.....Mari Kita Solat.....
Tuesday, July 27, 2010
-Masalah berat badan-
Melihat testimoni di TV rancangan Pakar Kejelitaan tiba-tiba je tangan ni gatal menghantar sms ke London Weight Management..hehehe...tak sangka la plak respon yang diberi sungguh cepat dan menerima panggilan dari LWM sehari selepas sms dikirim..Bukan apa, rasanya berat badanku sudah bertambah dan struktur tubuh juga macam dah lain macam hihihi (faham2 je la)...ingatkan pihak LWM akan membalas sms sahaja rupanya dapat call terus..bila menerima panggilan tu terasa malu la plak nak menjawab dan banyak kali juga panggilan tidak diangkat...baru-baru ini sekali lagi menerima panggilan dr LWM kali ni tak bleh nak mengelak lah sbb dah terjawab panggilan..;)....aku diminta datang ke LWM yang berhampiran utk dapatkan sesi perlangsingan badan secara percuma untuk pertama kali..bila dgr percuma tu hehehe best la gak almaklumla...org tak berduit kan...;)...lama juga nak wat appoitment sbb memikirkan masa yg diambil untuk rawatan tersebut selama 3 jam..aduh! teringin sangat tapi risaukan anak plak...sedangkan ditinggalkan sekejap pun dah menangis tak berhenti inikan pula 3 jam...huhuu..nampaknya posponed lagi la appointment tu...sedang duduk2 melayan fb bukalah sekejap website LWM ni dan terdapat soalan2 yang rasanya cukup baik untuk dikongsikan bersama...jemputlah membacanya.....;)
1. Kata orang, jika anda gemuk semasa zaman kanak-kanak, jangan risau, itu hanyalah lemak bayi. Saya gemuk semasa saya seorang kanak-kanak tetapi saiz saya sekarang lebih besar daripada dulu! Kenapakah ini berlaku?
Teori lemak bayi hanyalah mitos dan tidak betul. Jika berat anda berlebihan semasa zaman kanak-kanak atau zaman remaja, puncanya ialah sel lemak yang banyak dan tersimpan dalam tubuh itu berkembang dan bertambah. Apabila sel lemak berkembang, paras haba yang tinggi boleh menyebabkan sel berkumpul bersama. Oleh itu, seseorang dengan berat yang berlebihan semasa kanak-kanak boleh kekal dalam keadaan itu semasa mereka meningkat dewasa. Ini merupakan perkara biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga keadaan berat anda dan pergi mendapatkan bantuan profesional secepat mungkin. Atasilah masalah berat berlebihan anda untuk menyelesaikan masalah kesihatan.
2. Adakah air akan menyebabkan berat saya bertambah kerana berat saya mudah meningkat?
Kebanyakan individu dengan berat badan yang berlebihan mengatakan bahawa meminum air boleh menjadikan mereka gemuk. Pembekalan air yang mencukupi pada tubuh boleh membantu dalam peredaran darah dan penyingkiran toksin. Meminum kira-kira 2000cc air setiap hari merupakan keperluan asas. Selain itu, air tidak akan menjejaskan berat anda kecuali pada masa anda sudah mengambilnya dan sebelum air itu disingkirkan daripada sistem. Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang berpegang teguh pada teori meminum air sebagai ganti kepada makanan pada setiap waktu makan pasti mendapati berat mereka akan bertambah kerana air bertukar menjadi sel lemak yang tidak diperlukan.
3. Adakah wanita lebih sukar untuk mengurangkan berat badan?
Berdasarkan struktur lelaki dan wanita yang sihat, wanita biasanya mempunyai sel lemak yang lebih banyak dalam tubuh mereka. Walaupun lelaki dan wanita itu mempunyai ketinggian dan berat yang sama, jumlah sel lemak dalam tubuh wanita adalah lebih banyak manakala isi padu ototnya adalah kurang berbanding dengan seorang lelaki. Jika isi padu otot adalah besar, kadar metabolisme akan menjadi lebih tinggi. Ini akan menjadikan sistem penghadaman berfungsi dengan lebih cepat. Oleh itu, lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding dengan wanita. Namun demikian, wanita masih boleh merangsang kadar metabolisme mereka, mengurangkan berat dan mendapatkan hasil yang diingini di bawah bimbingan pakar pengurusan berat.
4. Kenapakah perut merupakan tempat yang pertama menunjukkan tanda-tanda pertambahan berat?
Ramai profesional yang bekerja pun bersetuju bahawa bahagian yang paling mudah menggeleber ialah bahagian perut. Ini adalah disebabkan oleh ruang-ruang di antara abdomen. Ruang-ruang itu membolehkan sel lemak membesar dan berkembang. Selain itu, profesional-profesional yang bekerja ini selalu duduk tidak kira semasa mereka bekerja atau bermesyuarat.
Oleh itu, apabila terlalu banyak zarah makanan diserap oleh tubuh, sel lemak akan mula mengembang dari perut. Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mendapatkan bantuan pakar pengurusan berat. Pakar akan membantu anda memiliki perut yang tegang dan kempis seperti yang diimpikan.
5. Jika ibu bapa menghadapi masalah berat berlebihan, adakah anak-anak mereka juga menghadapi masalah yang sama?
Menurut laporan, keturunan boleh menyebabkan masalah berat badan. Jika berat ibu bapa adalah ideal, peluang anak-anak mereka mengalami berat berlebihan hanyalah 9%. Walau bagaimanapun, jika salah seorang daripada ibu atau bapa menghadapi masalah berat badan, kebarangkalian anak-anak mereka menghadapi masalah berat berlebihan ialah 41% hingga 50%. Jika kedua-dua ibu bapa juga telah melepasi berat ideal mereka, kebarangkalian anak-anak mereka mengalami masalah berat berlebihan ialah 66% hingga 80%. Kesimpulannya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan kesihatan mereka dan mereka juga bertanggungjawab memastikan bahawa anak-anak mereka membesar dengan sihat dan memiliki berat ideal.
6. Adakah pemakaian baju ketat boleh membantu saya mengurangkan berat?
Ramai wanita suka memakai baju ketat untuk menonjolkan susuk tubuh mereka. Ramai juga mempercayai bahawa pemakaian baju-baju ketat boleh membantu mereka mengurangkan berat badan. Sebenarnya, ini merupakan penyelesaian jangka pendek untuk mendapat susuk tubuh yang menawan. Sebaik sahaja baju ditanggalkan, badan anda akan kembali ke bentuk asal. Pemakaian baju yang terlalu ketat untuk tempoh yang terlalu panjang boleh melemahkan peredaran darah dan memberikan tekanan kepada organ dalaman. Dalam jangka masa yang panjang, peredaran darah akan terjejas dan sel lemak juga mudah terkumpul. Ini akan menyebabkan berat badan yang berlebihan. Kurangkanlah berat berlebihan itu dan kembalikan susuk tubuh anda yang menawan. Lakukannya dengan cara yang betul, iaitu dengan bantuan pakar pengurusan berat.
7. Saya telah pun mengurangkan berat badan saya tetapi kenapakah saya masih tidak mendapat susuk tubuh yang menawan?
Terdapat perbezaan yang besar antara badan yang langsing dengan susuk tubuh yang menawan dengan otot yang tegang. Potongan badan boleh ditegangkan, diton dan dibentuk. Jika badan mempunyai bahagian yang berisi, potongan badan tidak mudah ditonjolkan. Oleh itu, semasa pengurangan berat, penegangan dan pengetonan tubuh juga perlu diberi perhatian. Cara yang terbaik untuk melakukannya adalah dengan mendapatkan bantuan pakar pengurusan berat.
8. Saya bekerja syif malam tetapi saya mengambil berat tentang jumlah makanan yang saya ambil. Kenapakah berat saya masih berlebihan?
Orang yang bekerja syif malam mempunyai leteran yang sama. Mereka tidak makan banyak tetapi berat mereka banyak bertambah. Apakah puncanya? Puncanya ialah orang yang bekerja pada waktu malam biasanya makan malam sebelum mereka pergi bekerja. Walau bagaimanapun, badan lebih mudah membakar lemak sebelum pukul 3 hingga 4 petang. Sebaik sahaja masa itu berlalu, kadar metabolisme akan mula menurun. Ini akan menyebabkan zarah-zarah makanan menjadi sel lemak dan lama-kelamaan tersimpan di seluruh badan.
9. Bilakah waktu makan malam dikira lewat?
Jika waktu makan malam anda adalah pada lewat malam, itu boleh menjadi salah satu punca utama yang menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Sebenarnya, pengambilan makanan 3 jam sebelum waktu tidur adalah paling ideal. Jumlah pencernaan ketika anda tidur adalah lebih sedikit berbanding dengan anda bangun dari tidur. Oleh itu, pengambilan makanan hampir dengan masa tidur mudah menyebabkan berat anda meningkat. Selain itu, cara hidup setiap individu adalah berbeza. Ini bermakna puncanya bukanlah waktu makan sahaja tetapi sama ada makanan dicerna dengan sempurna. Makanan perlulah dicerna dengan sempurna 3 jam sebelum waktu tidur untuk memastikan jumlah masa untuk pencernaan semua zarah makanan adalah mencukupi.
10. Benarkah sel lemak lebih mudah terkumpul pada sesetengah bahagian tubuh?
Tubuh kita mempunyai daya ketahanan semula jadi. Oleh itu, sel lemak lebih banyak berkumpul pada sesetengah bahagian tubuh, misalnya bahagian perut. Umumnya, bahagian bawah tubuh mempunyai lebih banyak sel lemak daripada bahagian atas tubuh. Bahagian yang mempunyai paling banyak sel lemak terkumpul ialah perut. Ini diikuti dengan paha dan punggung. Itulah puncanya bahagian bawah tubuh kebanyakan orang lebih berisi. Oleh itu, bahagian bawah tubuh perlu diberi perhatian. Tindakan yang sesuai perlu diambil dengan serta-merta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment