*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Tuesday, April 6, 2010

# Bahagia menjadi IBU


Ramai wanita yang merasa tertekan dengan title 'ibu' kerana kewajipan seorang ibu padahal kewajipan itu boleh diringankan dengan mengubah pemikiran dan kebiasaan.

Aku bersyukur kerana diberikan title 'ibu' ini dengan cepat oleh Ilahi..adalah satu anugerah yg tidak ternilai dan tidak dpt diungkapkan apabila pertama kali bergelar seorang ibu..tiba2 rasa sedikit sedih kepada adikku yang masih menantikan gelaran ini. Walaupun sudah hampir 2 tahun berkahwin namun kehadiran cahaya mata belum lagi dapat dikecapi..pernah sebelum ini keguguran dan sekarang ini masih menanti dan terus menanti...insyaAllah dik, satu hari nanti pasti dimakbulkan jua hasrat suci itu amiiinn..

Tidak dinafikan menjadi seorang ibu itu bukan tugas yang mudah apatah lagi dengan zaman yang serba canggih ini peranan ibu dlm institusi keluarga amat tinggi dan memerlukan jiwa yang kuat dan kental dlm menghadapi dugaan dan tentangan. Perlu disedari tugas ibu itu merupakan jihad utama dan beban tanggungjawab itu tidak pernah ternoktah dan bukanlah mudah utk diatasi.

'Pengorbanan yang dicurahkan oleh ibu akan diberi ganjaran pahala yang cukup besar', itulah kata-kata pujukan yang manis didengar buat para ibu.

Tugas seorang ibu tidak pernah berakhir tidak kiralah samaada ibu yang bekerja ataupun surirumahtangga. Selama 24jam ibu tetap aktif dan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaik dan sesempurna mungkin.

Fakta tidak pernah menidakkan bahawa menjadi ibu iu sesuatu yang meletihkan. Namun, yakinlah anda tidak keseorangan..jutaan wanita bergelar ibu mengalami pengalaman yang sama seperti anda. Begitu juga bagi wanita yang baru bergelar ibu, anda bukanlah satu-satunya ibu yang sering tertekan dan bingung ketika menghadapi tingkah bayi yang pertama baru dilahirkan. TAPI, anda juga bukan wanita super yang mampu mengendalikan segalanya sendirian walaupun ibu perlukan yang terbaik untuk memenuhi setiap yang diperlukan oleh ahli keluarga.

Sentiasa berfikiran positif di saat anda mengalami tekanan kerana tugas-tugas sebagai ibu. Pemikiran negatif hanya akan menghantui perasaan, menumpulkan akal dan meningkatkan tekanan. Lihatlah anda dari pelbagai sisi..belajar untuk bermuhasabah diri dan bangkitlah dengan tindakan dan pemikiran yang lebih positif. Antara caranya yang cukup efektif adalah:

  1. berbicara dengan orang yang paling kita percayai dan jauhkan diri dari org2 yang bleh meracuni fikiran dengan kata-kata mereka yang menimbulkan kerisauan.
  2. bersabar dan,
  3. persiapkan diri anda untuk mancari alternatif yang lebih baik

Yakinlah, Allah yang telah menyediakan jawapannya. Dia hanya melihat adakah kita kuat bertahan dalam kesabaran.

Genggamlah kuat2 firmannya dalam surah Al-Insyirah ayat 5-8,

"Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan), tertaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Rabb-mulah engkau berharap."

Anda juga harus pastikan kesihatan diri berada dalam keadaan yang baik. Anda tidak akan dapat merawat dan menjaga ahli keluarga sendiri jika anda mengabaikan keperluan peribadi. Sebagai ibu, anda perlu memastikan kesihatan sentiasa terpelihara. Keterpaksaan dalam kesibukan yang anda lakukan hanya akan mengganggu tenaga dan emosi. Ikhlaskan segalanya kepada Tuhan yang Maha Esa.

Wahai para ibu, buangkan rasa malu jika terpaksa meminta pertolongan org lain. Pelawalah pasangan untuk membantu memenuhi tanggungjawab di rumah misalnya mandikan anak, mengemas rumah etc...kerana dengan cara ini anda akan memiliki lebih tenaga, emosi yang baik dan terasa diri lebih disayangi.

Kesimpulannya, sungguhpun menjadi ibu itu meletihkan, namun yakinlah bahawa ganjaran yang akan anda perolehi sangatlah besar. Ciuman 'terima kasih' atau ungkapan 'saya sayang ibu' umpama hadiah yang luar biasa yang boleh membahagiakan. Tapiiii...jangan lupa hadiah dari Allah itu juga tidak kurang luar biasanya, dosa-dosa kita akan jatuh berguguran di saat kita merawat dan menjaga buah hati kita dengan IKHLAS.

~~~TAHNIAH IBU~~~

buat adikku dan sahabat2 yang masih menunggu gelaran istimewa ini kudoakan moga kalian beroleh cahaya mata tidak lama lagi...amin...


1 comment:

  1. terharunya baca entri nie...mudah2an segala yg dilakukan adalah ikhlas untuk anak2...thanx for sharing...:))

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails