*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Tuesday, June 29, 2010

~# Urutan pada bayi #~

Mengenang saat-saat menimang cahaya mata alangkah seronoknya. Namun, banyak hal yang perlu dipelajari tentang bayi terutama urutan terhadap bayi..Urutan sememangnya sangat baik untuk bayi. Dahulu aku tidak berapa tahu tentang urutan bayi sehinggalah tersiarnya teknik-teknik mengurut bayi dalam cerita gugu gaga era..alhamdulillah, sedikit sebanyak ilmu tentang teknik urutan yang diperolehi memberi banyak perubahan pada bayi terutama bagi bayi yang bermasalah dengan tidur.

Ingin aku kongsikan di sini teknik ringkas yang boleh di lakukan dengan mudah oleh semua ibu-ibu di luar sana.

1. urut lepas mandi, sebelum pakaikan baju..
2. pastikan cuaca tak sejuk, aircond dan kipas sesuaikan supaya baby tak kedinginan...
3. letak minyak yg sesuai kat tangan, gosok2kan dua2 tapak tangan... boleh guna minyak zaitun, kelapa dara, atau minyak bayi... ada yg kata minyak bayi ni x berapa elok sgt,tapi terpulanglah ye..
4. urut muka baby dulu.... buat circle di dahi... pipi urut stroke ke atas... atas dan bawah bibir semuanya urut la... ni utk hilangkan stress sebab babykan nangis kesannya di muka...
5. urut bawa ke bawah... tangan kanan dan kiri.... jari2...
6. kemudian perut.. buat urutan 'i L u' kat perut baby (I L U = i love u).. jangan terlalu kuat... urut juga dari atas tepi perut dan bawa ke tengah bawah perut... utk keluarkan angin...
7. kemudian kaki.. kaki paha dan kaki... utk kaki kita golekkan2 tangan kita di kakinya.. macam kita buat kuih, kita gentel nak jadikan doh tu silinder kan.. ha gitu la.... urut gak tapak kaki...
8. Last sekali tiarapkan baby dan urut belakang....

Semua urutan hendaklah secara perlahan2... jangan keras2/kasar2... baby sgt lembut...
Mulakan urutan seawal mungkin.... sebab kalau baby dah besar, dia tak duduk diam dah... Tapi kalau dah biasa sejak lahir dia akan suka dan menanti2 diurut...
Urut ni bagus utk baby yg susah tidur, yg kembung/meragam, yg tak cukup berat...

Selamat mencuba

Monday, June 28, 2010

~# Gambaran Manusia Yang Berdosa Di Padang Masyar #~

BERWAJAH KERA
Suka menabur fitnah sesama manusia

BERWAJAH KHINZIR (babi)
Suka memberi & menerima rasuah

BUTA KEDUA BELAH MATA
Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman

PEKAK DAN BISU
Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.

TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA
BERULANG KALI
Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri
tidak sama dengan apa yang dikatakannya.

BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS
Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran

BERJALAN TERHOYONG-HAYANG SEPERTI CACAT
Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan

BERJALAN SEPERTI MABUK
Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid

RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR
Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti

TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI
Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling

WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR
Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun

PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT
Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat

BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI
Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi

TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT
Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah

BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR
DARI KEMALUAN
Suka melakukan zina

MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API
Suka makan harta anak yatim

KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS
Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya

GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR
KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN
Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.


sumber: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/message/45

Friday, June 25, 2010

~# SUJUD :15 kebaikan yang tersembunyi #~


Tahukah anda perbuatan sujud dalam amalan sembahyang lima waktu kita sebenarnya mempunyai hikmah yang bukan sedikit. Ada kalanya kelebihan dan hikmat yang tersembunyi dari setiap yang Allah SWT utuskan kepada umatnya tidak terjangkau dek akal.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud ialah ia dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. Meringankan bahagian pelvis.

9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elestik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Menegelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekutan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Thursday, June 24, 2010

~# Ujian Pap Smear #~

PAP SMEAR juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

BILA saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan SEBELUM melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.

Apa yang dilakukan SEMASA pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.
3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.
4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.


Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.

Apakah KELEBIHAN lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui KEPUTUSAN pap smear saya?

Hasil ujian ini akan menunjukkan:

1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:

1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V. Sila rujuk jadual di bawah.

Siapa yang BERISIKO tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

DI MANA saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear

Tuesday, June 22, 2010

~# Semalam adalah Pertama #~


Semalam 21hb Jun 2010 adalah merupakan hari yg 'pertama' buat ahli keluargaku...apa yer?..Nak tahu apa...

Pertama- Semalam hari lahir ibuku yg ke 55tahun. Pertama kali ulang tahun disambut tanpa anak-anak di sisi namun kami semua tetap mengingatinya..hanya doa dikirimkan moga dipanjangkan umur, murah rezeki..sihat tubuh badan dalam mengerjakan amal ibadah...pape pun ada atok yang menemani...we luv you mum!


Pertama- Kakakku memulakan sesi mengajar di sekolah yang baru di Mantin..dan buat pertama kalinya mengajar di sekolah yang agak jauh dengan rumah..go! go! k.long




Pertama- Anak saudaraku Muhammad Danial Ramadhan mula belajar hidup di nursery setelah hampir 4tahun dijaga oleh mak saudara sendiri...hari pertama baginya belajar untuk bergaul dengan kawan-kawan dan berdikari...semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah...belajar rajin-rajin yer...


Pertama- Adik kepada danial, Muhammad Fawwaz Sufi dihantar ke rumah pengasuh..moga Allah sentiasa melindungi dan memberkatimu selalu...





Pertama- Abang iparku memulakan kehidupan baru bersama anak-anak dan isteri setelah 4 tahun melalui perkahwinan jarak jauh..4 tahun berulang-alik dengan bas/kereta, dari taiping ke muar, dari k.pilah ke muar....alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan...kini, saatnya mencorak rumahtangga dengan anak-anak membesar di depan mata............moga menjadi keluarga yang mawaddah warahmah...amin

Pertama- Adik iparku Zuriani memulakan praktikal di sekolah di sg.rambai setelah ianya ditunda kerana menunggu kehadiran cahaya mata pertama.....moga tabah dalam mengharungi kehidupan dan jadi ibu yang baik...amin..



Pertama- Anak saudaraku Muhammad Afif Aiman juga buat pertama kalinya dihantar ke rumah pengasuh di sg.rambai...moga Allah sentiasa melindungi dan merahmatimu....Lama tak jumpa aiman bila yer boleh ketemu....;)


"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

Monday, June 21, 2010

~# Selamat Hari Bapa #~

Hari ini hari bapa...pertamanya Selamat Hari Bapa buat suami tercinta dan tak lupa juga buat semua kaum adam yang bergelar Ayah, Abah, Abi, Walid, Baba, Papa...moga kalian sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu...

Ayah

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com

ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Wednesday, June 16, 2010

~# Terengganu D'Iman @ Pulau Kapas #~

Salam buat semua...hampir lima hari blog ini tidak di update..Alhamdulillah, percutian yang dirancang telah pun menjadi kenyataan..destinasi Pulau Kapas akan menjadi kenangan buat kami sekeluarga..di sini akan saya ceritakan serba sedikit perjalanan kami selama 3 hari 2 malam di Negeri Terengganu Darul Iman dan destinasi utama iaitu Pulau Kapas.

Perjalanan kami bermula pada 11hb Jun 2010 lebih kurang 4.30pm dari Shah Alam ke Kuantan..sebelum berangkat ke Kuantan singgah sebentar di Shah Alam menghadiri majlis kesyukuran di rumah Mak Long..perjalanan ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan jam 8.50pm tibalah kami di Kuantan (bermalam di rumah adik & dzul).

~Hari Pertama~

Keesokan pagi bermulalah destinasi utama kami ke Pulau Kapas. Perjalanan bermula kira-kira jam 9.15am dengan 2 buah kereta yang dinaiki oleh aku, suami, Iman, Mak, Yan (sepupu), Adik, dan Dzul. Alhamdulillah perjalanan sungguh lancar dan kira-kira jam 1pm kami telah pun sampai ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Sebelum kami ke Pulau Kapas sempat kami makan tengahari terlebih dahulu dan solat jama' qasar di surau yang terdapat di situ. Kami makan dahulu kerana 1) perut mmg dah minta diisi ;) 2) telah sedia maklum makanan di Pulau nanti agak mahal (nak save budget hihihi)....

Setelah semuanya selesai berangkatlah kami ke jeti untuk menaiki bot laju..untuk pengetahuan semua tiket pergi/balik RM40 seorang dan perjalanan ke Pulau Kapas dengan menaiki bot laju mengambil masa lebih kurang 15-20minit.

...adik & dzul...

...mak...

...suami...

Bagi orang dewasa menaiki bot laju sangat menyeronokkan cuma sekali sekala berderau juga dada ni bila berlanggar dgn ombak laut yg dtg..lain pula ceritanya pada anak kecil seperti iman..menangis sepanjang utk smpi ke Pulau..takut agaknya menaiki bot laju...hehehe

Setelah hampir 15minit menaiki bot sampai kami di Pulau Kapas..dan bot kami betul2 berhenti di hadapan Makcik Gemuk Beach Chalet..kami memilih chalet jenis type A yg harga Rm80 semalam..chalet amat basic dan simple dan agak kurang berbaloi jika nk dibandingkn dgn budget hotel yg sama harganya..sebuah chalet type A hanya dilengkapi oleh kipas,tv,katil kelamin,dan meja..namun kami agak kecewa dgn service di sana..pada awalnya kami telah booking 3 buah chalet type A tp ketika kami diberi kunci hanya 2 chalet type A dan 1 chalet type B..keadaan agak tegang sedikit kerana kami mempertahankn hak kami yg telah mem'booking' chalet 1minggu lebih awal..dan alasan yg diberi sudah penuh..chalet type B tak banyak beza dgn yg type A cm bezanya chalet tersebut seperti rumah teres dan tidak memuaskan hati..chalet tersebut didiami oleh adik & dzul. Kasihan mereka tp nk buat macamner service diorang sgt teruk...aku dan suami berasa serba salah juga tp...terpaksa redha je la..sorry ye adik & dzul....:)

...chalet type A...

Petang itu kami duduk bersantai-santai di tepi pantai sambil menikmati jagung rebus, keropok lekor, dan keropok sira yg dibawa utk makan2 di situ..jam 4pm itu sudah ramai jg yg mandi walaupun cuaca agak panas terik..walaupun panas tp air laut sejuk dan seronok sekali bila mandi..pada mulanya suamiku yg mandi dahulu kemudian yg lain pun menyusul kerana tidak tahan digoda oleh air yg cantik lagi bersih..iman pula takut air laut huh puas dipujuk dlm tangisan aku bawa juga dia berendam di dlm air..kemudian terpaksalah bergilir2 dgn suami dokong iman bila aku nk mandi dan belajar menyelam hehehe maklumlah esoknya kami mahu snorkling so belajar2 utk terapung...

...santai...



...iman yg didukung...



...sepetang di laut masin...



...belajar terapung...

Kira-kira jam 6.30pm kami kembali ke chalet utk membersihkan diri dan bersiap utk solat jamak maqrib dan isya'..untuk aktiviti malam kami banyak berjalan2 di tepi pantai melihat suasana mlm di pulau..angin sepoi2 bahasa dan suasana pun agak sepi sedikit berbanding waktu petang. Untuk makan malamnya aku dan suami membeli nasi putih 3 bungkus dan tomyam dengan harga RM15. Nasi sebungkus RM2..makanan yg kami beli itu di restoran Kapas Coral Beach Chalet betul2 bersebelahan dgn Makcik Gemuk..Tomyam fuh! boleh tahan sedap...selesai makan bermulalah aktiviti kami bergambar di tepi pantai di mlm hari...balik dari pantai kira2 10pm kami pun kembali ke chalet utk berehat dan tidur..zzzzzz







...Pintu masuk ke Makcik Gemuk...

~Hari Kedua~

Keheningan pagi di Pulau Kapas sungguh menenangkan jiwa..sempat juga adik & dzul bergambar romantis di pagi hari...

Pagi itu kami bersarapan nasi lemak yang dibeli di restoran makcik Gemuk. Harga sebungkus RM5. Untuk minuman pagi, kami hanya meminta air panas di restoran tersebut dan kami membuat Kopi Radix segera yang dibawa..bukan apa, air teh secawan pun berharga RM3 macam tak berbaloi je nk beli...:)

...Nasi Lemak RM5...

...sarapan di pagi hari...

Selesai sarapan kami bersedia untuk pergi bersnorkling...lebih kurang 9pagi kami dibawa menaiki bot ke kawasan yang telah dikhaskan untuk bersnorkling. Tambang bot untuk ke kawasan snorkling RM10 seorang dan sewa peralatan snorkling RM10 satu set..

Sebelum bersnorkling kami diberi sedikit cara dan panduan bagaimana menggunakan peralatan snorkling dan apa yang perlu dibuat sekiranya terminum air laut atau air termasuk di dalam ruangan mata. Kami hanya menyewa 3 set peralatan snorkling so bergilir-gilir menggunakannya. Snorkling di lautan amat menyeronokkan sekali. Melihat ikan-ikan yang cantik dan berwarna-warni berlumba2 mendapatkan biskut dan roti yang diberi sungguh tak terkata...seronoknyerrrr!!! Subhanallah ciptaan Allah di dalam lautan tak dapat di luahkan dengan kata-kata..Kawan-kawan jgn lepaskan peluang untuk bersnorkling apabila pergi ke Pulau Kapas...







Setelah hampir 2 jam kami bersnorkling dan berendam di dalam air kami pun menikmati sedikit makanan yang dibawa sebelum berangkat ke chalet untuk membersihkan diri dan bersiap untuk pulang ke darat. Kira-kira jam 1.20tengahari bot kami sampai dan kami tinggalkan Pulau Kapas dengan kenangan indah yang tidak dapat dilupakan..

...menanti bot untuk pulang ke darat...



...perjalanan pulang ke darat...

Setelah sampai ke jeti Marang kami pun bergerak ke kereta dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Tengahari itu kami makan tengahari di rumah mak Dzul di Kg. Atas Tol...Oh ya! sebelum terlupa..parking kereta untuk sehari RM7 di jeti Marang...Perut dah kenyang kami pun bergerak ke Kuala Terengganu untuk check-in di Hotel Teratai Tenang (Hotel Budget). Sebenarnya kami dah booking awal dan segala info ttg hotel tersebut aku perolehi daripada internet dan booking juga secara online. Kami memilih bilik untuk family suite dengan harga RM100 semalam. Sebenarnya family suite asal RM95 (1 katil double+1 single) tapi kami tambah 1 tilam dan jumlah RM100 sahaja..Malam itu adik & dzul tidur di rumah mak dzul di Kg. Atas Tol so cukuplah satu bilik untuk aku, suami, iman, mak dan yan..Hotel is good..lengkap dengan air-cond, kipas, tv (astro),almari, cermin muka, peti ais (mini), WIFI, pemanas air mandi dan kettle..kedudukan hotel juga amat strategik di tgh2 bandar dan berdekatan dengan tempat2 yang terkenal di Kuala Terengganu seperti Pantai Batu Buruk, Pasar Payang, Masjid Kristal, Hospital dan sebagainya...


...lokasi Hotel Teratai Tenang...

Pada malam hari kami makan di restoran berhampiran dengan hotel dan kemudian kami berjalan-jalan di Dataran Shahbandar kerana ada ekspo (Euro Fun 2010)..bermacam-macam jualan dan permainan fun-fair disitu meriah sekali..hampir 11.30 malam kami baru pulang ke hotel untuk berehat sebagai persediaan hari esok...zzzzz



...zzzzzzz...

~Hari Ketiga~

Pagi itu kami bersiap awal untuk bersarapan di Pantai Batu Buruk dan seterusnya ke Pasar Payang. Kami bersarapan Nasi Dagang iaitu menu yang tidak asing lagi di negeri Terengganu..Nasi Dagang sepinggan RM3 di kedai Kak Pah..sedap sungguh..nyum!nyum!


...Pasar Payang...


...Pantai Batu Buruk...

Setelah hampir 12pm kami bergerak pulang ke hotel untuk check-out. Selepas itu kami ke Masjid Kristal @ Taman Tamadun Islam untuk menunaikan solat qasar dan jama'...kami tidak melepaskan peluang untuk melihat monumen yang ada di sana. Tiket masuk untuk ke taman monumen adalah RM15 seorang dan akan diberi voucer makanan sebanyak RM3 seorang...kami hanya berjalan kaki dari satu monumen ke satu monumen yang lain..mulanya hendak juga menaiki trem @ keretapi tetapi bayaran lain pula dikenakan iaitu RM3 seorang so kami tekad untuk berjalan kaki walaupun panas terik waktu itu...cantik dan menarik monumen2 yang dibina...hampir 2 jam kami di dalam taman monumen tersebut...huh! penat sungguh dan amat meletihkan...keringat mencurah2 membasahi badan2 kami namun kepuasan terserlah di wajah kami...hehehhe..alhamdulillah tercapai sudah hajat untuk melihat monumen2 tersebut...berbaloi-baloi...;)


...gambaran serban Rasulullah S.A.W...



Petang itu sebelum berangkat pulang ke Kuantan kami singgah ke Durian Burung untuk menziarahi atuk saudara yg sedang sakit..selepas maqrib baru kami bergerak ke Kuantan..kami sampai di Kuantan lebih kurang 1.30pagi..agak lewat sampai kerana berhenti rehat di tengah jalan kerana keletihan....

~Hari Keempat~

Sekitar jam 3pm kami berangkat pulang meninggalkan Kuantan...Alhamdulillah, percutian yang dirancang terlebih awal banyak faedahnya...rancanglah perjalanan anda sebelum pergi bercuti....jgn lupa membawa balik buah tangan seperti keropok lekor dan keropok sira.....

TAMAT





Monday, June 7, 2010

~# SAYIDINA ABU BAKAR AS SIDDIQ #~

Khalifah ur Rasyidin yang pertama dan Sahabat utama Rasulullah SAW, Sayidina Abu BakarA s Siddiq pernah meninggalkan pesan, katanya:

1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.

2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur
Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

3. Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya.Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

4. Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat
– Sabar perhiasan kepada bala.
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

5. Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainya hingga dia menceraikan perhiasan itu.

6. Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

7. Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

~# Kotak berisi kasih #~

Satu hari ketika seorang ayah membeli beberapa gulung kertas bungkusan hadiah, anak perempuannya yang masih kecil dan manja sekali, meminta satu gulung. “Untuk apa?” tanya si ayah. “Nak bungkus hadiah” jawab si kecil. “Jangan dibuang-buang ya.” pesan si ayah, sambil memberikan satu gulungan kecil.

Keesokan harinya, pagi-pagi lagi si kecil sudah bangun dan membangunkan ayahnya, “Yah, Ayah…….. ada hadiah untuk Ayah.” Si ayah yang masih menggeliat, matanya pun belum lagi terbuka sepenuhnya menjawab, “Sudahlah…. nanti nanti saja.” Tetapi si kecil pantang menyerah, “Ayah, Ayah, bangun Ayah, dah pagi.” “Eh… kenapa ganggu ayah… masih terlalu awal lagi untuk ayah bangun.”
Ayah terpandang sebuah bungkusan yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang diberikan semalam.
“Hadiah apa ni?” “Hadiah hari jadi untuk Ayah. Bukalah Yah, buka sekarang.” Dan si ayah pun membuka bungkusan itu. Ternyata di dalamnya hanya sebuah kotak kosong. Tidak berisi apa pun juga. “Eh.. kenapa kosong?? Tak ada isi di dalamnya. Kan Ayah dah kata jangan buang-buang kertas bungkusan Ayah. Membazir tu”
Si kecil menjawab, “Tak Ayah….., ada isi tu… Tadi kan, Puteri masukkan banyak sekali ciuman untuk Ayah.”
Si ayah merasa terharu, dia mengangkat anaknya. Dipeluk dan diciumnya.

“Puteri, Ayah belum pernah menerima hadiah seindah ini. Ayah akan selalu menyimpan hadiah ini. Ayah akan bawa ke pejabat dan sekali-sekala kalau perlu ciuman Puteri, Ayah akan mengambil satu. Nanti kalau kosong diisi lagi ya!”

Kotak kosong yang sesaat sebelumnya dianggap tidak berisi, tidak memiliki nilai apa-apa pun, tiba-tiba terisi, tiba-tiba memiliki nilai yang begitu tinggi. Apa yang terjadi? Lalu, walaupun kotak itu memiliki nilai yang sangat tinggi di mata si ayah, namun di mata orang lain tetap juga tidak memiliki nilai apa pun. Orang lain akan tetap menganggapnya sebuah kotak kosong.

Moral:

Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain. Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain. KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya. Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong………..

Mutiara kata:

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

Wednesday, June 2, 2010

~# Kisah Pemuda malas solat #~

Jika sebelum ini saya telah menitipkan sebuah artikel tentang fahaman org2 di Jepun tentang Solat itu buang masa, kali ini saya bawakan kisah seorang pemuda yang malas solat...moga-moga org yang masih liat atau mengambil ringan bab solat ini mendapat hidayah agar rajin bersolat selepas ini..insyaAllah...mari kita hayati kisah di bawah....

Islam itu mudah apabila , menjalankan syariat Islam itu boleh secara bertahap. Dalam hal ini, seorang muslim tidak serta-merta diharuskan menjalankan kewajiban agama dan amalan-amalan sunnah secara serentak. Ada tahapan yang mesti dilalui: mulanya kita hanya diperintahkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban pokok agama. Setelah yang pokok-pokok berhasil dilakukan dengan baik dan rapi, kalau punya kekuatan dan kesempatan, maka dianjurkan untuk menambah dengan amalan-amalan sunnah.

Bagaimana?
Pertama, membenarkan Islam diamalkan secara berperingkat-peringkat seperti kita mendidik seseorang untuk bersolat. Saya berikan contoh dari cerita seorang lelaki yang baik tetapi tidak bersolat.

Kisahnya bermula di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.

Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

"Awak wajib mendirikan solat lima waktu. Solat merupakan tiang agama kita" kata salah seorang pendakwah kepada pemuda tersebut.

"Emm..insyaAllah kalau saya rajin saya akan buat ye" jawab pemuda tersebut secara sinis.

Begitulah seterusnya. Sehinggalah datang seorang ulama daripada al-Azhar al-Syarif bertandang ke tempat mereka. Aduan yang sama diberikan. Setelah mendengar dengan teliti aduan para penduduk. Maka Ulama ini berkenan untuk bertemu dengan pemuda ini.

"Syeikh pun nak tegur saya juga? Nak suruh saya dirikan solat lima waktu?" sindir pemuda ini bila melihat ulama tersebut datang bertamu ke rumahnya.

Ulama tersebut sambil tersenyum menjawab "Sekadar ingin berkenalan.Tiada langsung niat saya ingin memaksa kamu seperti yang kamu sebutkan".

Pertemuan pertama berjalan dengan lancar. Langsung tidak disentuh oleh ulama tersebut berkenaan solat . Perkara yang dilaksanakan hanyalah sekadar merapatkan tali silaturrahim. Bincang tentang pekerjaan, tempat tinggal, sara hidup dan lain-lain.

Pemuda tersebut begitu senang dengan perlakuan Syeikh. Tanpa sedar terselit rasa kagum pada seorang tua berjubah tersebut. Tidak seperti yang selalu datang bertemu dengannya. Setiap kali duduk , terus memberikan peringatan dan dalil-dalil tentang haramnya meninggalkan solat.

Akhirnya pemuda ini pula datang berkunjung ke tempat penginapan Syeikh. Maka semakin bertambah mesra pergaulan mereka. Begitulah keadaan seterusnya, Syeikh tetap tidak pernah menyentuh tentang solat. Sehinggalah tiba satu hari, Syeikh memberitahu bahawa beliau akan berangkat pulang ke Mesir. Ini kerana tugas yang diberikan oleh pihak al-Azhar ditempat tersebut telah selesai. Pemuda itu datang bertemu Syeikh. Rasa sedih akan berpisah dengan seorang ulama menyentak-nyentak jiwanya.

Sebelum berpisah, Syeikh memeluk Ahmad seraya berkata dengan lembut "Ahmad, aku ada mendengar suara-suara mengatakan bahawa engkau tidak pernah bersembahyang. Betulkah begitu?" Tersentak Ahmad bila mendengar pertanyaan daripada Syeikh tersebut.

"Memang benar wahai tuan Syeikh. Bukan aku tidak mengetahui bahawa ianya wajib cuma sikap malas yang ada padaku inilah yang menghalang untukku melakukannya"jawab Ahmad memberikan alasan.

"Baiklah, kalau begitu, bolehkah kamu tunaikan permintaanku sebelum aku berangkat pulang?"

"Permintaan apa itu wahai tuan?"

"Kamu pilih solat mana yang paling ringan untuk kamu dirikan. Satu pun sudah memadai, Boleh?"Tanya Syeikh kepada Ahmad.

Terkejut Ahmad mendengar pertanyaan Syeikh. Belum pernah dia dengar solat boleh dipilih-pilih untuk disempurnakan.

"Bolehkah begitu wahai tuan Syeikh?" Tanya Ahmad penuh keraguan.

"Boleh tapi hanya untuk kamu sahaja" Jawab Syeikh sambil tersenyum.

"Baik ,dulu kamu pernah ceritakan kepadaku bahwa kamu berkerja sebagai petani bukan? Dan kamu juga sering bangun awal pagi untuk ke kebunmu. Bukankah begitu Ahmad?" Tanya Syeikh kepada Ahmad.

"Benar Tuan Syeikh"

"Kalau begitu aku cadangkan kepadamu, alang-alang kamu telah bangun setiap awal pagi , apa kata jika kamu basahkan sedikit sahaja anggota tubuhmu dengan wudhuk dan terus selepas itu dirikan solat subuh dua rakaat. Dua rakaat sahaja, rasanya tidak terlalu berat bukan?" Syeikh memberikan cadangan kepada Ahmad.

Ahmad tanpa banyak bicara terus menerima cadangan Tuan Syeikh. Perasaan serba salah menyelinap jiwanya jika dia menolak permintaan syeikh tersebut yang terlalu rapat dengannya.

"Janji denganku Ahmad yang kamu tidak akan meninggalkan sekali-kali solat subuh ini di dalam hidupmu. InsyaAllah tahun depan aku akan berkunjung lagi ke sini. Aku berharap agar dapat bertemu denganmu di Masjid setiap kali solat subuh tahun hadapan.Boleh ya Ahmad? Syeikh memohon jaminan daripadanya.

"Aku berjanji akan menunaikannya". Maka dengan senang hati Tuan Syeikh memohon untuk berangkat pulang ke Mesir. Di dalam hatinya, memohon agar Allah memberikan kekuatan kepada Ahmad untuk melaksanakan janjinya.

Tahun berikutnya, setelah Tuan Syeikh sampai di tempat tersebut, beliau benar-benar gembira bilamana melihat Ahmad benar-benar menunaikan janjinya. Namun menurut penduduk setempat, Ahmad hanya solat subuh sahaja. Solat yang lain tetap tidak didirikan. Tuan Syeikh tersenyum. Gembira dengan perubahan tersebut.

Suatu pagi setelah selesai menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid. Syeikh memanggil Ahmad. Seraya bertanya: "Bagaimana dengan janjimu dulu Ahmad.Adakah ada terdapat hari yang engkau tertinggal menunaikan solat subuh?".Ahmad menjawab dengan yakin : "Berkat doamu tuan Syeikh, Alhamdulillah sehari pun aku tidak ketinggalan solat jemaah subuh di masjid ini"

"Alhamdulillah, bagus sekali kamu. Engaku benar-benar menunaikan janjimu."

"Mudah sahaja rupanya tunaikan solat ini ya Tuan"

"Perkara yang kamu lakukan tanpa paksaan pasti akan kamu rasakan mudah sekali. Yang penting jangan rasakan ianya suatu paksaan .Tetapi anggap ianya suatu kegemaranmu. Seperti kamu berkebun. Tiada yang memaksa, tetapi disebabkan minatmu yang mendalam terhadap kerja-kerja itu, maka tanpa disuruh kamu akan melaksanakannya bukan?"Syeikh menerangkan kepada Ahmad.

