*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Thursday, April 8, 2010

# Perkembangan janin dalam rahim


Subhanallah..Maha Suci Allah yang Maha Agong dan Maha Pencipta. Betapa hebatnya ciptaan-Mu itu Ya Rabbi..

Melihat video ini terasa betapa kerdilnya diri ini padaMu. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu itu tidak dapat ditandingi dan dirasai oleh kaum Adam..Wahai kaum Adam sayangilah isteri anda di atas pengorbanan dan perjuangan yang mereka lalui untuk melahirkan zuriatmu.. Wahai anak-anak hargailah ibu anda...

Aku sebagai orang yang pernah melalui detik2 itu amat berterima kasih pada-Mu ya Rabbi kerana penderitaanku tidak lama. Sedetik terbayang kesakitan yang pernah dilalui oleh mak yang telah melahirkan dan membesarkanku..sungguh murni dan besarnya pengorbananmu itu..mendidik dan membesarkan 4 orang anak tanpa kehadiran seorang suami yang telah dijemput oleh Maha Pencipta untuk menemuinya lebih awal seawal umur 37tahun. Kini, aku mengerti betapa susah payahnya membesarkan anak..Semoga Allah memberkati kehidupanmu...

HAK-HAK ANAK DALAM ISLAM

-Menjaga bayi semenjak di dalam rahim ibu

  1. memilih isteri yang sesuai (mg dpt melahirkan zuriat yang baik dan menjadi anak yang soleh)
  2. menghukum pembunuh anak-anak walaupun masih janin dengan hukuman berat
  3. menjaga hak harta pesaka bayi
  4. menjaga kesihatan ibu yang hamil
  5. menjaga kesihatan janin

-Menjaga anak selepas kelahirannya

  1. hak mendapat perbelanjaan (nafkah)
  2. haknya untuk belajar
  3. haknya untuk mendapat penjagaan
  4. memberi nama yang baik
  5. menjaga nasabnya
  6. hak menyusu

PERINGKAT-PERINGKAT PEMBESARAN ANAK DAN TUNTUTANNYA

-SEBELUM 2 TAHUN

  • mengazankan di telinga kanan, iqamat di telinga kiri
  • memberikan nama yang baik
  • mengkhatankannya
  • menyayanginya
  • menyusukannya
  • tidak memukulnya
  • menggalakkan adab-adab yang baik

-2 HINGGA 5 TAHUN

  • kasih dan penghargaan ibu bapa
  • ketenangan dan keamanan
  • mengasah kemahirannya
  • budi bicara yang baik
  • tunjuk ajar yang bijaksana
  • #pendidikan iman kepada kanak-kanak pada usia ini banyak bertanya tentang cara kewujudannya, gambaran tentang Tuhannya
  • #mengasuh mereka mencintai al-Quran
  • #cintakan para Nabi dan para Sahabat

-5 HINGGA 12 TAHUN

  • mengajar mereka tentang adab makan
  • melatih mereka menutup aurat
  • melatih anak-anak menghormati orang tua
  • melatih mereka solat
  • melatih mereka mengaji al-Quran
  • mengizinkan mereka bermain selepas menyiapkan kerja sekolah

..................moga sama-sama dapat manfaat dari tips di atas dan ia juga menjadi panduan untukku sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak...Ya Allah, bantulah aku dan berikan aku kesabaran dan ketabahan dalam membimbing, mendidik dan membesarkan amanahMu ini...amin....................


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails