*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Monday, January 3, 2011

.:: Minggu yang lesu ::.


Alhamdulillah bertemu lagi kita di tahun 2011
moga tahun baru ini dipenuhi dengan azam dan impian yang tinggi yang mampu digapai bukan setakat angan-angan kosong...

minggu-minggu akhir 2010 aku dan anak mendapat demam panas yang disertai dengan batuk dan selsema..
betul2 menguji iman dan kesabaran..mana satu nak melayan sakit sendiri dan melayan sakit anak...
pertama kali mendapat demam yang agak teruk...sakit seluruh badan...nak bangun pun tak terdaya hanya Tuhan yang Maha Mengetahui...
solat? solat tetap solat tp apakan daya terpaksa duduk jika berdiri pasti rebah..itulah besarnya ujian dan dugaan yg terpaksa ditempuhi...



alhamdulillah suami tidak berjangkit dengan virus kami dan terharu dengan keprihatinan beliau yang menjaga kami 2 beranak...
2 hari terpaksa pulang awal kerana aku sendiri tak terdaya nak menjaga anak yang juga sedang sakit...itulah pengorbanan suami buat isteri...
Terima Kasih yang tidak terhingga buatmu Abang...semoga diberi kesihatan yang berpanjangan...amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails