Bagi wanita yang pertama kali hamil, selain dari meminta nasihat pakar panduan berikut mungkin boleh membantu bagi mengatasi masalah ini....kebimbangan dan tertekan dgn masalah ini boleh memudaratkan diri dan kandungan maka cubalah untuk mencari penyelesaiannya....
SEMBELIT
hampir 50% wanita hamil mengalami masalah ini. ia berpunca dari beberapa faktor.
Antaranya:
- akibat pengaruh hormon kehamilan yang melambatkan perjalanan usus.
- kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi
- pil zat besi
- tekanan rahim ke atas usus besar
Cara mengatasi:
- minum air sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari
- mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayuran dan buahan
BUASIR
ia berlaku apabila wanita hamil mengalami sembelit. Meneran semasa sembelit, batuk berpanjangan, hamil (saiz rahim yang membesar) memberi tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya. Ini menyebabkan pengembangan vena tersebut dan disebut buasir. Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih atau berdarah (darah sejurus selepas membuang najis, berwarna merah cerah, dan tidak sakit). Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah.
Cara mengatasi:
- elakkan sembelit (seperti di atas) dgn mengambil minuman dan makanan yg bersesuaian
- elakkan mengenakan tekanan ke dalam abdomen
- jangan ambil ubat sembarangan-dapatkan nasihat doktor
*bg sesetengah kes buasir akan hilang selepas kelahiran.............
PEDIH ULU HATI
hormon kehamilan menyebabkan lebih banyak asid gaster (asid dalam perut) terhasil. Pada masa yg sama hormon kehamilan juga menyebabkan perut lambat mengosong. Tekanan rahim ke atas perut juga boleh menjadikan keadaan semakin nyata. kesemuanya ini menyebabkan asid gaster naik memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Cara mengatasi:
- makan dalam kuantiti yg sedikit pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3x sehari kepada 5-6x sehari)
- kurangkan minuman sewaktu makan. Seeloknya diambil di antara waktu makan tersebut dan dikurangkan semasa makan.
- duduk tegak selama 1 jam selepas makan. Berkemungkinan anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid. Sekiranya masalah berterusan dapatkan nasihat doktor.
KEKEJANGAN KAKI
kebiasaannya berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan
Cara mengatasi:
-mengambil makanan atau pil tambahan kalsium dan mengambil makanan bersumber potassium (pisang, buah oren dsb)
BENGKAK KAKI/SEMBAB (EDEMA)
kebiasaan berlaku pada kaki dan semakin nyata pada waktu awal malam setelah sehari berdiri/berjalan dan pada trimester ketiga kehamilan. ia disebabkan tekanan kandungan yang mengganggu aliran darah dari bahagian kaki ke dalam jantung.
Cara mengatasi:
- berbaring dan mengangkat kaki ke atas (melebihi paras jantung)
- mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan kandungan ke atas saluran vena utama)
- dapatkan nasihat doktor jika mengalami edema pada keseluruhan badan (muka, tangan dsb) serta sebelum anda mengambil ubat-ubatan.
KEPUTIHAN
lebih kerap dialami oleh wanita hamil akibat perubahan hormon. Berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat Candidiasis.
Cara mengatasi:
-mengambil ubat anti-kulat selepas mendapat nasihat doktor. Masalah yg berulang atau beerlarutan boleh diperiksa lebih lanjut dan diberikan ubat bersesuaian. Anda juga mungkin mengalami penyakit lain tanpa disedari (kencing manis dsb)
No comments:
Post a Comment