Hai, apa khabar semua? harini sy nak berkongsi resepi Kek Kukus Lapis Coklat..kek ni dibuat semalam..rasanya alhamdulillah mmg sedap apa taknya letak coklat betul..;)jom kita tengok resepi..resepi ni sy dapat dari blog dayangjack.blogspot.com..tapi adalah buat kelainan sikit di bahagian warna dan perasa ,sebab sy tambah perasa coffee...
...inilah hasilnya...;)...
apapun jom layan resepi di bawah..;
Kek Kukus Lapis Coklat
bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
1 sk baking powder
250 g mentega
5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
80 g gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
150 g coklat Cadbury / Milk Roundies (sy letak coklat yg biasa sy buat utk coklat buatan tangan)
1 sk esen vanilla
pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah
Cara-cara :
Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.
SELAMAT MENCUBA...
No comments:
Post a Comment