*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Monday, November 22, 2010

Anak Murid Kesayangan


Seorang guru sangat mengasihi seorang anak muridnya berbanding yang lain, sehingga murid-murid yang lain begitu cemburu.

Mereka yang cemburu itu menuduh guru itu pilih kasih, tidak adil dan sebagainya. Ini menyebabkan guru itu mencari jalan bagaimana hendak menjelaskan kenapa dia bersikap sedemikian.

Satu hari guru itu memberikan seekor ayam kepada setiap anak muridnya. Dia menyuruh setiap orang menyembelih ayam itu di tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa.

Tidak lama kemudian, semua anak murid pulang, masing-masing dengan ayam yang telah disembelih di tangan. Ada yang menyembelihnya di dalam hutan, di sebalik batu dan tempat-tempat lain yang tidak dapat dilihat oleh orang.

Namun, anak murid yang dikasihi oleh guru tadi pulang agak lewat. Dan di tangannya ayam itu masih hidup, yakni belum disembelih.

"Adakah kamu gagal menyembelih ayam ini?" tanya guru.

"Saya tidak dapat menemui tempat yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa."

"Maksud kamu?"

"Di mana pun saya pergi Allah sentiasa melihat," ujar anak murid kesayangan guru ini.

Mendengar jawapan dan melihat sikap itu, tahulah anak-anak murid yang lain mengapa guru mereka sayangkan rakan mereka itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails