*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Tuesday, December 14, 2010

:: Inai Mekah ::



Assalamualaikum...dan salam tahun baru 1432H..
anda kenal gambar di atas?..hehehe sape yg tidak kenal ye tak
malah ianya tidak asing lagi bg kita terutama kaum perempuan
kini, setiap lapisan umur dari kecil hingga ke tua sudah gemar memakai inai

inai dipakai tidak semestinya bila tiba majlis perkahwinan sahaja
malah inai juga boleh dipakai pada bila-bila masa ikut kesukaan si pemakai...nak mencari inai tak susah sekarang ni sudah banyak kedai-kedai yang menjual inai..
jemaah haji yg pulang semestinya ada membawa buah tangan paling tidak inai....kebetulan ibu dan bapa mertua baru pulang dari mekah dan kami telah diberi 2 kotak inai buat 'pakai-pakai'....

al-kisah tentang inai ni...
malam tadi dua beranak (ibu dan anak) begitu gembira memakai inai...;)
si ayah tidak teringin plak nampaknya...hehehe biasalah org lelaki ada malu sikit...
ketika kawen pun lelaki kebiasaannya memakai inai di 3 jari sahaja..
tak tahulah itu adat ke atau syarat atau sekadar meraikan mempelai...

apapun inai yang merah amat cantik di jari...
si kecil iman malam tadi pun teringin memakainya
gembira sungguh iman bila dipakaikan inai...ikut plak cakap bila disuruh letak tangan diam-diam...hihihi kelakar sungguh...mula-mula 5 jari sahaja kemudian mintak dipakaikan semua jari...
si ibu pula mula-mula pakai 5 jari je tp setelah mencuci dan merah teringin plak pakai sebelah lagi....hahaha maka pakailah inai 10 jari tapi di kuku sahaja...

si ibu boleh bertahan sampai 2 jam tapi si anak boleh bertahan 20 minit sahaja hehehe...makanya kuku si anak berwarna ke-orenan...tapi cantik dilihat di kuku-kuku yang comel lote itu...;) tahniah buat si anak kerana buat pertama kalinya memakai inai...hehehhe

Monday, December 6, 2010

:: Ahlan Wasahlan 1432H ::


DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH

Doa Akhir Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini. Semoga ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.


DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM

Doa Awal Tahun

Segala puji hanya layak untuk ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya ALLAH, ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga ALLAH rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


Friday, December 3, 2010

:: Bersikap adil kepada anak ::


Ibnu al-Qayyim berkata;

"Wasiat Allah kepada para orang tua supaya mereka menjaga anak-anak mendahului wasiat anak-anak pada orang tua mereka. Allah berkata, 'Jangan kamu membunuh anak-anakmu kerana takut pada kemiskinan'.

(Surah al-Israk, ayat 30)

Sesiapa yang mensia-siakan pendidikan anaknya nescaya anaknya itu tidak memberikan manfaat kepadanya. Ramai anak-anak rosak kerana tindakan orang tua mereka yang mensia-siakan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan dan sunah agama kepada mereka. Orang tua yang mensia-siakan anaknya sewaktu kecil,mereka tidak memperoleh manfaat daripada anak-anaknya itu setelah mereka besar. Anak-anak itu kelak mengatakan, ibubapa mereka mensia-siakan mereka sewaktu kecil dan kini apabila mereka besar, mereka pula yang mensia-siakan ibu bapa mereka."



Allah berfirman, "Barang siapa melakukan kejahatan, dia tidak menerima balasan melainkan dengan kejahatan yang sama. Barang siapa yang melakukan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dan dia adalah orang yang beriman, dia kelak masuk syurga dan memperoleh rezeki di syurga tanpa hisab".

(Surah al-Mukmin, ayat 40)

Allah memberikan peringatan, "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah batu dan manusia."

