*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Wednesday, September 8, 2010

= Jangan Lupa Tunai Fitrah =

Anda sudah tunaikan Zakat Fitrah? Jika belum tunaikan segera selagi waktu masih ada....

Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi S.A.W memfardhukan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan ke atas setiap manusia Muslim (tidak kira hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, kecil atau besar) yang dikeluarkan sebanyak segantang tamar atau makanan ruji. (hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis ini, dapat kita fahami bahawa zakat fitrah atau dikenali juga dengan zakat badan ini wajib dikeluarkan oleh setiap umat Islam. Cuma para fuqaha menetapkan yang afdal menunaikan fitrah ialah orang yang wajib atasnya memberi nafkah seperti suami, bapa atau atuk yang menjaga dan membesarkan cucunya. Secara mudahnya org bertanggungjawab menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga adalah tertakluk kepada kewajipan menunaikan fitrah bagi tanggungannya. Namun, zakat ini wajib ditunaikan oleh setiap individu lelaki, perempuan tua atau muda, kecil mahupun besar.

Ulama berpendapat, jika seseorang itu hidup pada bulan Ramadhan tetapi mati sebelum sampai waktu wajib menunaikan fitrah iaitu dari terbenam matahari hinggalah solat sunat Aidilfitri, mereka ini tidak wajib membayar fitrah. Bagi mereka yang hidup pada Ramadhan dan sempat sampai ke waktu wajib walaupun berada di dalamnya sekejap contohnya beberapa minit pada waktu Maghrib malam 1 Syawal, golongan ini wajib menunaikan fitrah. Manakala setiap anak yang dilahirkan pada akhir Ramadhan iaitu sebelum waktu Maghrib terakhir Ramadhan, golongan ini juga wajib dikeluarkan zakat fitrahnya. Tetapi jika anak tersebut lahir selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan maka tidak wajib baginya fitrah.

Janganlah dilengahkan zakat fitrah. Para petugas zakat dan baitulmal sentiasa bersedia sehinggalah ke pintu pejabat anda untuk memberikan khidmat yang tidak berbelah bagi. Daripada Ibnu Abbas, Baginda s.a.w. bersabda, "Difardukan zakat fitrah untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan bersifat dusta, ia juga sebagai makanan dan kelazatan kepada fakir miskin. bagi sesiapa yang menunaikannya sebelum solat aidilfitri maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya selepas daripada itu, ia hanyalah sedekah". (Riwayat Abu daud dan Ibnu Majah).

Selamat berzakat dan menyempurnakan Ihya' Ramadhan!.


Majalah I (september 2010)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails