*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Friday, March 26, 2010

Panduan Pemakanan Anak Kurang Berat Badan

Buat para pembaca sekalian, hari ini ingin saya berkongsi maklumat tentang pemakanan kanak-kanak yang mengalami masalah kurang berat badan seperti anakku sendiri. Jangan risau bg ibu-ibu di luar sana panduan ini diperolehi daripada Pakar Pemakanan di Hospital Serdang. Moga dapat manfaat untuk semua...jom! lihat di bawah...

PANDUAN PEMAKANAN BAGI KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN

-PETUA PEMAKANAN KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN-
1)Teruskan menyusukan anak dengan susu ibu.
*Ia langkah penting untuk perkembangan dan tumbesaran sihat bayi. Susu ibu kaya dengan zat makanan dan antibody melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit. Anda digalakkan menyusukan anak sepenuhnya selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.

2)Berikan anak anda makanan yang kaya dengan tenaga dan protein.
*Makanan yang kaya dengan tenaga seperti bubur nasi yang ditambah minyak, roti yang disapu marjerin dan minuman bersusu boleh membekalkan tenaga yang mencukupi untuk keperluan anak anda. Protein pula membekalkan tambahan zat untuk anak anda apabila pengambilan harian tidak mencukupi. Ia juga membantu menambah berat badan dan mencegah otot dari susut atau merosot.

3)Elakkan memberi makanan dan minuman yang rendah kandungan tenaga kepada anak anda.
*Makanan dan minuman seperti air kosong, teh, kopi, sup kosong mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Makanan yang rendah kandungan dan protein mesti ditambah khasiatnya. Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral yang disyorkan oleh doktor juga boleh membantu melengkapkan keperluan pemakanan anak anda.

4)Tambahkan jumlah makanan yang biasa dimakan setiap hari.
*Amalan ini harus dipraktikkan untuk memastikan anak mendapat makanan yang seimbang dan mencukupi. Berikan kanak-kanak apa sahaja makanan dan minuman yang mereka mahu terutamanya makanan yang kaya dengan tenaga dan zat protein.

5)Beri makanan yang mengenyangkan pada setiap waktu makan 5-6 kali sehari.
*(7pagi, 10pagi, 1tghari, 4petang, 8malam, 10malam)
*Sediakan saiz hidangan yang kecil dan beri anak anda makan secara kerap. Cara ini membolehkan anak mendapat makanan lebih daripada biasa.

6)Pelbagaikan jenis makanan anak anda mengikut panduan pyramid makanan.
*Aras 1: Nasi dan Bijirin
*Aras 2: Buah dan Sayuuran
*Aras 3: Ikan, ayam, daging, telur DAN susu serta hasil tenusu
*Aras 4: Lemak, minyak, gula, garam

7)Tambah sedikit minyak masak atau marjerin dalam makanan anak anda.

8)Goreng makanan untuk meningkatkan pengambilan tenaga mereka.

9)Pastikan anda memberi perhatian kepada anak ketika makan
*kanak-kanak kecil perlu belajar untuk makan. oleh otu berilah sokongan dan bantuan anda dengan penuh rasa sabar dan kasih sayang. perhatian dari segi fizikal, emosi dan psikologi semasa makan akan merangsang anak untuk makan.

10)Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.

11)Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan.

12)Galakkan anak anda menghabiskan makanannya.

13)Jadikan masa makan sebagai masa yang menyeronokkan.

14)Hiaskan makanan anak dengan cara yang menarik minatnya untuk makan.

15)Berikan anak anda mencuba jenis makanan yang baru setiap hari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails