*Selamat Datang ke Teratak d'Kasih*

::Ahlan Wasahlan:: ::Assalamualaikum:: ::Welcome::

....L.O.V.E....

....L.O.V.E....

.....Kenangan Terindah.....

...Note For You...

.....Mari Kita Solat.....

Thursday, April 1, 2010

# Jaundis (Bahayakah ia?)


Tahukah kita sejauh mana bahayanya jaundis (kuning) yang sering menyerang bayi2 yang baru lahir?. Aku tersentuh untuk menulis tentang jaundis ini apabila anak buahku yg baru lahir telah ditahan di wad kerana kuning yang agak tinggi. Dahulu anakku juga pernah mengalaminya jika tidak silapku selama seminggu namun tidaklah sampai di tahan wad hanya kerap berulang alik ke klinik untuk diperiksa..alhamdulillah setelah seminggu dan tanggal pusatnya kuning terus menurun dan sembuh sepenuhnya.

Anak buahku yang diberi nama Muhammad Fawwaz Sufi itu walaubagaimanapun telah keluar wad pada hari semalam setelah hampir 4 hari di hospital...syukurlah dia telah sembuh...

Teringat pula kepada anak kawanku yang telah kembali ke rahmatullah akibat jaundis yang lambat dikesan. Hati ibu mana yg tidak hiba apabila anaknya yang sudah mencecah 1thn 2bulan itu pergi dalam tidur...belum cukup rasanya mencurahkan kasih dan sayang namun apakan daya umurnya tidak panjang...pada kawanku Nooriza (Ija) moga sentiasa tabah dan bersabar atas ujian yg menimpamu. Sesungguhnya setiap yg berlaku itu ada hikmahnya tersendiri....

Adakah anda perlu risau tentang masalah jaundis apabila menyerang anak anda? Jawapannya ada pada anda...mari kita sama2 fahami apa itu jaundis...

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.

PUNCA JAUNDIS

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki. Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal atau penyakit resus).

Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu tinggi.

ADAKAH JAUNDIS BIASA DIHIDAPI OLEH BAYI YANG BARU LAHIR

• 50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu.

• 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

BAGAIMANA MERAWAT JAUNDIS

JIka anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya. Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari.

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya. Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital.

Bayi-bayi yang memerlukan fototerapi perlu baring tanpa pakaian atas katilnya dan dipancarkan cahaya biru dari lampu. Ini akan menjejaskan penyusuan ibu dan pertalian ibu dengan bayinya. Satu alternatif selain fototerapi tradisional ialah terapi gentian optik. Bayi anda akan dibalut dengan selimut khas yang mempunyai gentian optik, yang menyebabkan cahaya kecil bersinar terus pada kulit bayinya. Bagi rawatan ini anda masih boleh mendakap dan menyusu bayi anda. Namun begitu, rawatan gentian optik tidak efektif sepertimana fototerapi tradisional pada bayi yang dilahirkan cukup bulan. Pengalaman setempat juga menunjukkan bahawa kadang-kala rawatan gentian optik menjadi terlalu panas untuk bayi pramatang. Namun begitu, apabila digunakan bersama fototerapi tradisional, rawatan gentian optik adalah rawatan yang paling efektif bagi bayi yang menhidapi jaundis.

Ada juga terdapat kes di mana jaundis disebabkan oleh jangkitan dan ini memang perlu dirawat.

Bayi yang mempunyai penyakit resus boleh mendapat jaundis. Tetapi penyakit ini amat jarang berlaku. Wanita hamil akan selalu membuat pemeriksaan darah untuk mengelakkan resus, dan anda akan tahu jika anda resus negatif. Darah bayi anda juga akan diperiksa dan suntikan anti-D akan diberikan semasa kelahiran. Ada juga berlaku (walaupun amat jarang) bagi bayi yang menghidapi jaundis akibat penyakit resus, dirawat melalui pemindahan darah.

BAGAIMANA SAYA TAHU YANG BAYI SAYA MENGHIDAPI JAUNDIS

Pakar-pakar mencadangkan ujian ringkas di rumah untuk memeriksa jaundis. Dapatkan bilik yang mempunyai cahaya secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, hubungi ahli pediatrik anda. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.

ADAKAH JAUNDIS BERBAHAYA?

Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas. Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

-info diperolehi dari www.babycenter.com.my/malay/baby/jaundis-









1 comment:

  1. anak akak dua2 kena jaundis masa lahir..yg 2nd teruk sikit sampai kena admit ward..tp 2 hari jer kena tahan...doctor ada cakap, kalau ibu punya darah jenis o positif, baby akan mudah kena jaundis...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails