*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Thursday, August 26, 2010

~* Bibir segar, biarpun berpuasa *~

Bulan Ramadan sudah memasuki minggu kedua, selain menahan lapar dan dahaga, kulit juga mengalami sedikit perubahan. Antaranya, kulit yang berseri kini agak pucat dan tidak bermaya. Selain itu, masalah lain yang terpaksa di hadapi sesetengah wanita adalah bibir kering dan pecah-pecah. Ini kerana, tubuh kekurangan air. Lantas, tubuh yang kehilangan air akan membuatkan bibir menjadi kering.


Seperti kita sedia maklum, selain wajah, bibir yang menarik dan sihat menjadi tunjang dalam kecantikan wajah. Oleh yang demikian, kesihatan bibir perlu dijaga. Bibir yang pecah menyebabkan lipstik yang dipakai tidak melekat dengan baik, sedikit sebanyak mengganggu penampilan. Bagi mengatasi masalah bibir kering dan pecah-pecah, ketahui apa penyebab bibir kering dan pecah-pecah. Antaranya, pencemaran udara dan debu, perubahan suhu, kebiasaan minuman berkafien, kurangnya pengambilan bush atau sayuran, kurang minum air, kebiasaan menjilat bibir dengan air liur dan banyak lagi.

Untuk mengatasi masalah bibir kering atau pecah-pecah, beberapa langkah boleh dilakukan. Antaranya:
• Penggunaan lipbalm yang mengandungi pelembap dan pelindung dari sinaran matahari.
• Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab bibir kering. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan bagi menjaga kelembapan bibir terutama bagi anda yang melakukan aktiviti seharian.
• Sebaiknya, pilih lipstik yang sesuai dan mengandung pelembap. Selain itu, pastikan juga anda segera membersihkan sisa lipstik sebelum tidur tidak kira sama ada bulan puasa mahupun hari-hari biasa.
• Untuk mencuci sisa lipstik tidak susah, memadai anda menggunakan berus gigi yang lembut dan scrub bibir untuk memberus bibir selama beberapa minit. Selain itu, anda juga boleh menggunakan tuala lembut yang dicelup ke dalam air suam untuk membersihkan bibir.
• Ketika membeli barangan kosmetik, perhatikan kandungannya terlebih dahulu. Pilih kosmetik atau lipstik yang mengandung emollient dan dari bahan semula jadi serta mengandungi pelembap.
• Membasahi bibir dengan kaedah menjilat bibir tidak digalakkan kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang dapat menyebabkan iritasi pada bibir sehingga bibir akan semakin kering.
• Jauhi gaya hidup merokok. Ketika bulan puasa inilah masanya untuk anda menjalankan misi untuk meninggalkan terus tabiat merokok. Selain mendatangkan kesan buruk pada kesihatan tubuh, bahan kimia yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan warna hitam pada bibir.
• Sebelum tidur, pastikan anda menyapu pelembap bibir pada bibir terlebih dahulu. Selain menggunakan pelembap bibir yang dijual, anda juga boleh menggantikannya dengan madu yang merupakan bahan semula jadi yang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah dapat memberikan nutrisi pada bibir.
• Melakukan urutan pada bibir dengan menggunakan minyak zaitun Urutan akan membantu peredaran darah pada bibir lancar sehingga bibir tetap sihat. Anda juga dapat menggunakan minyak zaitun untuk sapuan pada bibir tatkala mengurut bibir anda.


Dengan mengetahui penyebab masalah bibir kering dan pecah-pecah serta bagaimana cara pencegahannya, tentu akan dapat membantu anda melindungi dan menjaga bibir anda. Selain memiliki wajah cantik mempesona, bibir yang indah juga akan membuatkan penampilan anda lebih berseri biarpun ketika berpuasa.

Cantik di hati:
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.


sumber: http://www.mingguanwanita.com.my/wanita/cs/


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails