*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Friday, July 30, 2010

-Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar-

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
____________________________________________________________________________
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mengatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


sumber:email

-Pesan Dato Dr. Fazilah Kamsah-



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

Jazakal lahu khairan

Tuesday, July 27, 2010

-Masalah berat badan-


Melihat testimoni di TV rancangan Pakar Kejelitaan tiba-tiba je tangan ni gatal menghantar sms ke London Weight Management..hehehe...tak sangka la plak respon yang diberi sungguh cepat dan menerima panggilan dari LWM sehari selepas sms dikirim..Bukan apa, rasanya berat badanku sudah bertambah dan struktur tubuh juga macam dah lain macam hihihi (faham2 je la)...ingatkan pihak LWM akan membalas sms sahaja rupanya dapat call terus..bila menerima panggilan tu terasa malu la plak nak menjawab dan banyak kali juga panggilan tidak diangkat...baru-baru ini sekali lagi menerima panggilan dr LWM kali ni tak bleh nak mengelak lah sbb dah terjawab panggilan..;)....aku diminta datang ke LWM yang berhampiran utk dapatkan sesi perlangsingan badan secara percuma untuk pertama kali..bila dgr percuma tu hehehe best la gak almaklumla...org tak berduit kan...;)...lama juga nak wat appoitment sbb memikirkan masa yg diambil untuk rawatan tersebut selama 3 jam..aduh! teringin sangat tapi risaukan anak plak...sedangkan ditinggalkan sekejap pun dah menangis tak berhenti inikan pula 3 jam...huhuu..nampaknya posponed lagi la appointment tu...sedang duduk2 melayan fb bukalah sekejap website LWM ni dan terdapat soalan2 yang rasanya cukup baik untuk dikongsikan bersama...jemputlah membacanya.....;)

1. Kata orang, jika anda gemuk semasa zaman kanak-kanak, jangan risau, itu hanyalah lemak bayi. Saya gemuk semasa saya seorang kanak-kanak tetapi saiz saya sekarang lebih besar daripada dulu! Kenapakah ini berlaku?
Teori lemak bayi hanyalah mitos dan tidak betul. Jika berat anda berlebihan semasa zaman kanak-kanak atau zaman remaja, puncanya ialah sel lemak yang banyak dan tersimpan dalam tubuh itu berkembang dan bertambah. Apabila sel lemak berkembang, paras haba yang tinggi boleh menyebabkan sel berkumpul bersama. Oleh itu, seseorang dengan berat yang berlebihan semasa kanak-kanak boleh kekal dalam keadaan itu semasa mereka meningkat dewasa. Ini merupakan perkara biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga keadaan berat anda dan pergi mendapatkan bantuan profesional secepat mungkin. Atasilah masalah berat berlebihan anda untuk menyelesaikan masalah kesihatan.

2. Adakah air akan menyebabkan berat saya bertambah kerana berat saya mudah meningkat?
Kebanyakan individu dengan berat badan yang berlebihan mengatakan bahawa meminum air boleh menjadikan mereka gemuk. Pembekalan air yang mencukupi pada tubuh boleh membantu dalam peredaran darah dan penyingkiran toksin. Meminum kira-kira 2000cc air setiap hari merupakan keperluan asas. Selain itu, air tidak akan menjejaskan berat anda kecuali pada masa anda sudah mengambilnya dan sebelum air itu disingkirkan daripada sistem. Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang berpegang teguh pada teori meminum air sebagai ganti kepada makanan pada setiap waktu makan pasti mendapati berat mereka akan bertambah kerana air bertukar menjadi sel lemak yang tidak diperlukan.

3. Adakah wanita lebih sukar untuk mengurangkan berat badan?
Berdasarkan struktur lelaki dan wanita yang sihat, wanita biasanya mempunyai sel lemak yang lebih banyak dalam tubuh mereka. Walaupun lelaki dan wanita itu mempunyai ketinggian dan berat yang sama, jumlah sel lemak dalam tubuh wanita adalah lebih banyak manakala isi padu ototnya adalah kurang berbanding dengan seorang lelaki. Jika isi padu otot adalah besar, kadar metabolisme akan menjadi lebih tinggi. Ini akan menjadikan sistem penghadaman berfungsi dengan lebih cepat. Oleh itu, lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding dengan wanita. Namun demikian, wanita masih boleh merangsang kadar metabolisme mereka, mengurangkan berat dan mendapatkan hasil yang diingini di bawah bimbingan pakar pengurusan berat.

4. Kenapakah perut merupakan tempat yang pertama menunjukkan tanda-tanda pertambahan berat?

Ramai profesional yang bekerja pun bersetuju bahawa bahagian yang paling mudah menggeleber ialah bahagian perut. Ini adalah disebabkan oleh ruang-ruang di antara abdomen. Ruang-ruang itu membolehkan sel lemak membesar dan berkembang. Selain itu, profesional-profesional yang bekerja ini selalu duduk tidak kira semasa mereka bekerja atau bermesyuarat.

Oleh itu, apabila terlalu banyak zarah makanan diserap oleh tubuh, sel lemak akan mula mengembang dari perut. Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan bantuan pakar pengurusan berat. Pakar akan membantu anda memiliki perut yang tegang dan kempis seperti yang diimpikan.

5. Jika ibu bapa menghadapi masalah berat berlebihan, adakah anak-anak mereka juga menghadapi masalah yang sama?
Menurut laporan, keturunan boleh menyebabkan masalah berat badan. Jika berat ibu bapa adalah ideal, peluang anak-anak mereka mengalami berat berlebihan hanyalah 9%. Walau bagaimanapun, jika salah seorang daripada ibu atau bapa menghadapi masalah berat badan, kebarangkalian anak-anak mereka menghadapi masalah berat berlebihan ialah 41% hingga 50%. Jika kedua-dua ibu bapa juga telah melepasi berat ideal mereka, kebarangkalian anak-anak mereka mengalami masalah berat berlebihan ialah 66% hingga 80%. Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan kesihatan mereka dan mereka juga bertanggungjawab memastikan bahawa anak-anak mereka membesar dengan sihat dan memiliki berat ideal.

6. Adakah pemakaian baju ketat boleh membantu saya mengurangkan berat?
Ramai wanita suka memakai baju ketat untuk menonjolkan susuk tubuh mereka. Ramai juga mempercayai bahawa pemakaian baju-baju ketat boleh membantu mereka mengurangkan berat badan. Sebenarnya, ini merupakan penyelesaian jangka pendek untuk mendapat susuk tubuh yang menawan. Sebaik sahaja baju ditanggalkan, badan anda akan kembali ke bentuk asal. Pemakaian baju yang terlalu ketat untuk tempoh yang terlalu panjang boleh melemahkan peredaran darah dan memberikan tekanan kepada organ dalaman. Dalam jangka masa yang panjang, peredaran darah akan terjejas dan sel lemak juga mudah terkumpul. Ini akan menyebabkan berat badan yang berlebihan. Kurangkanlah berat berlebihan itu dan kembalikan susuk tubuh anda yang menawan. Lakukannya dengan cara yang betul, iaitu dengan bantuan pakar pengurusan berat.

7. Saya telah pun mengurangkan berat badan saya tetapi kenapakah saya masih tidak mendapat susuk tubuh yang menawan?

Terdapat perbezaan yang besar antara badan yang langsing dengan susuk tubuh yang menawan dengan otot yang tegang. Potongan badan boleh ditegangkan, diton dan dibentuk. Jika badan mempunyai bahagian yang berisi, potongan badan tidak mudah ditonjolkan. Oleh itu, semasa pengurangan berat, penegangan dan pengetonan tubuh juga perlu diberi perhatian. Cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan mendapatkan bantuan pakar pengurusan berat.

8. Saya bekerja syif malam tetapi saya mengambil berat tentang jumlah makanan yang saya ambil. Kenapakah berat saya masih berlebihan?
Orang yang bekerja syif malam mempunyai leteran yang sama. Mereka tidak makan banyak tetapi berat mereka banyak bertambah. Apakah puncanya? Puncanya ialah orang yang bekerja pada waktu malam biasanya makan malam sebelum mereka pergi bekerja. Walau bagaimanapun, badan lebih mudah membakar lemak sebelum pukul 3 hingga 4 petang. Sebaik sahaja masa itu berlalu, kadar metabolisme akan mula menurun. Ini akan menyebabkan zarah-zarah makanan menjadi sel lemak dan lama-kelamaan tersimpan di seluruh badan.

9. Bilakah waktu makan malam dikira lewat?
Jika waktu makan malam anda adalah pada lewat malam, itu boleh menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Sebenarnya, pengambilan makanan 3 jam sebelum waktu tidur adalah paling ideal. Jumlah pencernaan ketika anda tidur adalah lebih sedikit berbanding dengan anda bangun dari tidur. Oleh itu, pengambilan makanan hampir dengan masa tidur mudah menyebabkan berat anda meningkat. Selain itu, cara hidup setiap individu adalah berbeza. Ini bermakna puncanya bukanlah waktu makan sahaja tetapi sama ada makanan dicerna dengan sempurna. Makanan perlulah dicerna dengan sempurna 3 jam sebelum waktu tidur untuk memastikan jumlah masa untuk pencernaan semua zarah makanan adalah mencukupi.

10. Benarkah sel lemak lebih mudah terkumpul pada sesetengah bahagian tubuh?
Tubuh kita mempunyai daya ketahanan semula jadi. Oleh itu, sel lemak lebih banyak berkumpul pada sesetengah bahagian tubuh, misalnya bahagian perut. Umumnya, bahagian bawah tubuh mempunyai lebih banyak sel lemak daripada bahagian atas tubuh. Bahagian yang mempunyai paling banyak sel lemak terkumpul ialah perut. Ini diikuti dengan paha dan punggung. Itulah puncanya bahagian bawah tubuh kebanyakan orang lebih berisi. Oleh itu, bahagian bawah tubuh perlu diberi perhatian. Tindakan yang sesuai perlu diambil dengan serta-merta.

Tuesday, July 20, 2010

-Doa perlindungan untuk anak-anak-

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:




"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)".





-Keluarga @ family-


"Call it a clan, call it a network, call it a tribe, call it a family: Whatever you call it, whoever you are, you need one."
~Jane Howard


"The family unit plays a critical role in our society and in the training of the generation to come."
~Sandra Day O’connor

Friday, July 16, 2010

-Doa Hari Lahir-

Alhamdulillah atas segala nikmat dan anugerah yang Engkau kurniakan kepadaku..



~Doa di hari lahirku~

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima Kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yanng Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf dalam menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut di saat-sat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus aku mengadu..Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh dari kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin jadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.Dalam usia yang semakin jauh ini... aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahim. Dalam usia senja ini..aku ingin sekali menyahur seruan KaabahMu Ya Malik. Dalam usia ubanan ini...yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekyusukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin, pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al-Quddus, sebagai hambaMu yang hina dina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna..tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratMu dengan mudah dan tenang tanpa cela.

Ya Al-Hakim, berikanlah ilham kepadaku agar aku terus mampu berkarya..agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan aku bijaksana agar aku mampu terus memacu dalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Yang Maha Besar...peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini...

Amin Ya Rabbal A'lamin...
.........................................................................

Sekalung ucapan terima kasih jua kukirimkan buat semua yang memberi ucap selamat pada hari lahirku..semoga kalian sentiasa berada di bawah lindunganNya..



Wednesday, July 14, 2010

-Sajak Palestin-

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta

Siapakah kita berbanding mereka?


--SIDDIQAH--

Tuesday, July 13, 2010

-Jenis kereta mengikut peringkat umur (Renungan bersama)-

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)


baby walker

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )

keta tolak (stroller)

Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)

keta mainan

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)

keta kontrol biasa-biasa aje

Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)

keta kontrol berjenama

Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket)

keta mini...keta sport...MPV. ,SUV..sedan

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)

keta berkerusi roda

Peringkat akhir.....pabila tiba masanya

keta jenazah

Friday, July 9, 2010

-Isra' Mi'raj-

Darihal Isra' Mikraj

Isra' Mikraj adalah antara proses kematangan kerohanian Rasulullah s.a.w dalam menempuh perjuangan baginda. Ketika ini, seluruh tubuhnya dibalut keletihan. Jiwanya dibungkus keresahan.

Letih, lesu dan resah gelisah yang berkubang di jiwa raganya dipendam bersendirian saat mengenang apakah lagi malang nasib yang jatuh ke atasnya bertimpa-timpa pada masa-masa yang akan datang.

Khadijah, saudagar wanita, penyokong sendi kekuatannya telah wafat. Abu Talib, bapa saudaranya, tonggak perjuangan dan penampan kepada serangan kafir Quraisy telah pun pergi meninggalkannya.Selama ini, rasa segan terhadap Abu Talib dalam kalangan musyrikin itulah yang menyelamatkannya daripada serangan yang berlaku akibat dakwah itu.

Bermodalkan kedudukannya sebagai anak saudara Abu Talib, maka tiada sesiapa pun yang berani menyentuh baginda.Tetapi keadaan telah berubah kini. Dengan kewafatan Khadijah disusuli pemergian Abu Talib, akar tunjang dan tonggak kekuatan lambang keutuhan perjuangan dakwah
baginda telah hilang.

Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni). Bayangkan, bagaimana baginda dapat menempuh kehidupan ini bersendirian dengan Fatimah yang masih kecil. Apalah sangat yang mampu dilaksanakan gadis sekecil itu melainkan dengan menyapu najis unta yang dilumurkan ke atas kepala baginda ketika sedang bersujud di depan Kaabah.

Allah maha besar! Allah maha berkuasa. Tidak sesekali Dia meninggalkan kekasihNya dihimpit derita itu bersendirian. Sudahlah ketika kecilnya dia kehilangan bapa ketika masih dalam kandungan, malah al-Amin juga ditinggalkan oleh ibu dan datuknya ketika masih kecil.Kini, menjelang dewasa, ketika dia diarahkan Tuhan untuk menyebarkan dakwah, maka dia diuji dengan rasa bersendirian menanggung bebanan dakwah ini.

Bagi tujuan menghibur baginda, dan atas tujuan mengingatkan pertalian perjuangan risalah ini yang ada kaitan dengan perjuangan nabi terdahulu,maka itulah antara sebabnya kenapa baginda dijemput Tuhan ke langit tertinggi.Isra' Mi'raj adalah suatu peristiwa yang teragung dalam bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabat,beramai-ramai ke Madinah.

Ertinya, Isra' Mi'raj adalah 'turning point', titik permulaan Islam mula bertapak di Mekah, solat mula diisytiharkan sebagai suatu amalan dan ketika itu hidup Muslimin penuh dengan riwayat sengsara dan gangguan sehingga memaksa mereka mencari perlindungan di Madinah. Lalu, dengan itu terbentuklah sebuah Negara Islam yang pertama di dunia.

Ini kerana, sejurus kembalinya baginda membawa khabar berita, gambaran peristiwa langit, maka baginda dicela Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Bermula saat itu, tekanan ke atas baginda telah bermula. Itu perkara yang pertama.

Yang kedua, Isra' Mi'raj adalah satu 'turning point' di mana Islam itu terasas dengan begitu kukuh oleh kerana telah termaktub suatu resolusi dari langit mengenai kefardhuan solat yang mana sebelum itu, solat belum lagi diperkukuhkan sebagai suatu amalan yang wajib.

Tiga pihak, dua kejadian

Resolusi mengenai kewajipan solat itu melibatkan tiga pihak, dua kejadian. Pihak yang terlibat dalam hal 'mewajibkan' solat itu ialah Allah s.w.t,Nabi Musa a.s yang berunding dengan Rasulullah s.a.w dan hasil ulang-alik Nabi Muhammad s.a.w menemui Allah s.w.t untuk mengurangkan jumlah bilangan solat fardhu tersebut.

Selain itu, dua peristiwa yang menyebabkan timbul rasa ghairah supaya diwujudkan suatu mekanisme perhubungan langsung antara manusia dengan penciptaNya, ialah kerana baginda telah menyaksikan gelagat para malaikat yang telah bersujud, rukuk kepada Tuhan dengan lain-lain perbuatan yang mirip kepada solat hari ini.

Peristiwa kedua, ialah ketika Nabi Muhammad s.a.w sendiri diangkat menjadi imam untuk mengerjakan solat di mana para makmum di belakangnya adalah nabi-nabi yang terdahulu sebelum baginda.Lalu, terfikir di benak baginda, alangkah baiknya jika diwujudkan suatu mekanisme yang menyebabkan manusia sentiasa dapat berhubung dengan Tuhannya lewat ibadat tersebut.

Keghairahan Rasulullah s.a.w mengenai solat itu tergambar ketika hampir tiba saatnya baginda wafat. Di bibir baginda hampir tidak lekang menyebutkan, "Ummati.. as-Solah.." (Umatku.. sembahyang..)

Betapa tidak! Nabi Muhammad s.a.w telah naik ke langit menyaksikan malaikat bersujud hingga baginda tentang bagaimana mahu umatnya bersujud sebegitu rupa dengan tempoh lama dan penuh semangat.Tetapi, amalan berat seperti solat ini telah diminta dikurangi oleh Musa a.s apabila nabi itu teringatkan pengalaman Bani Israel yang berat menerima perintah solat tersebut.

Sebab itu, kita dapatlah memahami kenapa sampai begitu tebal sekali baginda mengingatkan hal tersebut kepada umatnya berhubung solat, hatta ketika hampir wafat sekali pun. Tidaklah disebut hal zakat, puasa dan lain-lainnya, melainkan solat itulah yang kerap diperingatkan baginda.

Pembebasan Palestin

"Maha suci Allah yang membawa hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa (Palestin) yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah juga yang amat mengetahuinya." (Surah al-Isra': 1)

Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w diarah Jibril agar berhenti, bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan).

Unsur kesengajaan memang wujud di sini walaupun dalam nas di atas, hanya perihal Israk sahaja yang dihebahkan Tuhan. Langsung sahaja Tuhan menyebut tempat berlepas Rasulullah s.a.w itu dari Masjidil Aqsa yang kini berada dalam tahanan Yahudi Zionis.

Seolah-olah Tuhan mahu beritahu kita sesuatu, apakah tindakan kita untuk membebaskan Masjid al-Aqsa? Sebagai Muslimin individu yang terhad kuasanya, kita mungkin boleh diampunkan dengan sebab kita telah mengeluarkan wang ringgit untuk membantu seadanya, termasuk menggesa negara berbuat sesuatu tanpa melibatkan PBB.

Yang patut menjawab di hadapan Allah s.w.t kelak ialah para pemimpin negara Islam yang tunduk berdiam diri dan hanya bertawakal kepada PBB untuk menyelesaikan kemelut berkenaan. Syahadan, mungkin tak perlu diletakkan perihal mi'raj ke langit oleh sebab langit itu tiada nama yang khusus seperti halnya di bumi. Tapi, sengaja disebutkan Masjidil Aqsa guna menyentuh hati nurani Muslim agar peka ke atas pergolakan di sana yang berombak dengan lautan darah dan membadai dengan air mata.

Pada zaman ini, kita boleh saja menaiki pesawat terbang ke udara. Perihal naik ke udara itu tidak perlulah ditekankan sangat sebab kawasan langit dan laluan udara tempat laluan pesawat itu tidak penting sangat untuk diketahui.Yang penting diketahui adalah tempat di mana pesawat kita mahu berlepas (departure) dan tempat di manakah pesawat itu bakal mendarat (landing). Ertinya, terbang ke awan itu sudah diketahui umum,tapi yang diperkirakan orang ketika mahu berpergian ke mana-mana ialah
di tempat mana pesawat mereka mahu berlepas dan di tempat mana ia akan mendarat.

Sebab itu, kita jangan hairan kenapa nas itu tidak menghebahkan soal mi'raj, sebaliknya cuma menyebut tempat berlepas ketika Isra' (berjalan malam). Tuhan menyebutkan Masjidil Aqsa itu bererti, tempat itu amat penting dan bernilai.Sebagai termaklum, selepas peristiwa Isra' Mi'raj,solat difardhukan. Tempoh daripada kisah itu hingga penghijrahan ke Madinah memakan masa selama setahun. Dan, ketika di Madinah juga,Muslimin masih berkiblat kepada Masjidil Aqsa.

Maka, sebelum mendapat arahan bahawa Muslimin wajib solat fardhu lima waktu, Nabi Muhammad s.a.w diminta 'berkenalan' terlebih dahulu dengan kiblat pertama kita di Baitul Maqdis itu, sebuah daerah kelahiran Nabi Isa a.s dan tempat Nabi Musa a.s menempatkan Bani Israel dalam sebuah negara merdeka dalam riwayat-riwayat terakhir perjuangan dakwahnya.

Maka, sejurus tibanya baginda ke Mekah, ketika itulah bermulanya solat dengan kiblat terarah ke Masjidil Aqsa; kiblat pertama yang mana Nabi Muhammad s.a.w telah diperkenalkan terlebih dahulu dengannya sebelum ini.Seolah-olahnya, sebelum menerima perintah solat yang wajib itu,Tuhan juga mahu berbicara kepada kekasihnya, "Inilah nantinya yang akan menjadi kiblat umatmu kelak!"

Mirip kisah tarbiyah Musa - Khidhir

Perjalanan kerohanian Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril a.s itu mirip kepada tarbiyah Khidhir a.s ke atas Musa a.s dalam surah al-Kahfi. Dalam perjalanan, ada saja penglihatan yang terbentang dan pengajaran yang baginda lihat.Di riwayatkan bahawa baginda telah menyaksikan golongan yang sedang bertani dam terus menuaikan hasil pertaniannya.

Baginda juga menyaksikan tempat berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, kaum sedang memecahkan kepala, kaum yang menutup kemaluan dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah berbau busuk.

Rasulullah dibawa ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim yang sedang berada di Baitul Ma'mur bersama beberapa kaumnya.

Rasulullah s.a.w juga melihat golongan yang sedang menanggung satu bebanan. Ketika bebanan itu berat, mereka menambah lagi bebanan itu sehingga mereka tidak terdaya lagi menanggungnya.

Demikian iktibar ke atas penguasa yang tidak kuat menanggung amanah rakyat, tapi masih sanggup lagi menanggung amanah rakyat yang akhirnya menyebabkan mereka menderita azab yang parah di akhirat kelak.Demi sesungguhnya, iktibar dan pengajaran Isra' Mi'raj ini tak akan sampai tamat diulas kerana falsafahnya sangatlah kaya sekali sehinggakan kita tidak akan jemu-jemu meneliti kisah ini.

Sebuah kisah yang sarat dengan inti pengajaran dan padat dengan iktibar khususnya kepada pemerintah yang masih enggan menginsafi segala kejahatan yang dilakukannya selama ini sehingga mengundang musibah besar ke atas rakyatnya pula.

sumber:http://groups.yahoo.com/group/Taman2Syurga/message/6655

-Kapal Rachel Corrie-


Pernah dengar pasal kapal Rachel Corrie yang akan belayar untuk menghantar bantuan ke Gaza...Ni cerita asal usul nama kapal berkenaan....
--------------------------------------------------------------------------------
Perjuangan Sedunia untuk Palestin



Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?



Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).



Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.



Sebelum dilanggar



Selepas dilanggar

Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.



Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.



Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.




sumber: email

Thursday, July 8, 2010

-Jangan kata "JANGAN"-



Kita selalu dengar, pakar motivasi kata…Jangan Kata “JANGAN” di Hadapan Anak

“Uzair, JANGAN panjat!! Nanti jatuh...”

“Fatimah, JANGAN pegang telur tu!! Nanti pecah! Telur sekarang mahal tau!”

“Aiman, JANGAN main kat luar!! Hari panas ni, nanti hitam..”


JANGAN buat itu… JANGAN buat ini…JANGAN, JANGAN,

JANGAAAAN!!!

Apa sebenarnya yang terjadi jika kita “jangan” di hadapan anak kita?

Jangan fikir tentang bola. Saya tahu..anda baru sahaja fikirkan tentangnya bukan? Ini kerana, setiap kali kita menyebut “jangan”, minda bawah sedar kita akan menapis perkataan “jangan”. Minda tidak akan menangkap perkataan “jangan” tetapi ia akan menangkap perkataan selepas jangan.

“Uzair, JANGAN panjat!! “

Apa yang terjadi? Uzair akan panjat ke tempat yang lebih tinggi.

“Fatimah, JANGAN pegang telur tu!! Nanti pecah!

Fatimah akan ambil bukan 1 biji telur, malah 2 biji telur. Dan tak lama kemudian, ting! telur pun pecah!

Ini kerana;

“The Law of Attraction responds the same way you mind does: It hears what you DON’T want. When you hear yourself make a statement containing the words don’t, not or no, you are actually giving attention and energy to what you DON’T want“ (Michael J. Losier)

Dan perkara ini merupakan Sunnatullah;

Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…” (H.R Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dll)

Bila kita cakap dan fikir, “nanti jatuh”, maka anak kita akan jatuh.

Bila kita cakap dan fikir,”nanti pecah”, maka barang yang disentuh anak kita akan pecah.

Jadi, untuk mengelakkan diri daripada berkata “jangan”, tanya diri kita, apa yang kita mahu anak kita lakukan?

Perhatikan,selepas pertanyaan tersebut dibuat, ayat kita akan berubah.

“Jangan panjat!” diganti dengan “Turun ke bawah, sayang”

“Jangan pegang!” diganti dengan “Letak balik barang itu ke tempatnya dengan berhati-hati”

Tapi….

Kita semua ibubapa. Dan kita akui bahawa betapa susahnya untuk mengelakkan diri daripada berkata JANGAN. Oleh itu, pastikan, selepas kita ter-sebut perkataan “jangan”, kita beritahu anak-anak, apakah yang harus mereka lakukan.

Beritahu mereka cara yang lebih baik yang dapat mereka lakukan atau alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang lain yang lebih menarik.

Contoh ayat untuk memberitahu cara yang lebih baik:

“Pandai Fatimah tolong Ummi. Sayang ambil mangkuk ini. Masukkan semua telur dalam mangkuk dan bawakan kepada Ummi”

Contoh ayat untuk alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang lain:

“Uzair, mari turun ke bawah, nak. Ummi masak something special untuk Uzair. Marilah ke dapur sama-sama dengan Ummi”

“Aiman, mari masuk dalam. Tak best lah main kat luar sekarang. Panas kan? Nanti petang ni bila dah sejuk sikit, Ummi bawa Aiman pergi taman permainan. Nak tak?”

Sejuk hati bila anak-anak mendengar kata-kata yang baik dan berhikmah daripada ibubapanya. Mereka bukan tidak mahu mendengar kata, tetapi, adakalanya cara kita menegur tidak sesuai dengan tahap psikologi mereka.

Mari kita istighfar kepada Allah seandainya kesilapan kata-kata kita telah membentuk kejahatan dalam diri anak-anak-anak. Mohon doa daripada Allah, agar menjadikan kita ibubapa yang soleh dan solehah.

Ibubapa yang soleh akan melahirkan anak-anak yang soleh.

InsyaAllah!

sumber:
AnakkuSoleh.com

-If You Think-

Are you content with what you have?

If you think you are unhappy, look at them



If you think your salary is low, how about her?



If you think you don't have many friends...



When you feel like giving up, think of this man



If you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?



If you complain about your transport system, how about them?



If your society is unfair to you, how about her?



This email needs to circulate forever...:


















Related Posts with Thumbnails