*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Thursday, November 18, 2010

Air Mataku berderai akhirnya


Jam 10.53pm melalui pesanan sms adikku menyatakan bahawa
kandungannya tidak dapat diselamatkan....
keguguran lagi! buat kali kedua..
Allahu Akbar....

Sebak di dada menahan dugaanmu adikku
namun ditahan juga air mata ini agar tidak tumpah
tapiii...pagi ini manik-manik kecil berguguran juga
mengenangkan nasib saudara kandungku yang ditimpa musibah

Sesedih manapun hati ini
sesebak manapun hati ini
aku tahu ianya tidak dapat menewasi kecewanya hatimu

doa telah kupanjatkan
solat telah kuikhtiarkan
namun kebesaran dan kekuasaan Allah itu mengatasi segalanya
tiada kata yang dapat kuucapkan
hanya menerima berita itu dengan hati terbuka
walaupun pahit tp itulah kenyataan....

TABAH! TABAH! TABAH! lah wahai adikku dan adik iparku...
setiap org diuji dengan ujian yang berbeza-beza
jangan pernah sekali kalian menyalahkan takdir atau sebab musababnya
redhalah....
Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails