*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Tuesday, June 1, 2010

~# Merancang Percutian #~

Cuti sekolah hampir tiba...wah! seronok kalau bercuti bersama keluarga ni...hmmm cadangan untuk percutian kali ini ke negeri Terengganu Darul Iman..beberapa hari ini terlalu asyik melayari internet merancang ke tempat2 yang hendak dilawati...insyaAllah kami akan bermalam di Pulau Kapas (semalam sahaja) dan seterusnya berjalan2 di sekitar Kuala Terengganu.

Gambaran Pulau kapas yang diperolehi melalui internet membuatkan teruja untuk ke sana..di sini ada serba sedikit gambaran Pulau Kapas...jom tengok!



Pada awalnya kami merancang untuk ke Pulau Perhentian @ Pulau Redang tapi memandangkan perjalanan agak jauh so kami memilih Pulau Kapas kerana lebih hampir dengan Kuala Terengganu....

Suamiku sebenarnya teringin untuk snokling di Pulau Kapas nanti..mudah-mudahan hajatnya tercapai lah...

Oklah...akan saya masukkan gambar2 percutian kami di sana sekembalinya kami dari bercuti nanti..insyaAllah...mudah-mudahan percutian kali ini menambah lagi kasih sayang dan hubungan kami sekeluarga...amiin...

1 comment:

  1. ke pulau kapas rupanya... selamat bercuti... cuti-cuti Malaysia..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails