*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Monday, July 4, 2011

:: Talam Kastard Jagung ::

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertemu kita kembali di teratak d'kasih...
Kali ini sy ingin berkongsi tentang kuih Talam Kastard Jagung...
Sabtu yg lepas terasa ingin makan kuih so bahan2 pun dah ada trylah buat kuih Talam ni..resepi ni dapat di website kongsiresepi...kuih talam menjadi pilihan kerana sukatan yg diberikan amat mudah iaitu dgn menggunakan cawan sahaja..kalau guna gram susah sikit nak sukat kalu penimbang takde...nak tgk tak kuih yg terhasil dari percubaan pertama saya..;)

kuih yang baru diangkat..masih panas...iman menunggu je nak makan...hihi

Talam Kastard Jagung yang sudah dipotong dan siap utk dimakan...atas kuih tak berapa cantik sbbnya pisau plastik xde so xberapa nak kemas..huhu

Kuih ni mmg jd banyak maklumlah satu loyang..daripada membazir dapat jugalah sedekah pada jiran sebelah...

oh ya. kawan2 nak ke resipi kuih ni..rasanya perrgh memang sedap (puji diri sendiri plak ;)...sesuai di makan di waktu pagi, petang ataupun malam...

di sini, sy sertakan resipi.. harap kawan2 yg berkesempatan tu bolehlah try buat yer...

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah
Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

SELAMAT MENCUBA ;)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails