya memandu, hanya boleh memandu pada jarak yang dekat sahaja iaitu tujuh kilometer hingga 10 km sahaja, jika lebih pesakit akan tertidur semasa memandu
FAKTOR MENINGKATKAN MASALAH BERDENGKUR LEBIH SERIUS
* Meminum minuman keras pada waktu malam.
* Memakan sedative (ubat mengantuk) seperti pil tidur atau pil selesema.
PENCEGAHAN UNTUK MEREKA YANG BERDENGKUR SEDIKIT
* Kawal berat badan
* Amalan gaya hidup sihat seperti makanan seimbang dan aktiviti bersukan
* Teknik posisi tidur yang betul seperti tidur mengiring.
* Hentikan amalan meminum minum keras.
RAWATAN
Mereka yang dikategorikan menghidapi penyakit ini agak serius dinasihatkan supaya menjalani ujian tidur di makmal tidur (sleep lab).
Ujian ini memerlukan pesakit berada di hospital kerana semasa ujian dijalankan pesakit akan dipasangkan dengan beberapa peralatan tertentu.
Melalui ujian ini, ia akan membantu mengesan beberapa perkara seperti rekod berdengkur, tahap oksigen dalam darah dan perjalanan pernafasan.
Ia bertujuan untuk memastikan sama ada nafas terhenti atau sebaliknya, data yang diperolehi hasil ujian ini akan ditafsirkan oleh doktor.
Mereka yang mengalami masalah berdengkur ini terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan pada mulut.
Alat ini dapat membantu menarik lidah ke hadapan dan mengurangkan masalah berdengkur.
Bagaimanapun, bagi pesakit yang mengalami masalah berdengkur yang berterusan, rawatan pembedahan disyorkan.
Bagaimanapun, sebelum dan selepas menjalani pembedahan pesakit akan diberi sesi kaunseling di samping cara pemakanan mereka juga akan diawasi.
PANDUAN
Sekiranya seseorang mengalami masalah untuk tidur mengiring terdapat kaedah tradisional yang membantu masalah ini.
Jahitkan poket di belakang baju tidur anda dan semasa tidur letakkan bola tenis.
Bola tenis yang diletakkan di dalam poket baju tersebut akan menyebabkan kita tidak berasa selesa untuk tidur menelentang.
Secara tidak langsung, ia menggalakkan kita tidur mengiring dan membantu mengurangkan masalah berdengkur.
Petua Tradisional untuk Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
-----------------
p/s: ilham dari www.bicarasufi.com
Thursday, April 8, 2010
# Perkembangan janin dalam rahim
Subhanallah..Maha Suci Allah yang Maha Agong dan Maha Pencipta. Betapa hebatnya ciptaan-Mu itu Ya Rabbi..
Melihat video ini terasa betapa kerdilnya diri ini padaMu. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu tidak dapat ditandingi dan dirasai oleh kaum Adam..Wahai kaum Adam sayangilah isteri anda di atas pengorbanan dan perjuangan yang mereka lalui untuk melahirkan zuriatmu.. Wahai anak-anak hargailah ibu anda...
Aku sebagai orang yang pernah melalui detik2 itu amat berterima kasih pada-Mu ya Rabbi kerana penderitaanku tidak lama. Sedetik terbayang kesakitan yang pernah dilalui oleh mak yang telah melahirkan dan membesarkanku..sungguh murni dan besarnya pengorbananmu itu..mendidik dan membesarkan 4 orang anak tanpa kehadiran seorang suami yang telah dijemput oleh Maha Pencipta untuk menemuinya lebih awal seawal umur 37tahun. Kini, aku mengerti betapa susah payahnya membesarkan anak..Semoga Allah memberkati kehidupanmu...
HAK-HAK ANAK DALAM ISLAM
-Menjaga bayi semenjak di dalam rahim ibu
- memilih isteri yang sesuai (mg dpt melahirkan zuriat yang baik dan menjadi anak yang soleh)
- menghukum pembunuh anak-anak walaupun masih janin dengan hukuman berat
- menjaga hak harta pesaka bayi
- menjaga kesihatan ibu yang hamil
- menjaga kesihatan janin
-Menjaga anak selepas kelahirannya
- hak mendapat perbelanjaan (nafkah)
- haknya untuk belajar
- haknya untuk mendapat penjagaan
- memberi nama yang baik
- menjaga nasabnya
- hak menyusu
PERINGKAT-PERINGKAT PEMBESARAN ANAK DAN TUNTUTANNYA
-SEBELUM 2 TAHUN
- mengazankan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri
- memberikan nama yang baik
- mengkhatankannya
- menyayanginya
- menyusukannya
- tidak memukulnya
- menggalakkan adab-adab yang baik
-2 HINGGA 5 TAHUN
- kasih dan penghargaan ibu bapa
- ketenangan dan keamanan
- mengasah kemahirannya
- budi bicara yang baik
- tunjuk ajar yang bijaksana
- #pendidikan iman kepada kanak-kanak pada usia ini banyak bertanya tentang cara kewujudannya, gambaran tentang Tuhannya
- #mengasuh mereka mencintai al-Quran
- #cintakan para Nabi dan para Sahabat
-5 HINGGA 12 TAHUN
- mengajar mereka tentang adab makan
- melatih mereka menutup aurat
- melatih anak-anak menghormati orang tua
- melatih mereka solat
- melatih mereka mengaji al-Quran
- mengizinkan mereka bermain selepas menyiapkan kerja sekolah
..................moga sama-sama dapat manfaat dari tips di atas dan ia juga menjadi panduan untukku sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak...Ya Allah, bantulah aku dan berikan aku kesabaran dan ketabahan dalam membimbing, mendidik dan membesarkan amanahMu ini...amin....................
Wednesday, April 7, 2010
# Garis panduan hiburan dalam Islam
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.
Pendahuluan:
1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
2. Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Takrif:
HIBURAN
Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).
NYANYIAN
Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).
MUZIK
Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan. (Kamus Dewan).
TARIAN
Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. (Kamus Dewan).
GARIS PANDUAN:-
Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;
a) Program Hiburan
i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
b)Persembahan Muzik
i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
iii. Tidak melalaikan.
c)Lirik
i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah, menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
Tuesday, April 6, 2010
# Luasnya SYURGA
Hadith hari ini:
Dari Sahal bin Saad r.a dari Rasulullah s.a.w sabdanya:”Di dalam syurga terdapat sebatang pokok yang naungannya tidak terlewat (tidak terlepas dilalui di bawahnya) oleh seorang pengendara selama seratus tahun.”
-Muslim-
# Bahagia menjadi IBU
Ramai wanita yang merasa tertekan dengan title 'ibu' kerana kewajipan seorang ibu padahal kewajipan itu boleh diringankan dengan mengubah pemikiran dan kebiasaan.
Aku bersyukur kerana diberikan title 'ibu' ini dengan cepat oleh Ilahi..adalah satu anugerah yg tidak ternilai dan tidak dpt diungkapkan apabila pertama kali bergelar seorang ibu..tiba2 rasa sedikit sedih kepada adikku yang masih menantikan gelaran ini. Walaupun sudah hampir 2 tahun berkahwin namun kehadiran cahaya mata belum lagi dapat dikecapi..pernah sebelum ini keguguran dan sekarang ini masih menanti dan terus menanti...insyaAllah dik, satu hari nanti pasti dimakbulkan jua hasrat suci itu amiiinn..
Tidak dinafikan menjadi seorang ibu itu bukan tugas yang mudah apatah lagi dengan zaman yang serba canggih ini peranan ibu dlm institusi keluarga amat tinggi dan memerlukan jiwa yang kuat dan kental dlm menghadapi dugaan dan tentangan. Perlu disedari tugas ibu itu merupakan jihad utama dan beban tanggungjawab itu tidak pernah ternoktah dan bukanlah mudah utk diatasi.
'Pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu akan diberi ganjaran pahala yang cukup besar', itulah kata-kata pujukan yang manis didengar buat para ibu.
Tugas seorang ibu tidak pernah berakhir tidak kiralah samaada ibu yang bekerja ataupun surirumahtangga. Selama 24jam ibu tetap aktif dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik dan sesempurna mungkin.
Fakta tidak pernah menidakkan bahawa menjadi ibu iu sesuatu yang meletihkan. Namun, yakinlah anda tidak keseorangan..jutaan wanita bergelar ibu mengalami pengalaman yang sama seperti anda. Begitu juga bagi wanita yang baru bergelar ibu, anda bukanlah satu-satunya ibu yang sering tertekan dan bingung ketika menghadapi tingkah bayi yang pertama baru dilahirkan. TAPI, anda juga bukan wanita super yang mampu mengendalikan segalanya sendirian walaupun ibu perlukan yang terbaik untuk memenuhi setiap yang diperlukan oleh ahli keluarga.
Sentiasa berfikiran positif di saat anda mengalami tekanan kerana tugas-tugas sebagai ibu. Pemikiran negatif hanya akan menghantui perasaan, menumpulkan akal dan meningkatkan tekanan. Lihatlah anda dari pelbagai sisi..belajar untuk bermuhasabah diri dan bangkitlah dengan tindakan dan pemikiran yang lebih positif. Antara caranya yang cukup efektif adalah:
- berbicara dengan orang yang paling kita percayai dan jauhkan diri dari org2 yang bleh meracuni fikiran dengan kata-kata mereka yang menimbulkan kerisauan.
- bersabar dan,
- persiapkan diri anda untuk mancari alternatif yang lebih baik
Yakinlah, Allah yang telah menyediakan jawapannya. Dia hanya melihat adakah kita kuat bertahan dalam kesabaran.
Genggamlah kuat2 firmannya dalam surah Al-Insyirah ayat 5-8,
"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan), tertaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Rabb-mulah engkau berharap."
Anda juga harus pastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik. Anda tidak akan dapat merawat dan menjaga ahli keluarga sendiri jika anda mengabaikan keperluan peribadi. Sebagai ibu, anda perlu memastikan kesihatan sentiasa terpelihara. Keterpaksaan dalam kesibukan yang anda lakukan hanya akan mengganggu tenaga dan emosi. Ikhlaskan segalanya kepada Tuhan yang Maha Esa.
Wahai para ibu, buangkan rasa malu jika terpaksa meminta pertolongan org lain. Pelawalah pasangan untuk membantu memenuhi tanggungjawab di rumah misalnya mandikan anak, mengemas rumah etc...kerana dengan cara ini anda akan memiliki lebih tenaga, emosi yang baik dan terasa diri lebih disayangi.
Kesimpulannya, sungguhpun menjadi ibu itu meletihkan, namun yakinlah bahawa ganjaran yang akan anda perolehi sangatlah besar. Ciuman 'terima kasih' atau ungkapan 'saya sayang ibu' umpama hadiah yang luar biasa yang boleh membahagiakan. Tapiiii...jangan lupa hadiah dari Allah itu juga tidak kurang luar biasanya, dosa-dosa kita akan jatuh berguguran di saat kita merawat dan menjaga buah hati kita dengan IKHLAS.
~~~TAHNIAH IBU~~~
buat adikku dan sahabat2 yang masih menunggu gelaran istimewa ini kudoakan moga kalian beroleh cahaya mata tidak lama lagi...amin...
Sunday, April 4, 2010
# Keguguran Dan Cara Mengurus
Sabda Rasulullah s.a.w: ”Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”
Huraian:
1. Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.
2. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.
3. Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.
# Daging 'Blackpepper'
Bahan-bahan:
Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
1 batang salary - potong memanjang
1 labu bawang besar - potong kiub
Cara:
Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam. Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum. Biarkan mendidih dan pekat. Sedia untuk dihidang.
Saturday, April 3, 2010
# Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial. - Surah al-Fatihah,
- Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),
- Selawat Syifa’,
- Selawat Tafrijiyah,
- Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.
Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
# Radix Fried Chicken (RFC)

Salam...kepada kawan2 dan sahabat handai yang suka makan KFC apakata kita bertukar selera ke RFC plak....JOM!!! nantikan kemunculan cawangan2 RFC yang akan dibuka di:-
1. Cawangan Alor Setar (Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)
Friday, April 2, 2010
# Not many muslims opportunity to see this
ROZA RASUL, PROPHET MUHAMMAD P.B.U.H

HAZRAT LOT, Iraq

Thursday, April 1, 2010
# Jaundis (Bahayakah ia?)

Anak buahku yang diberi nama Muhammad Fawwaz Sufi itu walaubagaimanapun telah keluar wad pada hari semalam setelah hampir 4 hari di hospital...syukurlah dia telah sembuh...
Teringat pula kepada anak kawanku yang telah kembali ke rahmatullah akibat jaundis yang lambat dikesan. Hati ibu mana yg tidak hiba apabila anaknya yang sudah mencecah 1thn 2bulan itu pergi dalam tidur...belum cukup rasanya mencurahkan kasih dan sayang namun apakan daya umurnya tidak panjang...pada kawanku Nooriza (Ija) moga sentiasa tabah dan bersabar atas ujian yg menimpamu. Sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya tersendiri....
Adakah anda perlu risau tentang masalah jaundis apabila menyerang anak anda? Jawapannya ada pada anda...mari kita sama2 fahami apa itu jaundis...
Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.
PUNCA JAUNDIS
Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.
ADAKAH JAUNDIS BIASA DIHIDAPI OLEH BAYI YANG BARU LAHIR
• 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.
• 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.
BAGAIMANA MERAWAT JAUNDIS
JIka anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.
Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.
Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.
Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital.
Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis.
Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat.
Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.
BAGAIMANA SAYA TAHU YANG BAYI SAYA MENGHIDAPI JAUNDIS
Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.
Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.
ADAKAH JAUNDIS BERBAHAYA?
Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.
-info diperolehi dari www.babycenter.com.my/malay/baby/jaundis-






