"Benar apa yang tuan katakan.Perkara yang kita lakukan dengan minat, tanpa dipaksa pun akan kita laksanakan"

"Ahmad, kamu habis bekerja pukul berapa ya?" Tanya Syeikh kepada Ahmad.

"Ketika azan Zohor aku berhenti untuk makan , kemudian aku sambung kembali kerja sehingga hampir Asar"

"Pasti kamu bersihkan sedikit dirimu bukan ? Membasuh tangan dan kaki untuk duduk menjamah makanan? Benar Ahmad?" Tanya Syeikh meminta kepastian.

"Ya benar Tuan"

"Kalau begitu, apa pendapatmu jika aku mencadangkan agar engkau lebihkan sedikit basuhanmu itu. Terus niatkan ianya sebagai wudhuk. Selesai makan, terus dirikan solat zohor empat rakaat. Sekadar empar rakaat tidak lama rasanya bukan? Takkan terjejas tanamanmu agaknya?" Kata Syeikh berseloroh kepada Ahmad.

Ahmad tertawa dengan gurauan Tuan Syeikh. "Betul juga apa yang disebutkan oleh tuan. Baiklah mulai hari ini saya akan cuba laksanakannya".

Jauh disudut hati Syeikh berasa sangat gembira dengan perubahan yang berlaku kepada Ahmad. Setelah selesai kerja Syeikh di tempat tersebut. Beliau berangkat pulang ke Mesir. Beliau berjanji untuk datang semula pada tahun hadapan.

Begitulah keadaannya Ahmad. Setiap tahun Syeikh bertandang, maka setiap kali itulah semakin bertambah bilangan solat yang dilakukan. Kini masuk tahun ke lima Syeikh bertandang ke tempat tersebut.

Ahmad seperti biasa hanya mendirikan solat empat waktu kecuali Isya. Selesai menunaikan solat Maghrib. Terus beliau berangkat pulang ke rumah.

Suatu hari semasa Tuan Syeikh melihat Ahmad hendak berangkat pulang setelah menunaikan solat Maghrib berjemaah. Terus beliau memanggil Ahmad.

"Bagaimana dengan kebunmu Ahmad? Bertambah maju?" Syeikh memulakan bicara.

"Alhamdulillah, semakin bertambah hasilnya Tuan"

"Baguslah begitu.Aku sentiasa doakan hasilnya semakin bertambah."Doa Tuan Syeikh kepada Ahmad.

"Ahmad, aku ingin bertanya kepadamu sebelum engkau pulang. Cuba engkau perhatikan dengan baik. Apa lebihnya kami yang berada di dalam masjid ini berbanding kamu? Dan Apa kurangnya kamu berbanding kami yang berada di dalam masjid ini?"

Ahmad tunduk sambil memikirkan jawapan yang patut diberikan.

"Lebihnya kamu semua adalah kerana kamu mendirikan solat Isya', sedangkan aku tidak menunaikannya"

"Baiklah, adakah kamu ingin menjadi orang yang lebih baik daripada kami semua?" Tanya Tuan Syeikh menguji.

"Sudah tentu wahai Tuan Syeikh" jawab Ahmad dengan penuh semangat.

"Kalau begitu dirikanlah solat Isya'. Maka engkau tidak lagi kurang berbanding kami.Malah engkau akan menjadi lebih baik daripada kami" Syeikh memberikan jawapan yang cukup berhikmah kepada Ahmad.

Akhirnya, berkat kesabaran Tuan Syeikh mendidik Ahmad.Beliau berjaya menjadikan Ahmad seorang yang tidak lagi meninggalkan solat.

Lima tahun bukanlah masa yang singkat untuk memberikan dakwah sebegini. Kesabaran dan hikmah yang tinggi sangat-sangat diperlukan demi menyampaikan risalah dakwah.

Berbeza dengan kita sekarang. Sekali kita bercakap, harapan kita biar sepuluh orang berubah dalam sekelip mata. Oleh kerana itulah, bilamana orang menolak dakwah kita, kita mencemuh, mengeji dan mengatakan bahawa semua sudah lari daripada jalan dakwah.Lari daripada jalan kebenaran.


sumber: http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/message/9019

Related Posts with Thumbnails