(Surah al-Tahrim, ayat 6)



:: Baling gula-gula dan Iman ::

teringat aksi iman di majlis perkahwinan sepupu di kota tinggi..
macam biasa org johor tak meriah klu xde aktiviti baling gula-gula oleh mempelai
sebenarnya acara tu sekadar meraikan anak-anak dan memeriahkan lg suasana
tp sekarang ni bukan saja anak-anak yg berebut-rebut ...mak2 anak, atuk2 kakak2 semua berminat menyertainya...mmg gamatlah suasana...

lain plak kisahnyer dgn iman...
org bergembira nk berebut gula-gula yg dia ni plak tiba-tiba menangis..
terperanjat agaknya tgk acara sebegini pertama kali dlm hidupnya....
sambil menangis iman cakap "tak elok baling-baling gula"....
aku yg mendengar nak tergelak dibuatnya tp tahan je la sambil mengiyakan apa yg dia cakap....
hehehe iman..iman..

teringat zaman aku kawen dulu...mmg tak tinggal juga acara baling gula-gula tu...
sebenarnya bukan gula-gula saje yg dibaling...macam-macam ada
ada duit, coklat ikutlah pihak majlis nak isi apa...
kalau dulu aku sendiri yg sediakan awal2...syiling ada 10sen, 20sen anggaran dlm RM30
tak silap sampai 2 bekas utk baling gula-gula tu...:)

masing-masing berebut mencari gula-gula, duit, coklat....hehehe meriah!


Thursday, December 2, 2010

:: Berteduh di Kebun Cinta ::



" SALAM ITU UMPAMA BAJA, SENYUMAN ITU UMPAMA AIR DAN BERJABAT TANGAN ITU UMPAMA CAHAYA DI KEBUN CINTA KITA. INSYAALLAH, JIKA KEBUN CINTA KITA SELALU DIAIRI, DIBAJAI, DAN DIBERIKAN CAHAYA, MAKA PERASAAN KITA AKAN SELALU GEMBIRA..."


Dalam alam rumahtangga, pasti ada kesusahannya tetapi ada juga kesenangannya. Ada kepahitan, namun kemanisan yang seiringannya juga lebih banyak. Susah-susah pun dijanjikan pahala. Inilah janji Islam, yang menegaskan ada "syurga" di dunia. Di mana lagi? Kalau bukan di dalam rumah tangga kita - Baiti Jannati!

Apa yang harus dilakukan untuk menjadikan perkahwinan itu sebagai kebun cinta bukan pusara? Salah satu caranya ialah dengan menjaga perasaan, sama ada perasaan kita sendiri atau perasaan pasangan kita. Cinta itu berkait rapat dengan perasaan. Sebab itu kita sering sebut "perasaan" cinta bukan "fikiran" cinta. Maka menjaga perasaan samalah dengan menjaga cinta.


Tip Menyuburkan CINTA

1- Budayakan senyuman, salam dan berjabat tangan di dalam dan di luar rumah.

2- Buat aktiviti kebajikan bersama-sama.

3- Buat ibadah : solat jemaah, menghadiri kelas pengajian, berdoa, berpuasa dan lain-lain bersama-sama.

4- Lazimkan mengucapkan kata-kata yang baik dan manis kepada pasangan seperti tahniah, takziah, minta maaf, syabas, terima kasih dan lain-lain.

5- Doakan pasangan kita samada di hadapan atau di belakangnya.

6- Tanyakan selalu, "apa yang boleh saya lakukan untuk menggembirakan awak?"

7- Jangan marah, sekali lagi jangan marah!

8- Jangan terlalu serius, sekali-sekala berguraulah.


Wednesday, December 1, 2010

:: Raya Aidiladha dan I-City ::


Raya Haji 2010 kami tidak pulang beraya di kampung kerana cuti suami hanya sehari sahaja..makanya, setelah menunaikan solat hari raya di surau (Bangi) kami menziarahi rumah m.long di Shah Alam..hasrat di hati hendak beraya ke rumah makcik suami di sekitar shah alam juga tapi mereka tiada di rumah...hasrat berhari raya terus bertukar ke I-City heheh...kami sampai jam 7.00pm dan lampu-lampu sudah mula kelihatan....

kami pergi haritu hari rabu dan bayaran dikenakan adalah RM10 atas alasan cuti sekolah..apa-apa ajelah...jam 8.30pm keadaan di I-City mula sesak dengan orang ramai dan kami pun bergerak pulang ke rumah tanpa menggunakan tiket RM10 untuk masuk percuma ke salah satu tempat di sana...malas nak beratur dan perut pun dah minta diisi...;)

sebenarnya kami dah duduk di salah sebuah restoran di sana memandangkan ada tanda HALAL terpampar di pintu restoran...tapi....hajat nak makan tak jadi bila terlihat menu makanan ada unsur-unsur meragukan {shubhah}................walaupun mungkin makanan halal tp bekas makanan @ minuman telah membolak-balikkan hati kami.....jalan terbaik adalah makan di kedai lain yang lebih meyakinkan.....

dipendekkan cerita, kami makan di rumah sahaja...kebetulan mak long ada membawakan kami nasi himpit dan ayam masak merah jadi itulah santapan kami pada mlm itu...yummy!...jimat, sedap, yakin lagi menyelerakan.................;)
............................................................................

malangnya kami ke sana tidak membawa kamera...hanya menggunakan kamera Handphone yang tak berapa canggih itu (hihihi) maka inilah hasilnya...huhuhu bolehla asal takde langsung ye tak...






Suasana di surau selepas solat Hari Raya Aidiladha.....2010
...ada makan-makan.......;)



...bye....


:: Tragedi Tanjung Balau ::


Tanggal 26hb-28hb November 2010..
kami sekeluarga pergi ke kota tinggi, johor
untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu
di perkampungan Felda Sening...

Kami telah menginap di Amani Homestay
di Taman Desaru Utama, Bandar Penawar dengan harga RM230 semalam..
perjalanan dari homestay ke rumah pengantin mengambil masa kira-kira 15-20 minit

Amani Homestay berdekatan dengan pusat peranginan Tanjung Balau,
Pelangi Balau Beach Resort, Desaru...etc..
pada awalnya kami telah booking semalam di Chalet Tanjung Balau
tapi bila melihat kepada keselesaan maka kami telah bertukar fikiran utk bermalam sahaja di Amani Homestay...sila layari http://amanihomestay.net/ untuk makluman..;)

Pada 26hb kira-kira jam 4.30ptg kami pergi ke Tanjung Balau untuk berehat-rehat sambil berhasrat untuk mandi pantai..
namun hasrat untuk mandi terpaksa dibatalkan dan atas arahan pihak keselamatan pantai..kenapa yer agaknya???

sebenarnya setibanya kami di pantai terdapat kumpulan penyelamat (BOMBA), POLIS dan AMBULAN di tepian darat pantai...rupa-rupanya ada tiga orang remaja lemas ketika mandi di pantai tersebut...
ketika kami di tepi pantai terlihat segerombolan manusia sedang berkumpul
apa yang dilihat adalah mayat salah seorang remaja yang lemas...
dua orang lagi tidak diketahui ke mana keberadaannya...
kemungkinan ada di dalam ambulan...mulanya berita yg kami dapat hanya 2 orang yang mati lemas tapi keesokkan harinya baru kami dapat tahu ada 3 orang yang lemas tetapi hanya 2 orang sahaja yang dapat diselamatkan....

terdapat segerombolan manusia di hujung sana..di situlah seorang mayat remaja yang mati lemas ditutupi plastik hitam

sepupu kami yang berada di pantai ketika itu turut melihat mayat yang terdampar di tepi pantai tersebut yang telah ditutup oleh plastik hitam..
buih2 kelihatan di sekitar mulut dan hidung mayat...al-Fatihah buat si mati...

peringatan buat semua..di musim hujan begini berhati-hatilah ketika mandi di pantai atau sebagainya...
dalam bergembira kena juga beringat akan bahaya sekitar kita...
salam takziah buat keluarga mangsa....

..end story..

permandangan di pantai Tanjung Balau...









Related Posts with Thumbnails