Adakah anda di dalam kategori ini? Berdengkur amat sinonim sekali dengan lelaki tetapi tidak kurang hebatnye pada wanita..siapa kata wanita tidak berdengkur..wanita juga ada yang berdengkur malah ada juga segelintir kanak-kanak yang berdengkur.. jika anda ingin tahu adakah anda berdengkur tanyalah pasangan anda atau orang yang hampir dgn anda....banyak faktor terjadinya dengkuran jadi mari kita sama2 pelajari ilmu baru tentang topik MASALAH DENGKURAN....
*********************
Berdengkur merupakan satu keadaan apabila seseorang tidur mengeluarkan bunyi yang bising.
Saluran pernafasan tersumbat terutamanya apabila seseorang itu tidur dengan posisi melentang menyebabkan timbulnya masalah berdengkur.
Dalam kebanyakan kes, lelangit dan lidah yang jatuh ke belakang boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Apabila keadaan ini berlaku, pernafasan akan bergetar (vibrate) yang menyebabkan seseorang berdengkur. Sebaliknya, jika kedudukan tubuh diubah mengiring semasa tidur, keadaan ini tidak akan berlaku kerana lelangit dan lidah jatuh ke tepi mulut.
Keadaan ini akan menyebabkan saluran pernafasan terbuka dan seseorang itu dapat tidur dengan lena.
Berdengkur juga mempunyai kaitan rapat dengan gejala sindrom sleep apnea iaitu saluran pernafasan yang tersumbat. Kajian menunjukkan, mereka yang mempunyai masalah berdengkur yang disebabkan oleh kesempitan saluran pernafasan, boleh melarat mendapat sleep apnea.
Sleep apnea ini, terjadi apabila pernafasan terhenti akibat tersumbatnya saluran pernafasan.
Pernafasan semasa tidur, merupakan satu fungsi yang automatik di mana aktiviti yang berlaku adalah di luar kawalan. Bagaimanapun, sekiranya sleep apnea berlaku, fungsi automatik ini akan tergendala dan pesakit akan terbangun untuk bernafas semula.
Perubahan gaya hidup mewah banyak menyumbang kepada masalah berdengkur kerana tabiat makan berlebihan menjadi trend masa kini. Apabila tabiat makan berlebihan meningkat, seseorang biasanya mempunyai berat badan berlebihan (obesiti) yang meningkatkan lagi masalah berdengkur.
PUNCA
* Rongga orofaring yang sempit kerana lelangit yang panjang*********************

* Rongga hidung tersumbat yang disebabkan oleh polip (ketumbuhan) atau tulang antara dua hidung bengkok.
Polip menyebabkan pertuturan dan fungsi menghidu seseorang menjadi tidak normal.
* Selesema yang menyumbat hidung.
* Tulang rahang bawah termasuk ke dalam atau terkeluar.
* Tulang rahang kecil menyebabkan lidah terjatuh ke belakang dan menyumbat saluran pernafasan
MEREKA YANG BERISIKO
Masalah berdengkur boleh berlaku kepada semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak atau pun orang dewasa.
Bagi kanak-kanak selain mekanisme yang disebutkan tadi, tonsil dan adrenoid yang besar juga antara faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Namun antara faktor-faktor yang meningkat risiko seseorang mendapat masalah ini ialah :
* Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti).
* Mereka yang mempunyai leher yang besar dan pendek.
Kajian menunjukkan, mereka yang menggunakan kolar yang bersaiz lebih dari 16 inci mempunyai risiko berdengkur berlipat ganda.
MENGENAL PASTI MASALAH TIDUR BERDENGKUR
Tahap keseriusan masalah berdengkur boleh diukur dengan beberapa ciri antaranya :
* Kekerapan berdengkur
* Kekuatan bunyi semasa berdengkur sama ada boleh didengar oleh orang luar atau sebaliknya.
* Perjalanan pernafasan stabil atau sebaliknya
* Keadaan tidur sama ada gelisah
* Keadaan selepas bangun tidur sama ada segar atau masih mengantuk
* Keadaan semasa bekerja di siang hari pernah tertidur atau sebaliknya.
* Sekiranya memandu, hanya boleh memandu pada jarak yang dekat sahaja iaitu tujuh kilometer hingga 10 km sahaja, jika lebih pesakit akan tertidur semasa memandu
FAKTOR MENINGKATKAN MASALAH BERDENGKUR LEBIH SERIUS
* Meminum minuman keras pada waktu malam.
* Memakan sedative (ubat mengantuk) seperti pil tidur atau pil selesema.
PENCEGAHAN UNTUK MEREKA YANG BERDENGKUR SEDIKIT
* Kawal berat badan
* Amalan gaya hidup sihat seperti makanan seimbang dan aktiviti bersukan
* Teknik posisi tidur yang betul seperti tidur mengiring.
* Hentikan amalan meminum minum keras.
RAWATAN
Mereka yang dikategorikan menghidapi penyakit ini agak serius dinasihatkan supaya menjalani ujian tidur di makmal tidur (sleep lab).
Ujian ini memerlukan pesakit berada di hospital kerana semasa ujian dijalankan pesakit akan dipasangkan dengan beberapa peralatan tertentu.
Melalui ujian ini, ia akan membantu mengesan beberapa perkara seperti rekod berdengkur, tahap oksigen dalam darah dan perjalanan pernafasan.
Ia bertujuan untuk memastikan sama ada nafas terhenti atau sebaliknya, data yang diperolehi hasil ujian ini akan ditafsirkan oleh doktor.
Mereka yang mengalami masalah berdengkur ini terdapat beberapa peralatan yang boleh digunakan pada mulut.
Alat ini dapat membantu menarik lidah ke hadapan dan mengurangkan masalah berdengkur.
Bagaimanapun, bagi pesakit yang mengalami masalah berdengkur yang berterusan, rawatan pembedahan disyorkan.
Bagaimanapun, sebelum dan selepas menjalani pembedahan pesakit akan diberi sesi kaunseling di samping cara pemakanan mereka juga akan diawasi.
PANDUAN
Sekiranya seseorang mengalami masalah untuk tidur mengiring terdapat kaedah tradisional yang membantu masalah ini.
Jahitkan poket di belakang baju tidur anda dan semasa tidur letakkan bola tenis.
Bola tenis yang diletakkan di dalam poket baju tersebut akan menyebabkan kita tidak berasa selesa untuk tidur menelentang.
Secara tidak langsung, ia menggalakkan kita tidur mengiring dan membantu mengurangkan masalah berdengkur.
Petua Tradisional untuk Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
-----------------
p/s: ilham dari www.bicarasufi.com
TQ for the info... byk buat research yer pasal dengkur...
ReplyDelete