*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Wednesday, November 10, 2010

Peha tercurah kuah sup...


bunyi macam menakutkan je kan...;)
yelah..citernye begini...

mggu lepas balik dari pasir gudang
singgah ke hentian rehat machap...
si dia dah beberapa kali menguap...
tanda-tanda mengantuklah tu...
biasalah kalau dah pekena nasi minyak
mmg akan mengantuk..lagi2 nak jalan jauh...

bila tiba di perhentian...
mencari tempat di medan selera utk minum dan makan2 ringan...
tiba2 tekak nak makan laksa....
aku. mak dan atok pekena laksa penang..
suami plak hanya minum kopi o kosong je...(takde gula tau)kaw-kaw punyer
si kecil iman ku belikan mi sup...
makanan kegemarannya....

malang tak berbau...si iman dah tak sabar nak makan
ditariknya mi sup tu dekat dengan dia tapiiii
pranggg! habis tumpah mi sup tadi
dan rasanya terkena peha dia yg comel lote tu
apalagi menjerit lah dia....huhuhu
mungkin terasa panas....

suami terus membawa ke tempat basuh tangan
menjirus air ke atas peha yg terkena sup td....
seluar mmg habis lencun dek kena air...
nasib baik kuah sup td tak terlalu panas..
tapiii bg kulit halus si kecil terkena kuah agak panas
mmg menyakitkan....

alhamdulillah tidak melecur cm kemerah-merahan saje...
tanpa sebarang minyak atau ubat dibiarkan saje pehanya...
takutla plak kalau disapu minyak makin melarat...
sampai di rumah merah di peha sudah semakin berkurangan
tp still ada sikit2 la...
di rumah baru disapu minyak BUT-BUT (keluaran HPA)

bila malam menjelma..kulihat lagi pehanya...
alhamdulillah sudah tidak merah
dan tiada kesan melecur atau mengelembung (cecair)..
takut juga kalau ada mengelembung tu...

apapun...dalam setiap perkara perlu berhati-hati...

ada info utk dikongsikan bersama...jom baca...:)


Melecur dan Melepuh

Pengenalan
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.

Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:

Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.
Objek panas seperti sterika, dapur.
Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
Kebakaran bahan kima yang menghakis.
Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah.
Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala
Melecur terbahagi kepada :

Permukaan Kulit
Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
Kulit Dalam
Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
Keseluruhan Kulit
Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.

Terbakar Kulit Dalam

Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :

Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung.
Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.
Rawatan
Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.

Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati.
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 30 minit.
Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan perlu diambil sekiranya :

Keseluruhan kulit terbakar.
Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
Melecur akibat renjatan elektrik.
Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Pencegahan

Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran.
Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan

Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan.
Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan plastik.

sumber: http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/MelecurMelepuhkanak.php


2 comments:

Related Posts with Thumbnails