*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Tuesday, July 26, 2011

:: Kek Kukus Lapis Coklat ::

Assalamualaikum..
Hai, apa khabar semua? harini sy nak berkongsi resepi Kek Kukus Lapis Coklat..kek ni dibuat semalam..rasanya alhamdulillah mmg sedap apa taknya letak coklat betul..;)jom kita tengok resepi..resepi ni sy dapat dari blog dayangjack.blogspot.com..tapi adalah buat kelainan sikit di bahagian warna dan perasa ,sebab sy tambah perasa coffee...

...inilah hasilnya...;)...

apapun jom layan resepi di bawah..;

Kek Kukus Lapis Coklat

bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
1 sk baking powder
250 g mentega
5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
80 g gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
150 g coklat Cadbury / Milk Roundies (sy letak coklat yg biasa sy buat utk coklat buatan tangan)
1 sk esen vanilla
pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah

Cara-cara :
Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.

SELAMAT MENCUBA...


Thursday, July 7, 2011

:: Pulut Seri Warna ::

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bertemu lagi kita yer...
Harini nak berkongsi lagi resepi kuih yang dibuat semalam..
Kuihnya seakan seri muka dan kuih lapis...
Macam biasa resipi ni diperolehi dari www.kongsiresepi.com..
Pada mulanya agak lembik sedikit (mngkn masih panas) tapi setelah sejuk sepenuhnya ok jer..potong pun cantik jer warna..hehe puji diri lagi...
Jom kita tgk hasil saya...;)



RESEPI:

Lapisan Bawah:

1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan cair (saya letak 1 cwn je..bergantung pada jenis pulut)
sedikit garam

Cara Penyediaan

Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci.
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak...dlm 30 minit.
Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
**Sapu plastik dngn sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis.

Lapisan Atas

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
4 1/2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu kecil garam

Cara Penyediaan

Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
Masukkan pewarna hijau, merah, kuning dan purple dlm setiap bahagian.
Masukkan 1 senduk adunan hijau keatas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit.
Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi selama 7 minit.
Lapiskan lagi adunan purple dan kukus selama 7 minit.
Lapiskan lagi adunan kuning dan kukus lagi selama 7 minit.
(*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit ).
Kuih hendaklah betul2 sejuk, barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik.
Sejukkan dan bolehlah dipotong.



Monday, July 4, 2011

:: Talam Kastard Jagung ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertemu kita kembali di teratak d'kasih...
Kali ini sy ingin berkongsi tentang kuih Talam Kastard Jagung...
Sabtu yg lepas terasa ingin makan kuih so bahan2 pun dah ada trylah buat kuih Talam ni..resepi ni dapat di website kongsiresepi...kuih talam menjadi pilihan kerana sukatan yg diberikan amat mudah iaitu dgn menggunakan cawan sahaja..kalau guna gram susah sikit nak sukat kalu penimbang takde...nak tgk tak kuih yg terhasil dari percubaan pertama saya..;)

kuih yang baru diangkat..masih panas...iman menunggu je nak makan...hihi

Talam Kastard Jagung yang sudah dipotong dan siap utk dimakan...atas kuih tak berapa cantik sbbnya pisau plastik xde so xberapa nak kemas..huhu

Kuih ni mmg jd banyak maklumlah satu loyang..daripada membazir dapat jugalah sedekah pada jiran sebelah...

oh ya. kawan2 nak ke resipi kuih ni..rasanya perrgh memang sedap (puji diri sendiri plak ;)...sesuai di makan di waktu pagi, petang ataupun malam...

di sini, sy sertakan resipi.. harap kawan2 yg berkesempatan tu bolehlah try buat yer...

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

SELAMAT MENCUBA ;)



Related Posts with Thumbnails