“Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik, Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari Meniti Sehelai Rambut.”
Sekadar ingin berkongsi cerita dimana sebuah drama di astro oasis yg bertajuk 'Mencari al-Zahra' tghari td sungguh menyentuh hati. Secara ringkasnya mengisahkan seorang anak yang telah dibesarkan di rumah anak-anak yatim setelah ditinggalkan oleh ibunya di luar kawasan asrama tersebut.
Bayi itu telah dinamakan Noraisyah Binti Abdullah. Sejak kecil hingga dewasa kanak-kanak itu tidak pernah jemu dan putus asa berdoa dan memohon kepada Allah semoga dipertemukan oleh ibu dan bapanya.
Setelah dewasa dan menjadi anak gadis yang solehah beliau akhirnya dipertemukan dengan ibunya. Namun, pertemuan dengan ibunya itu dalam keadaan yg sungguh menyedihkan di mana ibunya telah terbaring sakit di rumah keseorangan hampir setahun setengah mengharap belas ehsan dari jiran2.
Aisyah yang terlalu gembira dan sedih dgn keadaan ibunya itu telah membawa ibunya tinggal bersamanya. Sepanjang ibunya bersama aisyah beliau telah dijaga dengan penuh kasih sayang. si ibu yang tidak boleh bercakap itu hanya mampu menitiskan air mata kekesalan kerana telah 'membuang' anaknya itu sewaktu masih bayi.
Keadaan si ibu semakin hari semakin teruk sehingga sering meracau2 di tengah malam. Aisyah tidak tahu bagaimana cara lagi untuk mengubati ibunya kerana menurut doktor ibunya hanya mengalami sakit biasa. Hanya ayat-ayat Quran yang selalu diperdengarkan kepada ibunya yang terbaring kaku itu. Sehinggalah pada satu malam ibunya meninggal dunia dalam keadaan yg amat menyedihkan di mana sehingga ke titik2 terakhir ucapan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan sebutan 'ALLAH' bagaikan sukar utk diucapkan. Akhirnya si ibu itu telah pergi dlm 'su'ul khotimah'...Aisyah terlalu sedih dan tertanya2 sendirian apakah silap ibunya dan rahsia apakah yang telah disembunyikan oleh ibunya itu.
Akhirnya sehingga suatu hari ada kenalan ibunya yg memberitahu bahawa arwah seorng yang gemar menulis diari dan aisyah akan mengetahui latar belakang ibunya jika membaca diari tersebut..dan...aisyah telah menemukan diari itu dan telah membacanya. Akhirnya.........terungkap sudah segalanya yang sentiasa bermain di fikiran selama ini.
Si ibu itu rupanya seorang pelacur dan sentiasa mengganggu suami orang sehinggakan ibunya sendiri tidak pasti siapa bapa kepada aisyah. Bagaikan batu besar yang menghempap di dada aisyah menangis sehingga tertido. Selain itu ibunya juga telah berhutang dengan ramai orang sehingga ada yang datang menuntut dari aisyah. Sebagai seorang anak yang beriman dan solehah dia menerima dengan hati terbuka dan melunaskan segala hutang piutang ibunya itu. Hanya doa yang sering dikirimkan buat peneman ibunya di alam sana. Moga Allah mengampunkan dosa2 ibunya itu.
Satu lagi dosa besar yang dilakukan oleh ibu aisyah adalah memakai susuk yang diperolehi dari ibunya sendiri iaitu nenek aisyah. Lalu, mengetahui bahawa aisyah masih mempunyai datuk, nenek dan pakcik beliau telah berusaha menjejaki mereka dan akhirnya berjumpa. Keadaan mereka sungguh dhaif, tinggal di rumah yang terlalu usang yang dikelilingi semak samun. Setibanya aisyah di rumah itu, neneknya sedang sakit, datuknya buta dan pakciknya seakan2 orang yang 'bodoh'. Apakah yang berlaku? Orang kampung sudah lama memulaukan keluarga tersebut kerana mereka percaya bahawa nenek aisyah ada membela 'hantu'. Atas pengakuan datuk dan pakciknya itu maka benarlah cakap2 orang kampung selama ini. Semasa neneknya sihat ramai orang yang datang mahupun dari jauh untuk meminta jampi serapah neneknya itu. Datuk dan pakciknya tidak boleh berbuat apa2 atas tindakan neneknya kerana sering diugut tentang 'belaannya' itu.
Ibu aisyah telah dihalau dari kampung itu kerana telah ditangkap khalwat dan berzina dengan suami orang. Dipendekkan cerita, nenek aisyah akhirnya meninggal dunia dlm keadaan yang menyedihkan setelah seorang lebai dipanggil untuk menolong menghalau 'hantu' neneknya itu. Sebaik sahaja lembaga itu keluar maka neneknya menghembuskan nafasnya tanpa kalimah 'ALLAH'. Tiada seorang pun jiran2 yang datang membantu menguruskan jenazah malahan mereka menutup pintu dan tingkap apabila jenazah melalui kawasan rumah mereka untuk dibawa ke kubur. Aisyah begitu sedih dengan pandangan masyarakat setempat di situ.
Aisyah kemudian berjanji akan membawa datuk dan pakciknya duduk bersama-sama dengannya. Sebenarnya aisyah seorang novelis dan kisah hidupnya diceritakan dalam sebuah novel yang bertajuk "MENCARI AL- ZAHRA"...rupa-rupanya bakat aisyah sebagai seorang penulis itu telah diwarisi oleh ibunya yang suka menulis diari. Benarlah kata orang....bakat dan kemampuan boleh diwarisi TETAPI....IMAN tidak boleh diwarisi..
Oleh itu wahai pembaca sekalian marilah kita sama-sama memantapkan iman dan didiklah hati kita dengan Iman...didiklah anak-anak kita dengan Iman...moga IMAN sentiasa bersama......ibarat lirik nasyid yang amat popular iaitu..~iman adalah mutiara, di dalam hati manusia......................hingga akhir~
No comments:
Post a Comment