Ini adalah tanda-tanda yang menunjukkan pembagunan jiwa si anak tidak berkembang dengan seimbang sejak dari kecil lagi. Hasilnya sebahagian nilai murni termasuk rasa kasih dan simpati tidak dapat disempurnakan dengan baik oleh si anak apabila ia telah meningkat dewasa. Tidak disedari berapa tahun daripada usia kecilnya yang kurang mendapat perhatian telah mengubah jalan hidupnya sama sekali.
Seorang ulama pernah mengungkapkan:
“Sesungguhnya roh itu tumbuh dengan pendidikan yang lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana tubuh tumbuh dengan sumber pemakanan yang sihat. Dan sesungguhnya pertumbuhan tubuh mempunyai batas yang tak dapat dilewati, bahkan semakin menurun pada waktu tua, namun roh juga akan terus tumbuh dan berkembang hingga ajal menjelang.”
Demikianlah gambaran jasad batin si anak yang amat memerlukan asuhan serta pemerhatian yang seimbang daripada ibu dan bapanya. Asuhan yang penuh dengan kasih sayang dari kedua ibu bapa tersebut akan memberikan kesan yang besar kepada jiwa atau roh anak dan akan mula menjadikan anak itu juga ‘menjiwai’ sifat kasih sayang dalam diri mereka.
Kasih sayang tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan menjadi alat penting membina perasaan serta jiwa anak-anak. Anak yang mepunyai jiwa yang tenteram, optimis dan penuh rasa kasih lebih terdorong dan lebih bersemangat di dalam pelajaran. Tambahan dalam ia saat-saat menghadapi ujian peperiksaan, jiwa mereka akan lebih tenang, apatah lagi bila mana ‘roh’nya yang telah dibajai dengan nilai-nilai yang mulia, akan memudahkannya mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.
Ditunjukkan oleh Rasulullah s.aw. seperti diriwayat Bukhari dan Muslim, bahawa baginda mengakui menciumi anak-anak baginda,. kepada orang badawi yang tidak pernah mereka melakukannya kepada anak-anak mereka. Lantaran Rasulullah s.aw. bersabda,
“Saya tidak berdaya apa-apa seandainya Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu”.
Pernah Sayidatina Aisyah r,ha, suatu hari menerima tetamu seorang perempuan bersama dua orang anak-anaknya lalu diberikan olehnya tiga biji buah kurma. Lalu perempuan itu membahagikan dua bijik daripadanya kepada kedua-dua anaknya. Manakala setelah habis di makan, kurma bahagiannya lalu dibelah dua dan diserahkan pula kepada mereka. Saat itu pulang Rasulullah lalu diceritakan Aisyah akan peristiwa tersebut. Maka Rasulullah bersabda, “Apakah yang menghairankan dari hal tersebut. Ketahuilah bahawa sesunggunya Allah telah mengasihi perempuan itu sebagaimana dia telah mengasihi kedua-dua orang anaknya.”
Anjuran menunjukkan kasih sayang akan menjadi didikan semula bagi memupuk keperibadian yang menepati kehendak Allah s.w.t.
Rasulullah sering bergurau, bermain dan melayan karenah Sayidina Hasan dan Husin cucu baginda tanpa mengira darjat baginda sebagai seorang Rasul juga sebagai seorang pemimpin umah. Bahkan baginda juga pernah berlakon ibarat seekor kuda di hadapan mereka sebagai meluahkan perasaan kasih sayangnya dengan seikhlas hati kepada cucu-cucunya.
Ya, kasih sayang tidak dapat di curahkan sepenuhnya seandainya masih wujud halangan untuk ibu bapa merendahkan diri ketika melayan si anak.
Ketika Abu Sufyan menziarahi anaknya Muawiyah, terlihat olehnya seorang anak kecil iaitu cucunya sendiri sedang berbicara di atas badan Muawiyah yang sedang lena. Muawiyah menjelaskan bahawa dia mendengar ketika Rasulullah bersabda:
“Sesiapa memiliki anak berlakulah sebagai anak pula ketika berhadapan dan bercanda denganya.”
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. juga menganjurkan pemberian hadiah sebagai salah satu cara memindahkan rasa kasih dan sayang ibu bapa kepada anak.
Mungkin kita tidak menyedari usapan ataupun belaian ke kepala anak akan memberi kesan yang mendalam di jiwa serta perasaan mereka. Pengarang Muhd Nur Hafizh dalam bukunya Mendidik Anak Bersama Rasulullah (terjemahan Arab) mengatakan:
“Pada usapan tersebut anak akan dapat merasakan sesuatu yang mententeramkan hatinya dan akan timbul satu perasaan yang khusus ketika ia berasa dirinya diperhatikan, di belai, dilindungi dan dicintai oleh orang tuanya sendiri.”
Perhatian yang diberikan sangat penting untuk membuka hati anak agar si anak tersebut akan mudah menerima didikan daripada ibu bapa mereka kelak.
Cara kita menyambut dan meraikan anak-anak dengan layanan baik akan memberikan satu kesan yang besar dalam usaha ini. Contoh apabila ibu atau bapa kembali dari perjalanan ataupun bertemu setelah berjauhan untuk beberapa waktu. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. takala baginda pulang dari perjalanan iaitu dengan bertemu anak-anak dari kalangan ahlul bait (keluarga baginda) dengan sambutan yang mesra.
Rasa kasih dan sayang ibu bapa terbit daripada pertalian darah dengan anak-anak. Maka ia akan menjadi satu fitrah yang kekal dan kuat untuk disuburkan bersama. Namun rasa ini juga akan luntur seandai diabaikan dan tidak di beri perhatian dengan sebaik yang mampu kita lakukan sebenarnya.
Kepincangan lebih terasa apabila anak-anak mulai dewasa dalam zaman yang penuh dengan pancaroba. Bekalan kasih sayang yang di semai sejak dari kecil akan dapat mempersiapkan emosi anak-anak untuk mereka meneroka gelombang cabaran dengan lebih positif dan bersedia lagi.
Sesungguhnya, pada dia jua sumber kasih sejati lagi kekal abadi, yang sentiasa menerima hamba-hambaNYA yang meminta